Bab 10 [1]

3.3K 383 209
                                    

Qarizh mengetap bibir melihatkan kepada Black yang terus mengangkat tinggi pisau Rambonya ke arah belakang Aralyn tanpa menghiraukan pandangan orang lain yang masing-masing kaget memandangnya. Jerit pekik hadirin di dalam dewan bukan semakin ditakuti oleh Black malah semakin disukai pula oleh lelaki Negro tersebut. Huh, mental betul orang hitam ini!

Dalam keriuhan suasana yang kritikal dengan laungan Amirul meminta untuk diselamatkan serta kondisi Aralyn juga dalam bahaya, sebetulnya perkara itu membuatkan Qarizh berada dalam dilema. Siapakah yang patut diselamatkan dahulu, Amirul ataupun Aralyn? Kedua-dua orang itu penting baginya!

"Hai, The King," ujar Black sambil tersengih penuh misteri dengan tangannya masih setia mengacu pisau kepada Aralyn. Namun, gadis itu seolah-olah tidak menyedari dirinya dalam bahaya dek kantuk lebih menguasai diri.

"Buah hati kau ni, cantik orangnya. Aku nak boleh? Hahaha..." tutur Black lagi sambil sengihannya dipanjangkan lagi lebar. Seronok betul dia melihat raut wajah bengang bercampur marah seterunya sejak sekian lama, si Profesor Dr. Qarizh Zahwan.

"Kau sepatutnya langsaikan dendam kau pada aku seorang, bukannya libatkan orang yang tidak ada kena mengena dalam hal ni," balas Qarizh sambil mengetap bibir.

Kala ini, kesabarannya menipis setipis kulit bawang sahaja. Jika tidak kerana nyawa Aralyn Awliya iaitu amanah yang dititipkan oleh Prof. Dato' Dr. Hisham kepadanya terancam, maka sudah pasti Black atau orang suruhan kiri ketua mafia Death yang dikenali sebagai The Great Father itu akan mendapat habuan daripadanya. Kau memang gila, Black!

Jika sebelum ini Johnny adalah ketua bagi anak-anak buah kumpulan mafia Death, kini tampuk kepimpinan itu telah diambil alih oleh Black setelah Johnny ditangkap oleh pihak berkuasa. Dalam hal ini, The Great Father memang benar-benar telah menyerahkan urusan tersebut kepada Black bersama-sama dengan Spade. Itu info yang Qarizh terima daripada hasil carian penggodaman si hacker Hades dan Hyena, iaitu adiknya si Sarah.

Mengingatkan Spade pula, Qarizh serta-merta naik angin. Apa khabar agaknya Dr. Adwan Haffaz? Teruk juga si doktor veterinar itu dikerjakannya. Sehebat-hebat Master dalam mendeteksi musuh pun boleh tidak menyedari kehadiran Spade. Malang menimpanya lagi dengan Spade berjaya meracuninya tanpa sedar. Nampaknya, The Great Father bukan calang-calang lelaki.

Melalui soal siasat terhadap Johnny oleh pihak polis pula, Qarizh mengetahui bahawa kumpulan itu masih lagi gah berdiri malah semakin agresif walaupun selepas digempur secara besar-besaran oleh kumpulan unit tindakan khas yang diketuai oleh ASP Haireen Jamilah sebulan yang lalu. Dalam operasi itu, sahabatnya Rayyan Razien hampir kehilangan nyawa disebabkan orang yang disangka Father itu sebenarnya bukan Father yang sebenar.

Siapakah The Great Father yang sebenar? Pusing betul fikirannya memikirkan hal tersebut. Setelah insiden penggempuran besar-besaran dilakukan terhadap kumpulan mafia Death dahulu juga, projek el-Delight resort yang sedang dibina oleh syarikat gergasi Campbell Corporation tiba-tiba diambil oleh HR Group, iaitu syarikat pesaing yang kedua terbesar di Malaysia di mana mantan CEO syarikat tersebut adalah seorang lelaki Inggeris yang dikenali sebagai Sir Jim.

Kini, jawatan CEO syarikat tersebut disandang pula oleh seorang lelaki Mat Saleh yang dipanggil sebagai Sir Alfred. Sir Alfred berkemungkinan besar ialah The Great Father... tetapi entahlah, semuanya masih samar-samar dan tidak diketahui kesahihannya. Sabarlah Qarizh, insya-Allah kebenaran akan tersingkap jua akhirnya, cuma masa sahaja yang akan menentukan.

"Jauh termenung, bengang dengan aku ya? Wah, aku memang suka tengok reaksi muka kau macam tu. Handsome!" ejek Black sambil ketawa kecil lalu bangun dari duduknya.

"Kau tahu tak kalau tidak disebabkan kau sibuk sangat nak bongkarkan rahsia kumpulan Crow aku, aku tak akan kacau kau pun. Makwe cantik cengeng kau ni pun akan selamat," kata Black lagi dengan nada sederhana rendah sekadar didengari oleh Qarizh seorang.

HI, ENCIK PROFESSOR!Where stories live. Discover now