× 28 ×

426 103 55
                                    

       Benarlah seperti kata Dami sebelum ni, aku memang terkejut gajah, dinosaur, ikan paus haa semua benda yang besarlah kat dunia dan galaksi ni

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

       Benarlah seperti kata Dami sebelum ni, aku memang terkejut gajah, dinosaur, ikan paus haa semua benda yang besarlah kat dunia dan galaksi ni.

       "Kim Yeona?" Dami angguk-angguk dengan muka yang sengaja diseriuskan.

        Waktu ni Dami menemani aku di bilik muzik harini, katanya ayahnya terpaksa ambil dia lambat harini jadi dia mengambil keputusan untuk sama-sama join aku di bilik muzik. Lagipun, harini Sir Hans takde, ada hal.

         Takdelah aku takut sangat seorang-seorang petang macam ni, macam aku cakap sebelum ni, bilik muzik sekolah aku ni kerassssss

           Bila ada Dami sekali, takdelah aku takut sangat. Paling-paling pun maybe Dami akan keluarkan jurus taekwondo dia ataupun dia ajak hantu tu jadi member dia. Ya, aku tahu Dami memang pelik. Dia memang macam tu okay.

          "Mmm, aku tak kenallah rasanya, takpelah. Lagipun, dia memang lawa, kaya..."

          "HEKELEH KAU NI CAKAP MACAM KAU TAK KAYA PULA," bidas Dami dengan laju sambil bercekak pinggang. Aku tersenyum senget sambil tangan aku menekan kekunci piano secara random. Aku takde hati nak meneruskan latihan aku petang ni.

         "Kalau nak dibandingkan aku dengan Yeona tu, macam langit dengan bumi tahu tak?" sambung aku. Dami hanya angkat bahu lalu duduk di kerusi plastik yang tersedia di tepi piano.

           "Tak tahu tak tahu," katanya dengan nada main-main sambil menggoyang-goyangkan kepala ke kiri dan kanan, ingat comellah tu?

           "Tapi Eunji." Aku angkat muka memandang Dami yang sudah menopang dagu di tepi.

             "Macam mana kau boleh yakin sangat yang Yeona tu yeochin Jihoon? Entah-entah diorang kawan je. Manalah tahu kan?"

               Tak, aku yakin yang Jihoon ada hati dengan gadis yang bernama Yeona tu. Tengok pandangan mata dia, ekspresi wajah dia, nada suaranya juga berubah bila dia cakap dengan perempuan tu.

               Sedangkan korang pun tahukan yang Jihoon tu macam mana. Kalau dah sampai macam tu, mestilah...

              "Lagipun, aku rasa kan..." Aku angkat kening dengar ayat yang baru keluar dari mulut Dami. Saja betul nak buat saspens!

              "Apa kata kau confess kat Jihoon?"

-----

            "Apa kata kau confess kat Jihoon?"

            Kata-kata Dami masih lagi bermain-main di kotak fikiran aku. Otak aku bercelaru, tak tahulah samaada cadangan Dami tu boleh diterima pakai dan dipraktikkan di waktu macam ni. Cadangan yang dianggap beras eh bernas oleh Dami.

            Perlahan-lahan aku seluk poket blazer aku dan keluarkan sesuatu. Chewing gum. Jihoon bagi.

            Aku pernah tak bagitahu tahu korang yang setiap kali balik naik subway je mesti dia bagi chewing gum kat aku, katanya supaya aku tak tertidur lagi dalam subway.

           Korang ingat tak peristiwa aku pernah tidur atas bahu Jihoon? (Alah korang mana nak ingat, chapter awal-awal tu hahahhahaha)

            Katanya, dia taubat tak nak bagi aku tidur atas bahu dia lagi sebab katanya tangan dia kebas dan kesemutan lepas tu. Tu pasal dia bagi aku chewing gum, dasar tak ikhlas isk isk

             Walaupun sekarang dia dah tak balik dengan aku, dia masih  lagi bagi chewing gum yang sama. Takut aku tertidur sampai terlepas stesen subway yang patut aku turun.

              "Patut ke tak eh aku buat macam tu?" bisik aku perlahan. Chewing gum tadi masih dibelek-belek.

              "Patut dik." Tiba-tiba satu suara mengejutkan aku yang ralit dengan masalah aku sendiri tadi. Aku menoleh ke kanan, seorang makcik tersengih-sengih memandang wajah aku.

               Mak cik ni...boleh baca fikiran aku ke?

               Mulut aku terlopong. Jantung aku berdebar-debar menanti ayat seterusnya yang bakal keluar dari mulut mak cik misteri yang menjadi teman aku dalam subway kalini.

                "Patut dik. Adik patut makan chewing gum tu, dari tadi asyik belek-belek je." Ceh, aku ingatkan dia nak cakap pasal confess tadi, takut je aku. Aku ingatkan mak cik ni memang ada kuasa ajaib ke apa.

               Aku tersengih-sengih lalu membuka pembalut chewing gum tersebut. Tiba-tiba, satu keping kertas yang dilipat kecil memanjang jatuh ke lantai subway. Aku cepat-cepat kutip sebelum kertas itu terbang.

               Macam mana ada kertas ni dalam pembalut chewing gum macam ni?

               Sorry.

               Itu sahaja yang tertulis di atas kertas itu. Tulisan Jihoon, aku kenal sangat tulisannya.

                Kenapa dia minta maaf? Sebab dia rasa dia dah abaikan aku ke? Sebab dia dah tak rapat dengan aku ke? Sebab dia tak nak air milo yang aku bagi ke?

                 Atau sebenarnya...dia dah bagi jawapan awal-awal yang dia tak boleh terima aku sebagai yeochin dia?

-----

Hohohohohohoho sebenarnya aku bercadang untuk update sampai chapter 30 harini haa amacammmmn mesti korang suka kan? Alah mengaku jelah ingat aku tak nampak ke korang happy huehue

Makanya doakanlah aku ni rajin nak update nanti, enjoy dulu chapter ni eh. Aku nak update buku aku yang lain. Aku upu pun tak update lagi huehue

Vote and comment ♥️💓💓

• chewing gum • park jihoonWhere stories live. Discover now