× 32 ×

437 108 70
                                    

       "EUNJI!" Satu kelibat berambut pendek mengangkat tangan dengan muka teruja

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


       "EUNJI!" Satu kelibat berambut pendek mengangkat tangan dengan muka teruja. Suaranya yang mempunyai gelombang bunyi yang agak besar dan lantang itu menarik perhatian semua pelajar yang berada di situ, tak kiralah lelaki atau perempuan mahupun yang jambu auw auw seperti Woojin. (Ingat tak dia ni? 😂)

         "Tumpang lalu semua!"

         Tak pasal-pasal semua orang kena bagi laluan kepada Dami yang kelihatan tergesa-gesa. Dia tersengih-sengih membalas pandangan semua orang yang tampak tidak senang dengan kehadirannya. Dami? Apa dia kisah?

         Aku dari tadi melihat kelibatnya yang dari jauh dah memanggil-memanggil aku dengan penuh bersemangat sehinggalah dia betul-betul berada di depan aku.

        "Huh huh! Penat kita berlari ke sini!" Dami mengesat peluh yang memang tidak setitik pun terbit dari dahinya. Mana taknya, dewan sekolah ni sejuk kot. Drama je lebih dia ni.

         TV3, bolehlah ambil Dami ni berlakon untuk slot akasia. Memang dramatik dia, lebih dramatik dari segala watak drama pukul tujuh!

          "Tak suruh pun kau berlari," gurau aku. Dami tarik muka lagi.

            "Hshhshs bukan nak hargai kehadiran aku! Aku ni supporters kau dari dulu, kini dan selamanya tahu tak!" Tergawang-gawang tangan Dami, tak puas hati betul dia ni. Aku gughau je hahhaha. Penuh perasaan betul Dami berkata-kata.

          "Ya tahu Kwon Dami. Anda bolehlah ambil tempat duduk sekarang ya. Lagipun, dah nak mula dah." Aku membuat gaya seperti mempersilakan Dami untuk duduk. Dami tersengih-sengih dan dengan tiba-tiba dia memeluk aku. Erat.

         "Buat yang terbaik Eunji. Aku yakin dengan kau. Aku percaya kau boleh macam sebelum-sebelum ni," bisiknya di telinga aku. Aku tersenyum lalu membalas pelukannya. Terasa dapat menyerap semangat dan tenaga Dami. Aku yakin aku boleh! Malaysia boleh ehhh tiberrr

        Dami melepaskan pelukan lalu pandang aku lama-lama. Aku angkat kening.

         "Dah kenapa pandang muka aku macam tu? Ke muka aku ada jerawat baru?" tanya aku cemas sambil menyentuh pipi aku yang baru sahaja baik daripada bekas jerawat. Ya, aku akui kulit aku takdelah putih mulus macam orang lain, kan aku dah kata aku kentang isk isk

        Dami menggeleng-geleng lalu memegang tangan aku yang sibuk merayap di wajah.

         "Takde, muka kau okay je. Lawa. Harini kau lawa," katanya, kedengaran ikhlas dari lubuk hati yang dalam.

           "Habis tu, kenapa pandang macam tu?"

            Senyuman yang tadi menghiasi wajah Dami perlahan-lahan luntur. Wajahnya kelihatan serba-salah.

            "Cakap jelah. Kenapa?" desak aku.

            "Jihoon...dia tak datang ke? Dia kan...suka kalau kau main piano?" tanya Dami sambil meramas-ramas tangannya.

             Aku hanya tersenyum tawar. Aku tak mengharap apa-apa. Lagipun, aku cuma kawan dia je. Mungkin dia sedang sibuk keluar bersiar-siar dengan Yeona di bandar, menonton wayang atau merasai kek manis berkrim di kafe.

             "Kau tahu tak, aku setiap tahun datang tengok kau main piano sebab aku nak tengok kau main. Kau nampak hebat." Kata-kata yang pernah dilontarkan oleh Jihoon suatu masa dahulu seakan-akan terngiang-ngiang di dalam benak fikiran.

