× 4 ×

705 133 18
                                    

   

"Jadi bolehlah beri ucapan salam perpisahan kepada rakan semeja kamu sekarang

К сожалению, это изображение не соответствует нашим правилам. Чтобы продолжить публикацию, пожалуйста, удалите изображение или загрузите другое.

"Jadi bolehlah beri ucapan salam perpisahan kepada rakan semeja kamu sekarang. Nak nangis sampai jadi air terjun boleh dilakukan selepas waktu saya. Jadi bolehlah kemas barang dan berdiri di luar kelas." Dan pada saat ini, aku masih lagi berpelukan dengan Dami.

    Sejujurnya, apa yang Madam Yeijin cakap tu ditujukan khas untuk kami berdua, yalah orang lain rileks je, kami yang duduk kat tengah-tengah kelas ni bukan main lagi drama. Macam drama pukul 7 TV3.

    "Selamat tinggal kawan dari dalam perut mak aku sampai sekarang, Shin Eunji!" kata Dami lalu menarik hingus yang hampir-hampir meleleh turun. Aku menyeka air mata kepalsuan.

      Ttok ttok !

      Semua mata terarah ke muka pintu kelas, termasuk aku dan Dami. Berdiri seorang lelaki dengan kedua-dua tangannya di dalam poket.

       "Kenapa kamu lambat?" tanya Madam Yeijin sambil angkat kening sebelah. Keningnya yang agak tebal solekannya itu tampak garang dan tajam, sesuai dengan personalitinya.

        "Saya pergi tandas tadi, Madam. Saya minta maaf," kata lelaki itu dengan muka biasa. Macam tak terkesan dengan wajah garang Madam Yeijin yang sekejap-kejap bertukar menjadi singa.

       Okay itu cuma imaginasi aku je kot. Yalah aku ni ada daya imaginasi yang terlampau tinggi, maybe boleh beat Albert Einstein?

       Dan aku baru teringat, ya, lelaki itu. Park Jihoon. Kawan sekelas aku untuk tahun ni.

       Arghhh aku tak boleh bayang macam mana kehidupan aku untuk setahun belajar bersama dengan dia.

        Tiba-tiba sahaja aku teringatkan kejadian di dalam subway tadi. Sadis!

        Nak tak nak, memang muka dialah yang aku akan tengok setiap hari nak pergi sekolah. Ei benci benci benci!

        "Dah masuk Jihoon. Kemas barang kamu dan berdiri di luar. Haa yang lain, TUNGGU APA LAGI?" Barulah semua terkedek-kedek nak keluar kelas selepas disergah dengan 'ngauman' Madam Yeijin tadi. Aku dan Dami pun tak terkecuali, drama tadi kita tangguh dulu.

        Beberapa pelajar dari kelas sebelah turut menjengah keluar, mana taknya, tak pernah-pernah tengok orang beratur depan kelas ramai-ramai macam budak tadika nak pergi lawatan.

        Dengan semua mulut jenis tak boleh diam, sampai kena jerkah dengan suara Madam Yeijin dari dalam kelas.

        Kelas kosong, hanya ada kerusi dan meja. Madam Yeijin berdiri betul-betul di hadapan kelas, matanya tajam dicerlungkan ke setiap tempat duduk di dalam kelas itu.

        Satu persatu nama kawan sekelas aku dipanggil dengan tegas, tanpa nada. Sekali dengar macam panggilan nama kat dalam penjara panggil banduan bila hari melawat. Haa begitulah perumpamaannya.

        "Park Jihoon." Aku jeling ke arah Jihoon yang memang dari tadi senyap berdiri, dia juga berdiri agak jauh dari kelompok murid. Langkahnya diatur malas masuk ke dalam kelas.

        Entah kenapa, terdetik di hati aku dia tu...Nampak macam lonely. I mean, tengoklah, dia pun tak banyak sembang. Apa yang keluar dari mulut dia tu pun macam takde nada lain, mendatar. Sama je bunyi.

       Terngiang-ngiang pula suara dia yang mengganggu aku di malam tahun baru. Ish!

