× 19 ×

523 118 74
                                    

         Setelah aku (Dami jangan dilupakan gais!) officially jadi kawan baik kepada seorang manusia bernama Park Jihoon, semakin banyak masa kami habiskan bersama-sama, tapi selalunya aku dengan Jihoonlah sebab aku kan deskmate dia yang paling te...

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

         Setelah aku (Dami jangan dilupakan gais!) officially jadi kawan baik kepada seorang manusia bernama Park Jihoon, semakin banyak masa kami habiskan bersama-sama, tapi selalunya aku dengan Jihoonlah sebab aku kan deskmate dia yang paling terbaik kat dunia, Dami tu dah tercampak kat ceruk dunia lain kelas aku.

         Dan, hubungan kami pun semakin baik walaupun si Jihoon tu still macam tu, alah faham-faham jelah dengan perangai dia yang savage. Kalau perkataan savage tu hilang dari dunia ni, dengan Jihoon sekali hilang haa macam tulah nak dikatakan.

         "Kau dah kenapa garu-garu kepala macam tu? Ada kelemumur ke apa? Haa lain kali pakailah shampoo Head and Shoulders, dijamin takde lagi masalah kelemumur dan–"

          "Eh, awak jangan memandai eh nak cakap macam tu kat saya! Saya rajin tau shampoo rambut!" Tak kuasa aku dengar si Jihoon ni buat sesi promote barang, dah macam promoter jual-jual barang secara live di Facebook. Sejak bila entah tukar profesion.

           Mulalah tu nak kacau aku lagi. Maka disini aku jelaskan bahawa hobi Jihoon adalah suka mengacau orang, atau lebih spesifik mengacau aku yang tidak bersalah dan tidak berdosa. Bolehlah update kat profile dia.

            Jihoon hanya tersengih-sengih. Macam biasa, dia mesti akan duduk menopang pipi kirinya lalu memandang aku. Memang gaya duduk dia yang memang aku dah hafal dari hari pertama aku jadi deskmate dia.

            Tak tahulah muka aku ni memang satu pemandangan yang sangat cantik seperti laut yang membiru sampai dia nak pandang muka aku je.

             "Eh awak takde kerja ke nak buat? Nampak rileks je," tanya aku, ada nada cemburu sikit sebab sekarang aku tengah berhempas-pulas nak siapkan latihan Matematik yang membuatkan aku tergaru-garu kepala macam monyet.

               Jihoon hanya tersenyum senget. Faham sangat dah, ni mesti dah siap. Dasar budak pandai!

              "Daripada awak kacau saya, adalah lebih afdhal tolong saya." Inilah masanya untuk kita menggunakan khidmat otak rakan aku yang bijak pandai seperti Isaac Newton ni hehhehe.

              "Boleh tapi..." Jihoon angkat jari telunjuk dia. Belum sempat dia cakap, aku dah tahu dia nak cakap apa.

               "Air milo kan?" Dia mengangguk-angguk dengan senyuman tanda puas, bangga kot sebab aku dah boleh hafal air favourite dia tu.

                Lepas ni aku call lori milo datang rumah dia, biar diorang supply air milo banyak-banyak sampai dia ni muak termuntah.

               Maka, dengan bimbingan Jihoon Newton, latihan Matematik yang memang tak nak kawan dengan aku tu berjaya juga disiapkan dengan sempurna. Tepat-tepat pula tu sebelum cikgu Matematik aku masuk kelas.

                Lega aku dah siap fuhhhh

               "Okay harini saya akan bagi set latihan untuk kamu semua siapkan. Lagipun tahun ni kamu akan ambil peperiksaan besar, jadi adalah lagi baik kamu perbanyakkan latih tubi. Saya pun ada benda nak buat. Jadi saya harapkan semua boleh buat dengan baik. Apa-apa soalan datang je depan." Cikgu Matematik aku memanggil Junkyu selaku ketua kelas untuk mengedarkan set latihan kepada semua.

• chewing gum • park jihoonWhere stories live. Discover now