             Tak apa-apa, aku tak rasa apa-apa. Aku okay.

             "Dahlah Dami, pergilah duduk. Aku kena ready kat tempat aku." Dami hanya mengangguk-angguk lalu mengambil tempat duduk yang paling strategik. Senang dia nak rakam aku nanti, katanya.

             Aku juga mengambil tempat duduk aku di tempat para peserta. Senyuman nipis aku pamerkan kepada peserta dari sekolah lain, rata-ratanya aku sudah kenal sebab setiap tahun selalu jumpa.

             Jiwa dan perasaan aku bergolak sekarang ni arghhhh bencinya benci benci benci!

            "Err awak okay?"

            "Eh haa?" Aku terpinga-pinga. Gadis yang duduk di sebelah aku tersenyum-senyum.

             "Tak, saya nampak awak pegang kepala awak, macam sakit kepala. Awak nak minyak angin?" Tangannya laju menghulurkan minyak angin cap kapak.

             Aduh malu pula aku! Feeling sangat sampai orang lain perasan.

             "Eh saya okay je. Takpe, terima kasih." Laju aku menolak huluran minyak anginnya dengan baik.

               Perbualan kami terhenti di situ. Pengacara majlis sudah memulakan pertandingan piano dengan kata alu-aluan kepada semua guru, peserta dan penonton.

           Giliran sudah pun diketahui awal-awal lagi. Aku giliran ke-5 daripada 16 orang peserta.

            Okaylah tu tengah-tengah. Takdelah gementar sangat.

            Pertandingan berjalan dengan lancar daripada semua peserta. Daripada pengamatan aku, tahun ni peserta yang menyertai tak kurang hebat. Tiba-tiba confidence diri aku menurun sedikit demi sedikit. Jantung aku berdegup lebih kencang.

          Apabila mengenangkan balik lagu yang aku pilih untuk persembahkan, membuatkan aku teringat insiden haritu. Insiden aku bernyanyi dengan Jihoon. Ahhhhhhh, aku benci memori tu!

           "Eunji, ready. Lepasni giliran kamu." Kata-kata Sir Hans membuatkan aku tersentak daripada lamunan aku. Dengan kelam-kabut, aku meminta diri untuk ke belakang pentas. Bersiap-sedia untuk giliran aku yang akan datang.

           Sempat mata aku meliar mencari Dami. Dami angkat-angkat tangan tanda bagus sebagai tanda sokongan. Aku tersenyum ringkas lalu melangkah laju ke belakang pentas.

          Sementara menunggu peserta sebelum aku turun dari pentas, aku meregang-regangkan jari. Harapnya aku takdelah gementar sangat menggeletar tadi. Entahnya, aku nervous sangat sekarang sedangkan sebelum-sebelum ni aku pernah je masuk mmm

         Giliran aku dipanggil. Aku melangkah naik ke pentas. Tepukan gemuruh bergema di sekeliling dewan itu mengiringi langkah aku sehingga ke tengah-tengah pentas.

         Aku menunduk tanda hormat. Aku angkat kepala perlahan-lahan sebelum mata aku bertentang dengan seseorang. Sesorang yang aku harapkan kehadirannya.

         Park Jihoon. Dan, dia datang harini.

         Aku tak tahu adakah ini betul atau cuma sekadar halusinasi.

-----

Alah korang mesti macam alah "pendeknya author, nak tahu sambungan dia!" Sabar² gaessss nanti aku update lagi ehhh jangan risauuu entah² harini jugak habis cerita ni? Haa manalah tahu, aku pun tak tahu. Kalau aku rasa rajin nak habiskan nanti aku habiskan yang penting korang tunggu jelah.

Vote and comment guys ♥️
              

            
             

             

        

• chewing gum • park jihoonWhere stories live. Discover now