Bab 16 [3]

3.7K 336 206
                                    

"Aku nak bincang pasal Black, Spade dan The Great Father," tutur Rayyan tenang.

"Lah, itu ke?" Qarizh menarik kerusi lalu melabuhkan punggungnya.

"Tak boleh ke hari lain? Dahlah aku kerja esok. Ni kau nampak mata aku? Tak handsome bhai masuk conference dengan mata panda," omelnya pula.

Sekonyong-konyongnya, dia mencebik geram dengan tindakan Rayyan. Hailah kawannya yang seorang ini. Kalau dikata A, maka A la sampai ke sudah. Boleh juga kalau nak B atau C, tetapi silalah bergasak dengannya terlebih dahulu sebelum A dapat ditukar. Berat nanang orang Terengganu kata...

"Okey apa aku jemput kau malam ni?" bidas Rayyan sambil ketawa.

Sungguh, wajah tidak puas hati profesor itu menggelikan hatinya. Bukannya dia tak tahu yang Qarizh ada persidangan antarabangsa esok. Tetapi itulah, hal musuh mereka mesti dibincangkan malam ini juga. Lagipun, dia agak khuatir kalau pihak musuh terlebih dahulu mendahului mereka.

"Hah, yalah. Jadi, kau nak cakap apa?" Malas mahu bertelagah, Qarizh mengalah.

Lantas, wajah Rayyan, Adwan, Syafiq, Amirul dan Waiz dipandang satu persatu. Ketika itu, barulah dia perasan yang lengkap pula mereka bertiga bersama dengan sidekick masing-masing. Rayyan dan Syafiq, Adwan bersama Waiz, serta dia dan Amirul. Kalau macam ini susunan Rayyan... mungkin perkara mengenai Mafia D.C.D agak serius.

"Adwan, apa hasil siasatan kau pasal Spade?" Rayyan bertanya kepada Adwan yang tenang berada di sebelahnya.

"Sampai sekarang, mamat genius tu susah nak track. Dia macam halimunan. Walaupun Slayer turut membantu, tapi dia bijak mengelak," jawab Adwan perlahan. Dia geram, tetapi mukanya dikekalkan tenang.

"Kau memang betul-betul dah okey, kan?" tanya Rayyan prihatin.

Dia merujuk kepada kes serangan terhadap Adwan tempoh hari. Ketika itu, sumpah dia terkejut apabila dimaklumkan yang Master diserang dalam diam ketika menyelamatkan seorang hartawan wanita di sebuah pusat membeli belah. Yalah, kebiasaannya Adwan sangat peka dengan keadaan sekeliling dan tidak mudah diserang hendap dari jarak dekat.

Namun, entah di mana silapnya, ketua Team Satria Hitam tersebut berjaya juga disuntik dengan sejenis racun yang mampu membunuh dalam masa dua jam setelah disuntik jika tidak mendapat antidot. Syukur alhamdulillah, Erina dan Guna yang merupakan pakar racun berjaya menuetralkan racun tersebut dari badan Adwan.

"Macam kau tengok sekaranglah, Boss," balas Adwan disertai keluhan.

Serius, dia agak malu sebenarnya dengan pencapaiannya kali ini. Jika sebelumnya, apa saja kes, dia berjaya menyelesaikannya dalam masa yang singkat sahaja. Kini, walaupun sudah sebulan kes serangan Spade ke atasnya, tetap saja saintis itu berjaya mengelak daripada dijejaki. Sungguh, Adwan berasa helpless. Rasa tak berguna pun ada.

"Kau dengar tu, King. Adwan cakap si Spade macam halimunan. Kau pula, si hitam tu berjaya tikam kau sebulan yang lepas. Tapi sampai sekarang, kau pun gagal tangkap mamat Black tu," ujar Rayyan kepada Qarizh dengan wajah serius.

"Ya, aku tahu." Qarizh mengetuk-ngetuk meja dengan hujung jari hantunya.

Betul, dia pun sama macam Adwan. Berasa helpless. Manakan tidak, usahanya dalam menjejaki Black pun menemui jalan buntu. Sudah bermacam-macam cara dilakukannya agar penjenayah itu dapat ditangkap. Tetapi, itulah. Lelaki Negro tersebut sangat licik dalam memboloskan diri.

"Jadi, inilah tujuannya aku panggil kau orang semua. Lagi lama kita biarkan, makin naik lemaklah malaun-malaun tu," ujar Rayyan seraya berpaling kepada Syafiq.

HI, ENCIK PROFESSOR!Where stories live. Discover now