Bab 10 [3]

3.1K 370 141
                                    

Qarizh terlorot ke lantai dan terlentang dengan nafas tercungap-cungap. Jejaka itu nampak sangat terseksa dan sakit sehinggakan boleh nampak urat timbul pada leher serta dahinya. Kulitnya yang cerah memerah setiap kali menahan kesakitan yang semakin menggigit rakus. Tenaganya sirna.

"Qarizh!" laung Aralyn lantas bangun dan segera berlari mendapatkan Qarizh.

"Qarizh!" panggil Aralyn dengan gementar.

Tipulah jika dia tidak gementar apabila Qarizh yang terbaring di lantai itu dilihat semakin hilang kesedaran. Panik menguasai diri dan air matanya mulai gugur berjejeran membasahi pipinya namun dalam situasi yang membahayakan ini, dia perlu bertenang.

"Qarizh..." panggil Aralyn lagi sambil menutup dan menekan kejap luka yang terhasil daripada tikaman pisau rambo Black dengan menggunakan sapu tangannya.

"I'm... okay, d... don't worry," sahut Qarizh dengan giginya dikacip kemas dan nafas terputus-putus.

Sakit terkena tikaman satu hal, sakit ditekan kejap oleh Aralyn bagi menghentikan pendarahan juga satu hal. Berkeringat hebat mukanya menahan sakit. Ya Rabbi... dirinya teramat sakit tetapi Black masih lagi menggila di luar sana. Buktinya, lelaki itu semakin berani menunjukkan rupanya yang sebenar.

"K... kau ok... key?" tanya Qarizh dengan helaan nafas yang semakin memberat.

Sesekali, dia terbatuk-batuk kecil dan setiap kali batukan, mukanya memerah. Wallahi, dia berasa semakin tidak dapat bertahan lama lagi dengan kesakitannya ini.

"Kau tak sepatutnya selamatkan aku tadi." Aralyn menyeka air matanya yang semakin laju menuruni pipi.

Ketika ini, dia cuba untuk tidak menangis di hadapan Qarizh tetapi apakan daya, dia tidak mampu. Perasaan bersalahnya menggunung, tetapi rasa takut jika terjadi sesuatu yang tidak diingini kepada Qarizh lebih menguasai diri. Qarizh sudah terlalu kehilangan banyak darah!

"Syh... ja... jangan mena... nangis," kata Qarizh dengan nada hampir berbisik.

Ketika ini, kantuk tiba-tiba menguasai diri dan kesedarannya mulai menipis. Renik keringat juga semakin banyak timbul di dahi dan lehernya selari dengan kesakitan maha hebat mencengkam diri. Dalam keadaan ini, hanya satu saja nama yang bermain di fikiran. Allah.

Ya Allah... adakah masih ada lagi sinar harapan untukku esok? Adakah aku akan dapat bernafas lagi di bumi-Mu selepas ini. Ya Allah... jika inilah pengakhiranku, kumohon ampunkanlah dosaku, ibu bapaku, adikku serta semua orang yang kusayang. Ya Allah... terimalah amalan kebaikan yang aku kerjakan selama ini... Allah...

Ya Allah... ampunkanlah semua dosa muslimin dan muslimat sama ada yang masih hidup ataupun yang sudah meninggal dunia. Kekalkanlah keamanan negaraku yang tercinta. Ya Allah, saksikanlah bahawa tiada Tuhan yang aku sembah selain Engkau, dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad SAW itu pesuruh Engkau.

"Prof!" jerit satu suara.

Nyaring suara si penjerit seiring dengan terpaan kasar serta-merta menyentak pergi segala kantuknya. Amirul... akhirnya kau selamat, Amirul. Alhamdulillah. Perlahan-lahan, senyuman kelegaan terukir pada bibir pucatnya.

"Prof, Prof pandang Mirul. Cakap dengan Mirul, Prof." Amirul menepuk-nepuk pipi Qarizh. Tidak, Qarizh tidak boleh terlelap sekarang ini. Besar risikonya jika dia terlelap.

"Cik, tekan kuat-kuat lagi. Jangan bagi lagi banyak darah keluar," arah Amirul kepada Aralyn.

Matanya yang berair diseka kasar. Apa yang penting, profesornya mesti selamat. Dalam situasi ini, menunggu pasukan paramedik sampai adalah tidak mungkin. Qarizh takkan mampu bertahan sementara menunggu ambulan datang. Apa aku perlu buat? Fikir, fikir, fikir!

HI, ENCIK PROFESSOR!Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang