× 33 ×

453 104 51
                                    

    Aku telan air liur

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

    Aku telan air liur. Aku mimpi ke apa? Memang Jihoon ada je kat situ, di tengah-tengah antara penonton itu. Tersenyum manis sampai matanya melengkung, membentuk eye smile.

     Aku teragak-agak pergi ke kerusi yang berdekatan piano yang tersedia di situ. Piano yang memang aku selalu guna dari tahun-tahun lepas sampailah saat ini.

     Please Eunji, fokus. Jangan biarkan benda ni menganggu konsentrasi kau waktu main piano.

     Aku hembus nafas berat sebelum aku menekan kekunci piano yang berwarna hitam dan putih itu, memainkan irama piano yang sudah aku hafal hampir tiga bulan.

      "Kau boleh Eunji, kau boleh!" bisik aku dalam hati sambil menekan kekunci itu dengan berhati-hati. Jangan sampai tersilap tekan, tercepat atau terlambat. Semuanya perlu sempurna dan tepat pada masanya.

      Sehinggalah sampai di bahagian 2nd pre chorus, aku berdebar-debar. Terasa sudah lama aku berada di sini. Memori aku bernyanyi dengan Jihoon kembali mengasak fikiran aku. Waktu inilah dia muncul di bilik muzik, bernyanyi dengan suaranya yang merdu, mendekati aku disaat aku tak mengharapkan kehadiran dia di situ.

Korang bayangkan 2nd pre chorus tu bahagian piano instrumental sebelum Crush punya part dalam lagu For You. Aku tepek kat sini balik.


      Mata aku berkaca-kaca, pandangan aku kabur. Tahan wei tahan! Aku benci dengan diri aku sendiri yang tak boleh tahan dan mudah beremosi lebih-lebih lagi di saat genting macam ni.

       Disebabkan pandangan aku kabur, aku tersalah tekan kekunci piano membuatkan bunyi yang terhasil kedengaran sumbang dan menyakitkan telinga. Aku tersentak dan gementar, namun aku teruskan juga sehinggalah habis main piano.

        Habislah aku.

        Tamat sahaja persembahan aku tadi, aku terus berlari menuruni tangga pentas ke belakang pentas. Tangisan yang dari tadi aku tahan-tahan akhirnya terlepas juga, aku kesat kasar.

         Peserta-peserta yang bersiap-sedia di belakang pentas memandang aku dengan pandangan yang tertanya-tanya namun tidak berani untuk menegur. Mereka hanya memandang aku berlalu begitu sahaja.

        Aku keluar dari dewan melalui pintu belakang lalu duduk bersandar di tepi dinding. Aku lampiaskan tangisan aku di situ tanpa segan-silu. Aku marah, aku marah dengan diri sendiri.

       Aku yang bersalah dalam hal ni.

       "Eunji! Kat sini rupanya kau!" Dami terkocoh-kocoh mendapatkan aku. Dia pegang kedua-dua pipi aku yang sudah dibasahi air mata seraya memeluk aku erat.

• chewing gum • park jihoonWhere stories live. Discover now