Bab 14 [2]

2.8K 366 134
                                    

"Selamat pagi," sapa Aralyn kepada Mona, Jacky dan Riyad yang sedang berkumpul di sofa.

Hangat betul nampaknya perbincangan antara ketiga-tiga orang stafnya, namun kali ini dia malas mahu masuk campur. Biarkan sajalah, lagipun dia sudah agak terlewat untuk ke kuliah.

"Wah, cantiknya Cik pagi ni. Cik nak pergi mana?" Mona bangun dari sofa lalu mendepani Aralyn.

Atas bawah ditenungnya bosnya itu.  Memang nampak cantik sangat bosnya pagi ini. Yalah, kebiasaannya, Aralyn tidak akan memakai baju kurung bercorak abstrak jika hendak keluar ke mana-mana hatta ke kuliah sekalipun. Paling ayu dan koman, berbaju kurung moden tanpa corak. Itu sahaja.

Pandangannya kemudian terjatuh lagi pada objek bersinar yang terlilit di pergelangan tangan kanan bosnya. Wah, nampak ekslusif sangat reka bentuknya. Memang sesuai sangat gelang tangan mewah bertatahkan batu zamrud itu dipakai oleh Aralyn Awliya.

"Cik, cantik gelang," puji Mona lagi sambil tersenyum-senyum.

Hai bos, takkan tak nak kongsi berita gembira semalam? Tak acilah simpan seorang saja, penat tahu mereka bertiga menjadi telinga lintah ketika profesor handsome itu datang ke pejabat petang semalam.

"Sebagaimana rantai loket yang aku beri pada kau tempoh hari, aku harap kau sentiasa pakai dan jangan sesekali tanggalkan." Qarizh mengeluarkan sebuah kotak baldu merah berukuran empat kali empat sentimeter dari dalam poket bajunya.

"Dalam seminggu, pakai gelang yang aku bagi ni. Selepas seminggu, kalau kau tanggalkan gelang ni, bermakna kau tolak lamaran aku." Qarizh membuka kotak baldu tersebut lalu menghulurkan seutas gelang emas bertatahkan batu zamrud kepada Aralyn.

"Anggaplah gelang ini sebagai aku. Aku, akan sentiasa berada di sisi kau di saat kau memerlukan pertolongan," ujar Qarizh seraya tersenyum nipis.

Ya Allah. Mengingatkan adegan manis antara bosnya dan si profesor, Mona berasa ingin menjerit saja. Wah, terujanya bagaikan berada pada tahap maksima. Nasib baik Riyadnya pun tidak kurang romantik juga, kalau tidak memang gigit jari sajalah dia menahan cemburu!

"Hehehe." Aralyn tersenyum-senyum. Cantik kan gelang yang dipakainya hari itu? Kembang semangkuk pula dirinya berasa apabila dipuji oleh Mona.

"Prof bagi?" Mona menembak soalan seraya tersenyum penuh makna.

"Ehem. Aku ada kelas la," jawab Aralyn lalu kembali meneguk air suamnya. Mengelak, sebetulnya.

Yalah, mana boleh beritahu Mona. Nanti Mona beritahu Riyad dan Jacky. Lagi haru, kucing gelandangan di belakang pejabat pun diberitahunya. Ah, malulah pula kalau stafnya tahu mengenai lamaran Qarizh semalam.

"Yakah pergi kelas? Entah-entah, nak keluar dating dengan Prof. Qarizh." Dari sofa, Jacky melaung keras seraya ketawa mengejek kepada Aralyn.

Purr!

Habis tersembur air suamnya dek kata-kata jejaka Cina itu. Terbatuk-batuk dia menahan perit air yang termasuk ke dalam rongga hidung lalu melalui anak tekak. Hish, tak guna punya Jacky! Basah bajunya yang cantik lagi bergaya hari ini!

Dia, seorang Aralyn Awliya kan gadis egois, mana boleh mudah-mudah saja mengaku sudah terjatuh hati kepada Qarizh Zahwan? Hish. Kerana mendengar bait kata daripada mulut apek Cina itu juga, automatik Mona dan Riyad memandangnya dengan pandangan nakal.

Malulah dia macam ini. Nak menyorok dalam almari boleh tak?  Sudahnya, Aralyn cepat-cepat menghabiskan minumannya lalu segera bergegas keluar dari 'zon panas' itu.

HI, ENCIK PROFESSOR!Where stories live. Discover now