× 36 ×

751 116 108
                                    

Aku terinspirasi daripada mv ni. Bolehlah tengok huehue

    Aku check make up aku

Hoppla! Dieses Bild entspricht nicht unseren inhaltlichen Richtlinien. Um mit dem Veröffentlichen fortfahren zu können, entferne es bitte oder lade ein anderes Bild hoch.

    Aku check make up aku. Yang penting kemas dan rapi. Tak nampak pelik macam alien.

     Buku notasi yang memang aku guna sejak zaman aku sekolah lagi aku bawa turun. Baru sahaja aku belajar piano sheet yang baru, khas untuk majlis perkahwinan rakan baik aku ni.

      Dress paras lutut berwarna putih itu aku kemaskan, tak naklah nampak kedut atau terkelepet sebelum aku melangkah naik ke gereja.

       "Eunji!" Alah, korang dah mesti boleh agak kan siapa?

        "Kau datang?" tanya Dami dengan riak wajah terkejut. Dia masih lagi kekal dengan style rambut yang sama, pendek paras bahu.

          "Aku ingatkan kau tak nak..." Aku geleng-geleng sambil tersenyum manis.

           "Aku okay jelah. Lagipun, Jihoon tu kan kawan kita?" Dami terkebil-kebil seraya mengangguk laju. Masih terkejut mendengar perkataan yang keluar dari mulut aku.

           Kami sama-sama beriringan masuk ke dalam gereja yang agak luas itu. Ramai tetamu telah mula memenuhi tempat duduk di dalam sana. Kedengaran agak hingar-bingar, ternyata ramai juga rakan sekolah yang hadir, mungkin rakan sekelas Yeona. Ada juga beberapa orang yang aku agak tak kenal, mungkin kenalan keluarganya.

            Sebenarnya keluarga aku juga dijemput hadir memandangkan kami tinggal di taman perumahan yang sama namun keluarga aku ada hal yang tak boleh dielakkan. Makanya, aku hadir sebagai wakil.

           Perlahan-lahan, aku melangkah ke piano putih yang telah tersedia di tepi pentas itu. Aku cuba memainkan beberapa lagu. Ternyata semua orang agak tertanya-tanya namun kelihatan menikmati persembahan piano daripada aku.

           "Terima kasih datang, Eunji." Satu suara kedengaran di sebelah kanan aku. Rupa-rupanya, Jihoon. Segak berpakaian sut di sebelah aku.

             Aku tak tipu, dia betul-betul nampak handsome dan bergaya. Lain benar dengan style pakaian yang dia selalu pakai dulu.

            "Ofcourselah saya datang. Saya kan kawan awak?" Jihoon hanya tersenyum mendengar kata-kata aku. Aku tersenyum ringkas sebelum menyambung kembali main piano.

              Takpe, aku okay. Aku happy tengok Jihoon, dia nampak bahagia sangat ketika menunggu kedatangan pengantin perempuan.

               Tidak lama selepas itu, terdengar pengumuman kehadiran pengantin perempuan bersama bapanya. Aku segera memainkan irama khas untuk menyambut kehadiran mereka.


      Perlahan-lahan, Yeona yang kelihatan anggun memakai gaun pengantin berwarna putih itu berjalan beriringan dengan ayahnya sehingga ke pentas. Jihoon sudah menunggu di sana dengan senyuman lebar.

       Semuanya aku saksikan sendiri dari tempat duduk aku di piano. Jari aku laju memainkan irama. Aku tak boleh, aku tak boleh tengok.

        Suasana sepi semuanya. Hanya kedengaran suara paderi bercakap sesuatu. Aku hanya menunduk memandang papan kekunci piano.

        Dah tiada apa-apa yang aku boleh harapkan. Aku cuma mengharapkan Jihoon bahagia bersama orang yang dipilihnya untuk menjadi pasangan sehidup semati.

       Yang penting lepas ni, aku akan bawa diri aku. Aku tak nak pandang belakang dah.

-----

       "Surat apa ni?" Jihoon memandang lama sampul surat berwarna putih yang panjang itu. Baru sahaja dia perasan kehadiran surat itu di sebalik timbunan hadiah perkahwinannya.

        Untuk Park Jihoon

         Itu yang tertulis di atas sampul itu dengan pen dakwat basah berwarna hitam. Tanpa berlengah-lengah dia membuka sampul surat itu dan membaca surat bertulisan tangan.

          Dia kenal tulisan ini.

Kepada Park Jihoon

       Saya tahu apabila awak baca surat ni, mungkin saya dah tiada di bumi Korea ni lagi. Saya pergi, pergi untuk mengejar impian dan cita-cita saya di bumi orang, di negara asing. Saya sambung belajar di kolej muzik di London selepas dapat tawaran haritu.

      Apabila saya bermain piano sebelum ni, tiada apa-apa yang saya rasakan melainkan kegembiraan dan kepuasan. Saya tak fiikirkan apa-apa. Tetapi apabila saya kenal awak, saya sentiasa teringatkan awak sebab awak kata awak suka tengok saya main piano. Saya ni biasa-biasa je, banyak lagi yang perlu saya belajar.

      Adalah satu penghargaan terbesar bagi saya apabila saya dapat bermain piano di majlis perkahwinan awak dengan Yeona. Sudah tentunya itu satu momen yang paling indah dalam hidup awak. Saya gembira saya dapat jadi sebahagian daripada cebisan memori indah awak.

      Maaf andai perasaan suka saya pada awak buat awak rasa terbeban. Saya tahu siapalah saya kan? Lagipun saya gembira tengok awak bahagia, sebagai kawan. Saya harap kita tetap akan jadi kawan sampai bila-bila. Terima kasih sebab awak sudi terima saya dalam hidup awak.

       Saya harap perkahwinan awak dengan Yeona berkekalan dan bahagia selamanya. Sekiranya berkesempatan, saya akan balik semula ke Korea. Mungkin waktu tu awak sudah ada anak? Saya tak tahu tapi saya harap awak bahagia.

        Daripada kawan baik awak, Shin Eunji

         "Awak baca apa tu?" tanya Yeona apabila melihat Jihoon bingkas bangun lalu melangkah ke beranda.

          Jihoon mendongak, memandang langit biru yang dihiasi dengan kepulan awan putih. Hari yang amat cerah dan indah.

          Surat tadi masih lagi tergenggam di tangannya.

           "Aku harap kau jumpa orang yang terbaik untuk kau. Kau tetap kawan baik aku, sampai bila-bila," bisiknya dalam hati sambil tersenyum sendirian.

The end --

-----

Wowoowowowowowwowiwii meh sambung baca lagi aku nak membebellll

• chewing gum • park jihoonWo Geschichten leben. Entdecke jetzt