× 9 ×

606 125 34
                                    

       "Ayok habislah kau," kata Dami tanpa suara

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


       "Ayok habislah kau," kata Dami tanpa suara. Jari telunjuknya digoyang-goyangkan. Sebelah tangannya menarik aku yang tengah berusaha 100% nak tutup muka aku yang bersememeh dengan air mata.

       Malu gueeee arghhh

       Jihoon pasang muka bersalah, tak sangka pula gurauan dia tu serius sangat. Ish lain kali tu tanyalah dulu!

       Elok-elok aku baru nak suka dia, terus turn off.

       Eh, bukan maksudnya suka yang crush tu, suka sebagai kawan haaa jangan salah anggap pula. Korang para readers ni memang, asal watak utama je ship dengan member TREASURE aishhh masih awal lagi, kan author? *author angguk laju huehue

       Dami dudukkan aku kat kerusi setelah aku tarik-tarik baju dia. Dami pukul tangan aku.

       Kuat pula tu! Nak pula aku menyumpah segala carutan khas buat Dami tapi tulah, hanya tersimpan kat hati. Kenalah jaga imej sebagai gadis ayu gituuu

        "Wei Damiiii." Aku tak melepaskan pegangan tangan aku. Dami buat muka menyampah level 153 sekali dengan pakej rolling eyes.

         "Apa dia?"

         "Aku tak nak duduk sini," bisik aku, takut Jihoon terdengar pula. Yalah, aku takut dia terasa hati pula dengan aku.

         Eh, bukan aku ke yang patut terasa hati dengan dia? Dia yang kacau aku, bukan aku yang kacau dia kan? Habistu apa kena dengan aku ni, baik sangat pula mmm

        "Jap biar aku settle," kata Dami ringkas.

        "Eunji-ya, aku minta maaf sangat-sangat. Aku tak sangka sampai macam tu sekali kau takut. Aku betul-betul minta maaf." Aku terkejut. Tiba-tiba sahaja, Park Jihoon yang nampak macam tak pernah kisah pasal orang lain tarik tangan aku dan merayu kat aku suruh maafkan dia.

        Melalui suara dia, aku dapat rasa keikhlasan dia. Ni memang betul-betul, bukan fake ampun bang jago ke apa.

        "Hei Jihoon! Jangan buat macam tu lagi kat best friend aku ni, kalau tak siap kau!" Dami dah nampak macam gangster Kampung Pisang, siap singsing lengan baju pula tu. 

         "Aku janji!" Jihoon angkat tangan separas bahu dengan muka bersungguh-sungguh.

           "Okay aku pegang janji kau. Dan mulai hari ni..." Dami tuding jari kepada Jihoon. Sebelah tangannya mencekak pinggang. Mata dikecilkan.

            "Disebabkan Eunji duduk sebelah kau, kau kena jaga dia! Kalau aku tahu kau punca dia menangis lepas ni, kau memang tidur tak lena lepas ni!" kata Dami agak kuat  tetapi tak mampu menarik perhatian orang lain dalam kelas kami.

          Mana taknya, budak-budak baris belakang yang duk acapella lagu Love Scenario kini telah berada di hadapan kelas untuk mempersembahkan bakat terpendam dan tersembunyi mereka. Dahlah serius macam audition nak jadi YG trainee.

         Yang lain-lain pun ikut masuk air juga, bersorak kemain macam pergi konsert. Siap ada orang buat pompom pakai kertas A4 warna-warni.

          Nasib takde yang import lightstick mmm

           Korang jangan pelik, budak kelas aku memang macam ni, terlebih dos sewel daripada pandai. Semoga aku dijauhkan daripada wabak ni.

           Berbalik kepada cerita tiga segi antara aku, Jihoon dan Dami (macam pelik pula ayat ni tapi takpelah), aku cuba untuk tenangkan Dami yang dah mula keluar aura mafia lorong gelap.

          Dami ni memang, dia ni kasar sikit. Pernah sekali dia ni popular kat sekolah sebab dia punya haircut macam lelaki. Katanya rimas rambut panjang.

          Tapi sekarang, rambutnya dah mula cecah bahu. Aku jamin bulan depan dia potong rambut dia hahahha aku kan kawan sehati sejiwa dia ofcourselah tahu.

          Jihoon angguk laju-laju dan tiba-tiba dia pandang mata aku tepat. Entah kenapa aku tak berani nak bertentang mata dengan mata kuyu dia, mata yang sempat jadi idaman aku.

          Tak apasal aku malu sekarang ni?

          "Okay, aku blah dulu. Ingat apa aku cakap!" Sempat Dami memberi amaran sebelum beredar ke tempat duduknya.

          "Takpelah Jihoon, saya dah maafkan awak," kata aku perlahan. Aku pandang bawah, entah kenapa jantung aku berdebar lain macam. Bukan kaleng-kaleng dia punya debaran, mengalahkan baru lepas lari pass baton.

           "Terima kasih, terima kasih sangat-sangat." Jihoon masih pegang tangan aku. Macam biasa, tangannya hangat.

           Aku cuba angkat muka pandang Jihoon yang masih lagi dengan muka serba salah macam kucing baru lepas kena marah sebab makan biskut raya tuan dia.

            "Awak jangan ambil serius sangat dengan apa yang Dami cakap. Dia gughau je tu." Aku tersenyum nipis, cuba untuk mengurangkan rasa serba salah Jihoon tu.

           Okay aku tahu aku baik. Contohilah aku. Bukan macam author buku ni, kalau korang buat macam tu kat dia memang dia bagi korang virtual penumbuk melalui Google Meet. Jangan main-main zaman Covid-19!

           Jihoon tergelak kecil. Tu mesti dia teringat apa yang Dami cakap kat dia hahhaha

            Dami tu pun satu, tak pasal-pasal dah malukan aku depan Jihoon ni! Gaada akhlak punya member!

             "Walaupun perempuan tu kelakar, aku ambil serius dengan apa yang dia cakap. Kan aku dah janji? Janji kenalah ditepati." Jihoon tersenyum senget lalu mengeluarkan buku teks Sejarah dari laci meja. Lepasni Sejarah, saja nak ready awal.

            Aku tergelak dengar apa dia cakap. Betullah tu, janji perlu ditepati.

-----

Hai hai hai ! Aku nak rant okay, aku kan ada lagi satu fanfic yang stiil ongoing (mint ice-cream choi hyunsuk) kalau tak baca lagi pergi baca! Ini arahan! 😂

And it's kinda hard nak update dua buku ni dalam satu masa. So maybe aku akan selang seli almaklumlah saya ni penulis level ikan bilis je, cerita pun biasa-biasa. Idea pun datang singgah macam RnR lepastu puhhh blah camtu je 😂

Haa begitu. So vote and comment ! Kalau rasa nak mesej aku dipersilakan, saya ni friendly orangnya huehue
        

• chewing gum • park jihoonWhere stories live. Discover now