× 7 ×

697 140 96
                                    

     Dengan kegigihan yang tak berbelah bahagi dan menyerap kepandaian dan kegeniusan Bang Yedam, aku menyambung essay aku yang masih berbaki 2 mukasurat

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

     Dengan kegigihan yang tak berbelah bahagi dan menyerap kepandaian dan kegeniusan Bang Yedam, aku menyambung essay aku yang masih berbaki 2 mukasurat.

     Aku tak rela nak membiarkan kaki aku menggigil kat tengah padang di bawah panas terik akibat tak siap essay Madam Yeijin ni, masih terlalu awal untuk membuat masalah bagi tahun ini.

      "Mana pula kamus aku ni?" Aku membelek setiap inci dan  sudut dalam beg sekolah aku. Tiada langsung bayangan buku tebal bersaiz A5 tu.

        Jangan cakap....

        "AKU TINGGAL KAMUS KAT LIBRARY?" Lutut aku lemah dan tanpa segan-silu, aku menangisi peninggalan kamus aku. Macam manalah waktu saat kritikal macam ni aku boleh terlupa? Kenapa?

        Aku tahu aku dramatik, korang layan jelah perangai aku ni sampai habis cerita ni okay? *Tu pun kalau ada yang baca sob sob

        Semangat aku yang setinggi Gunung Kinabalu terus menjunam jatuh. Aku melompat ke atas katil dan memeluk erat bantal busuk, sambung nangis kat situ huhuhu.

        Ni yang malas nak sambung buat essay haih.

         Selepas beberapa minit aku menangis di atas katil, aku terus duduk.

          "Aku tak boleh terus macam ni. Macam mana aku nak maju macam Mamak Maju kalau bermalas-malasan macam ni?" Entah apa yang telah merasuki aku, aku terus melompat dari katil. Tangan sebelah diangkat tinggi ke langit, sekali tengok nampak macam Ultraman nak terbang.

          "AKU KENA JADI PANDAI. AKU KENA LULUS UJIAN AKHIR TAHUN. GO GO SHIN EUNJI!" Laung aku dengan semangat berkobar-kobar. Gaya macam nak pergi perang.

            Bam!

            "Kenapa kak? Ada orang ceroboh bilik kakak ke? Ada lipas menggila ke?" tanya Sooyoung dengan riak wajah terkejut skala enam. Matanya meliar-liar ke setiap sudut bilik aku.

             "Yang menceroboh bilik aku, KAU!" Aku menepuk kepala Sooyoung. Dah start dah perangai sewel dia malam-malam macam ni.

             "Ish, dah kakak yang jerit tiba-tiba, Sooyoung sebagai adik prihatin mestilah kena ambil tahu!" Sooyoung mengusap kepalanya.

              "Nampaknya pengorbanan saya tak dihargai! Hmph!" Serentak dengan itu, Sooyoung menghempas pintu bilik aku dengan kuat, nak tunjuk dia tak puas hatilah tu...

            Aku cuma angkat bahu melihat 'drama' Sooyoung tadi. Bersalah? Sikitlah tapi ingat aku ada masa ke nak pujuk?

           Aku berjalan mundar-mandir di dalam bilik sebelum tiba-tiba satu idea datang menjengah dalam otak aku. Aku memetik jari, dah serupa gaya Isaac Newton teruja apabila menjumpai teori tarikan graviti pula.

• chewing gum • park jihoonWhere stories live. Discover now