       Aku tumbuk tapak tangan. Geram. Gigi aku ketap, berlaga sampai berbunyi.

       Dami senggol siku aku sampai aku hampir-hampir terjatuh. "Nama kau kena panggil! Tak dengar ke?" Terbeliak mata aku. Habislah aku...

       "MANA SHIN EUNJI?" Ah sudah. Aku tak rela tengok muka Madam sekarang. Sumpah takut!

         Aku cepat-cepat bawa buku masuk ke dalam kelas sambil jalan menunduk. Tak nak aku bertentang mata dengan Madam Yeijin. Boleh jadi aku yang beku, kejang tak boleh gerak terus kat situ.

        "Saya...saya du..."

        "Kamu duduk sebelah Jihoon. SEKARANG!" Tersentak bahu aku dengar suara Madam Yeijin yang macam guruh tu. Nak terkeluar roh aku rasanya. Silap hari bulan, sekolah ni roboh dulu sebelum aku graduate sebab frekuensi suara Madam Yeijin ni.

         Aku terkejut sampai pinggang aku terlanggar bucu meja. Sakit dia mmm rasa nak nangis dalam pelbagai bahasa pun ada.

        Buku di tangan bertaburan jatuh, dalam pandangan mata aku sekarang ianya nampak slow-mo, dengan efek hempasan ke lantai dengan penuh bergaya sekali.

        Tak sekarang ni sumpah baru first day dah kalut macam ni aish.

        Aku cepat-cepat kutip buku aku sebelum Madam Yeijin buka mulut lagi. Tangan aku terketar-ketar, entah kenapa aku rasa macam tengah diperhatikan oleh Madam Yeijin. Seram!

        Aku segera duduk di sebelah lelaki yang menjadi punca aku cemerkap another level hari ni. Yeah Park Jihoon, siapa lagi kan?

       Aku duduk senyap, tak pandang langsung muka dia. Aku lagi rela tengok dinding kelas aku yang kusam dan meja aku yang dah berconteng ni dari tengok muka dia.

       Takut kalau tengok, ada juga jurus seni mempertahankan diri keluar.

       Aku tahu, sekarang ni mesti Jihoon tengah tersenyum sinis, mana taknya dia dah macam penonton setia insiden kekalutan dan keributan aku tadi.

       Duh malu betul! Nak sorok mana muka ni?

       Aku tutup muka. Suara Madam Yeijin yang dari tadi tak habis-habis lagi panggil nama orang aku buat-buat tak dengar. Aku cuba untuk kekal halimunan, supaya si Jihoon ni tak sedar dengan kehadiran aku.

      But yeah, bongok juga idea aku ni mmm

      "Hey." Jap suara siapa tu?

      "Pekak ke?" Jap, aku rasa aku dah tahu ni suara siapa. Aku pandang kiri aku.

      Jihoon pandang aku, tersenyum senget. Dia hulur tangan kanannya.

      "Selamat berkenalan, kawan semeja," katanya ringkas. Aku pandang wajahnya dan tangannya bersilih ganti.

      Aku takdelah jahat sangat nak ignore dia, masih terselit rasa baik  dalam hati kecil aku ni gitu

       Aku sambut huluran tangan dia. Hangat. Tak macam tangan aku sekarang, sejuk macam ais.

       Eh, kenapa tiba-tiba aku fikir macam tu? Aish.

       Dan Jihoon tersenyum lagi sebelum dia pandang keluar melalui tingkap di sebelahnya.

       Jihoon yang aku jumpa dalam subway tadi... Nampak berbeza dengan Jihoon yang ada di sebelah aku sekarang.

       Tapi takpe Eunji, ni baru first day. Akan kutempuh tahun ni dengan semangat membara yah!

----

Selamat bersekolah semuaaaa hahahhaha
HBD WATANABE HARUTOOOOO 🎉🎉 haa meh baca pesanan noona untuk awak~
Semoga sentiasa sihat selalu, happy selalu jangan sedih² okayyy kalau ada masalah kongsi dengan hyungs awak hahhahaha ♥️

    

• chewing gum • park jihoonМесто, где живут истории. Откройте их для себя