× 21 ×

518 105 45
                                    

       Macam biasa, aku ada latihan piano petang ni

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

       Macam biasa, aku ada latihan piano petang ni. Dan macam biasa jugalah, si Jihoon kawan baik aku tu pun terperap kat perpustakaan, siapkan kerja sekolah yang bertimbun-timbun macam Gunung Kinabalu tu.

        Aku pun kadang-kadang risau sebab yalah, aku petang-petang ada latihan piano,  bila aku nak siapkan kerja sekolah yang macam melambai-lambai panggil aku untuk siapkan? Nasiblah ada Jihoon genius datang membantu.

        "Sir okay je kan dengan lagu yang saya pilih ni?" tanya aku kepada Sir Hans yang sedang check semua alatan muzik, manalah tahu ada budak-budak yang membuat vandalisme dan menjadikan harta sekolah sebagai harta hak sendirian berhad sesedap hati mak nenek dia.

         "Saya okay je, sedap juga lagu yang awak pilih ni. Lagu yang lagi satu tu pun okay juga. Saya percaya, awak lagi tahu mana yang terbaik." Aku cuma tersengih-sengih mendengar kata-kata yang keluar dari mulut guru lelaki berwajah kacukan Inggeris-Korea itu, sekali pandang nampak macam adik Tom Cruise. Siapa yang pandang muka dia ni confirm terasa panahan cinta gitu huehue

          Aku pun sambung latihan aku, buat masa sekarang aku masih lagi guna buku notasi muzik yang memang aku selalu bawa. Untuk pertandingan nanti, aku kena hafal, kalau tersilap tekan buat malu tujuh keturunan nanti huhuhu

            Dan, aku harap aku dapat banggakan sekolah aku untuk tahun ni.

-----

            "Kau ni muka asyik muram macam orang tak dapat pergi konsert ni dah kenapa? Kau terpijak tahi kucing? Ada orang tarik rambut kau? Ada orang–"

             "Stop stop! Mengarut betullah apa yang awak cakap ni Jihoon." Jihoon hanya tersenyum senget tengok aku membebel.

             "Lepas tu, dah kenapa muka macam tu?" tanyanya sambil menghirup air milo.

             "Risau dan bimbang!" kata aku, berpeluk tubuh.

              "Kenapa risau pula? Tunang kau lari kahwin dengan orang lain?"

               Pap!

              "Sakitlah!" Jihoon mencebik lalu mengusap-usap lengannya yang dipukul tanpa sifat perikemanusiaan dari aku. Sepatutnya dia bersyukur, aku tak tolak dia jatuh kat landasan subway tu terus, biar kena langgar grrr

               Aku tengah serius macam komander perang sekarang ni sempat pula dia buat lawak. Ini boleh menimbulkan kemarahan!

               "Bukanlah! Saya risau sebab takut tak sempat nak siapkan kerja sekolah yang berlambak-lambak dan berlapis-lapis macam kek lapis Sarawak tu! Dahlah dengan latihan piano lagi arghhhh!" Aku pegang kepala aku, menambah efek geram, marah, risau dan segala perasaan yang bercampur-baur. Aku tertekan!

               Jihoon tersenyum senget lalu mengusap-usap belakang aku. Dia hanya menggeleng-geleng perlahan, sekali nampak gayanya seperti kaunselor tidak bertauliah yang mahu menolong orang random di tepi jalan yang memerlukan khidmatnya.

              Tetapi di mata aku sekarang, dia membuatkan aku bertambah geram melihat gayanya yang tampak dibuat-buat dan tidak serius. Ada nampak aku happy?

              "Rileks Eunji! Tarik nafas, haa hembussss," katanya, tangannya dinaikkan dan diturunkan separas dada, membuat gaya seperti menarik nafas macam dalam kelas Pendidikan Jasmani. Nasib tak pakai baju tshirt dengan seluar tiga line sekali dengan pakej wisel tergantung kat leher, tak pasal-pasal jadi coach jelmaan pula dia kat sini.

               Secara tak sedar, aku juga mengikut apa yang dikatakan oleh Jihoon, seolah-olah aku dipukau dan dihipnosis. Tarik nafas haa hembussss, tarik lagi haa hembussss

              "Haa macam mana? Dah selesai kan masalah kau?" tanya Jihoon dengan muka selamba. Tangannya diletakkan di atas pemegang bangku itu.

              "Memang pun kerja sekolah tu boleh siap dengan magiknya kalau setakat tarik nafas haa hembussss," kata aku lalu rolling eyes. Geram dengan Jihoon yang macam tak sensitif dan concern dengan masalah aku. Gaada akhlak punya member!

              "Shin Eunji Shin Eunji, apalah guna aku sebagai kawan baik, lebih baik dan terbaik yang kau ada ni isk isk," kata Jihoon sambil menggeleng-geleng. Tangannya dicekakkan di pinggang. 

              "Apa maksud kau?" Aku angkat kening sebelah, aneh melihat Jihoon yang kelihatan seperti nenek yang baru nampak cicak bergaduh depan mata.

               Jihoon menepuk dada. "Aku sebagai kawan kau, akan tolong kau siapkan kerja sekolah kau tu. Haa hebat tak tawaran aku tu?" katanya dengan wajah bangga.

             "Wah seriuslah Jihoon? Thank youuuuuuu." Tanpa aku sedar, aku terpeluk Jihoon lagi. Lagi sekali.

               "Aku tahu kau memang teruja dan gembira tapi tak payahlah sampai peluk erat, ketat, sendat, padat macam ni! Lemas tahu tak?"

                Aku terkebil-kebil lalu tersengih, tak perasan pula aku peluk dia ni lagi. Harapnya dia tak anggap aku ni cuba ambil kesempatan ke apa ke atas dia.

                Tapi jauh dalam sudut hati aku, aku mula menyenangi personaliti Jihoon yang agak dingin tu. Diam-diam, aku mengaku aku suka dia.

                Tapi, dia suka aku ke tak? Ish!

-----

Updateeeeee okay² aku minta maaf okay sebab jarang update, aku akan cuba update frequently untuk korang. :)

Aku sebenarnya sampai sekarang tak tahu nak ambik bidang apa, aku rasa macam tak lepas je aku nak ambik bidang sains mmm

• chewing gum • park jihoonWhere stories live. Discover now