× 5 ×

698 125 40
                                    

  

  

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Jadi, sebagai kerja sekolah hari ini sila buat sebuah essay 4 mukasurat bertajuk What Would I Do If I'm a Billionaire? Hantar esok sebelum balik. Okay class, stand up!"

     Satu kelas bangun lalu mengucapkan terima kasih yang kedengarannya agak longlai dan tak berapa bersemangat sedangkan baru kelas pertama.

     Semua orang sudah tidak bertenaga apabila Madam Yeijin mengajar. Mana taknya, bekalan tenaga banyak dihabiskan kerana menggigil in silence mendengar suara yang keluar dari mulut singa tersebut. Aku pun tak terkecuali, lagi-lagi bila teringat nama aku dipanggil.

     Mmm confirm Madam Yeijin akan ingat nama aku sampai mati. Pasti!

     Aku mengeluh, panjang. Essay empat mukasurat? Gila ke? Dahlah kena hantar esok. Gila tak gila, Madam kisah apa. Asal ada atas meja dia esok atau lari keliling padang waktu lunch. Aku tak rela biarkan perut kesayangan aku menderita.

      "Kenapa kau mengeluh?" Aku toleh kiri, Jihoon pandang aku sambil tongkat kepalanya dengan tangan kiri. Aku baru perasan yang matanya agak kuyu, jadi dia nampak macam orang yang mengantuk lepas tak tidur tiga hari atau orang yang mabuk di tepi jalan.

      Tapi pada masa yang sama, aku suka mata dia. Unik.

      "Mmm." Takkanlah nak cakap sebab essay tu kan? Aku memanglah tak berapa pandai Bahasa Inggeris, cakap pun sekadar ayat-ayat ringkas je.

       "Takdelah, baru first day dah ada kerja sekolah. Essay pula tu!" kata aku lalu berpeluk tubuh. Tanpa aku perasan, aku muncung.

         "Comel."

         "Haa?" Aku pandang Jihoon, terpinga-pinga. Aku rasa aku baru korek telinga semalam sebelum tidur semalam.

          Jangan kata...

         "Kau. Comel," katanya lalu tersenyum senget. Jarinya diketuk di meja, memainkan irama random.

           Dia puji aku? Sumpah pipi aku merah sekarang.

            Aku geleng-geleng perlahan sambil pejam mata. Malu pula nak bertentang mata dengan Jihoon lepas dengar apa yang dia beli cakap tadi.

          Jujur aku cakap, tak pernah lagi mana-mana lelaki (okay tolak ayah aku) pernah kata aku macam tu. I mean, perkataan COMEL. Yalah, aku sedarlah aku ini hanya sebiji kentang di kedai runcit Mak Leha. Upgrade sikit, kentang putar KFC. Mmm, sedap pula *author lari pergi KFC berdekatan

         "Hey Eunji." Aku senyap, masih lagi malu. Perkataan "kau comel" tadi masih terngiang-ngiang di fikiran aku, bergema semacam macam dalam gua.

         Hebat betul suara si Park Jihoon ni. Hanya dua perkataan yang keluar dari mulut dia tadi buat aku kelu macam lidah cramp.

         Pak!

        "Adoi sakitlah!" Aku usap-usap kepala aku yang dicemari dengan tangan si Jihoon ni.

          "Berangan sampai galaksi mana tu? Muka pun dah macam beruk tengok perempuan lalu!" katanya lalu tersenyum senget atau lebih tepat sinis. Kali ni dia menyandar di kerusi dengan kedua-dua tangan ditopangkan ke belakang kepala. Dia bersiul-siul kecil lalu melirik ke arah aku.

          Apakah? Apakah semua ni?

         Baru tadi dia puji aku dan kutuk aku dalam masa lebih kurang 0.75 saat? Wow impressive!

         "Awak ni kalau tak sakitkan hati saya memang tak boleh eh?" kata aku, geram tengok perangai selamba dia. Nak je tendang kaki kerusi dia, biar dia jatuh ke belakang grr

         Dia pandang aku dengan mata terbeliak sambil menutup mulutnya. Kemudian, kepalanya terteleng ke kiri dan kanan, termasuklah dalam laci meja macam cari sesuatu.

         "Cari apa?"

         "Cari benda apa yang sakitkan hati kau tadi. Tak nampak pula apa-apa yang berbahaya di sini, benda tajam ke beracun ke. Mmm, selamat je kawasan ni," katanya lagi lalu ketawa kecil di hujung apabila dia melihat wajah aku merah padam.

       Park Jihoon, sumpah kita baru kenal tahun ni dan kau layan aku macam kita dah kenal sejak zaman Logam!

      Aku pandang tajam muka Park Jihoon yang hanya angkat bahu. Ei nak je aku cekik dia ni grr

       "Oi!" Tersentak aku.

        Eh Dami ni, dia memang nak aku mati dalam keadaan single ke apa? