× 26 ×

416 107 49
                                    

"Eunji

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"Eunji." Aku toleh muka aku ke arah Jihoon yang tiba-tiba sahaja pasang muka bersalah. Dia mengusap belakang lehernya.

Dah kenapa pula ni?

"Kenapa?" tanya aku sambil masukkan buku latihan ke dalam beg. Baru je tadi bunyi loceng menandakan sesi persekolahan untuk harini tamat. Petang macam ni, macam biasa aku ada latihan piano dengan Sir Hans.

"Sorry, aku nak bagitahu kau tadi tapi lupa. Lepasni aku dah tak balik naik subway tau." Mulut aku melopong, aneh campur terkejut mendengar pernyataan yang baru sahaja keluar dari mulut Jihoon.

"Oh, err kenapa?" Jujur aku cakap, aku rasa sedih. Lonely pula nanti balik takde Jihoon walaupun sebelum-sebelum ni aku balik seorang-seorang.

Apalah nasib kentang macam aku mmm

"Err sorry." Itu sahaja yang keluar dari mulut Jihoon lalu dia cepat-cepat melangkah keluar dari kelas dengan tergesa-gesa. Aku masih terkebil-kebil di tempat duduk melihat perangai Jihoon yang nampak pelik.

Mengikut kajian yang dikeluarkan oleh orang-orang tua, selalunya orang yang buang tabiat ni dah tak lama kat dunia ni.

"Err Jihoon!" panggil aku dengan suara yang agak kuat. Jihoon pandang ke belakang.

"Kenapa?" tanyanya. Aku garu kepala, kenapa aku panggil dia eh? Oh aku dah ingat!

"Err saya nak minta maaf." Sebelum dia pergi meninggalkan dunia yang fana, adalah lebih baik aku minta maaf segala salah silap aku terhadap dia (lagi-lagi sebab aku ni banyak mempergunakan kepandaian dia dalam menyiapkan kerja sekolah aku)

Jihoon pasang muka pelik, terkejut kot lalu menggeleng-geleng perlahan. Tiba-tiba dia mendekati aku.

Dia menyeluk poket seluar sekolahnya lalu menghulurkan chewing gum perisa mint. Perisa kegemaran aku. Dia membuat isyarat supaya aku mengambilnya.

"Kau tak perlu minta maaf. Kau tak salah apa-apa pun dengan aku. Aku kena pergi dulu." Dia tersenyum senget lalu melangkah keluar kelas dengan laju.

Aku tergamam mendengar kata-kata Jihoon. Aku agak tertanya-tanya kenapa dia cakap macam tu. Perlahan-lahan aku membelek chewing gum tersebut. Chewing gum dengan perisa yang sama, jenama yang sama. Dari hari pertama dia beri chewing gum ni dalam subway haritu sampailah kalini. Chewing gum yang masih sama.

Dan, aku harap ini bukan chewing gum terakhir yang dia bagi untuk aku.

-----

Dami 🤘

Berita panas berita panas 🔥

So hot so hot 🔥

Amende pula si Dami ni whatsapp aku? Macam serius je bunyinya.

Kenapa?

Kau kena dengar cerita aku ni

Ya kenapa cik Dami propa?

Euwww tak sedapnya nama

Eh eh dia ni sibuk cerita pasal tu pula, berita panas yang dari tadi nak sangat cerita tu takde pula nak start ke apa.

Okay² petang tadi kau ada latihan
piano kan

Aku nampak smth petang tadi

Ingat tak perempuan yang kita
nampak sembang dengan Jihoon?

Betullah perempuan tu budak
baru tu

Petang tadi dia balik dengan
driver dia

Guess what?

Jihoon pun naik sekali!

I mean, kalau dah sampai macam tu
mestilah diorang rapat kan?

Oh, sebab tu ke... sebab tu ke dia dah tak balik naik subway? Dengan aku?

Entah kenapa aku rasa macam bunyi kaca terhempas, kuat dan menyakitkan. Macam tulah apa yang aku rasa dalam hati aku sekarang.

Aku tahu kau mesti tengah sedih
sekarang ni, jangan tipu

Halah halah Dami ni menambahkan kesedihan yang tengah aku alami pula. Aku campak phone kat tepi, drama yang tengah-tengah aku sedap tonton tadi terbiar, tergantung sepi begitu sahaja. Aku tak tahu nak buat apa sekarang. Hanya siling yang menjadi pandangan mata aku yang berkaca-kaca sekarang ni.

"Aku ni hidup menumpang je dengan orang kaya."

"Omma aku kerja dengan tuan rumah tempat aku tumpang."

Jap, perempuan tu orang kaya, Dami cakap maybe dia tinggal kat kawasan perumahan yang sama dengan aku. Jihoon pun tinggal kat kawasan perumahan yang sama dengan aku.

Boleh jadi ke...yang perempuan tu anak kepada tuan rumah yang Jihoon tumpang tu? Maksudnya memang diorang memang dah kenal lamalah kan? Siap duduk satu rumah pula tu!

OMG! TAK BOLEH JADI NI!

"ARGHHHHHHHHHH!" Aku menumbuk-numbuk bantal sekuat hati lalu menekup bantal tersebut di atas muka supaya menghalang gelombang suara aku kedengaran bergema d seluruh rumah.

"KENAPA KAK? APA YANG TERJADI? ADA LIPAS MENYERANG KE KAK?" Sooyoung menghempas pintu bilik aku dengan kuat. Matanya laju meliar di sekeliling bilik aku, cuba mencari objek yang apabila berjalan dia masih lipas tetapi bila dah terbang dia dah jadi oink oink. Tangannya sebelah lagi sudah ready raket badminton yang memang selalu dia guna petang-petang untuk bermain dengan bibik di laman rumah. Semuanya sudah lengkap untuk menghadapi serangan maha dahsyat daripada seekor lipas.

Aku yang terkejut dengan kehadiran Sooyoung yang memang tak diundang, cepat-cepat kesat air mata aku. Jangan sampai Sooyoung perasan, nanti susah aku nak menjawab dengan dia.

"Ish takde apa-apalah! Akak tengok drama ni haa." Cepat-cepat aku ambil phone dan buat-buat macam aku tengah tonton drama sambil berendam air mata.

"Lah yeke? Buat kecoh jelah akak ni!" rungut Sooyoung lalu bercekak pinggang. Terpapar wajah tidak puas hati.

"Dah dah shuh shuh! Tutup pintu tu elok-elok. Kau asyik hempas pintu tu, silap hari bulan bilik akak ni dah takde pintu." Sooyoung hanya tersengih-sengih lalu menutup pintu menggunakan kelajuan paling minimum. Sekali tengok macam slow-mo pun ada.

Aku sambung baring sambil menghadap siling. Aku sedih. Memang macam ni eh rasa kalau kita suka dengan seseorang tapi dia tak pernah perasan?

Mungkin dia cuma anggap aku ni...kawan baik dia je. Ya, kawan baik. Bestfriend.

-----

Bersediakah anda semua untuk plot twist huehue ?



• chewing gum • park jihoonWhere stories live. Discover now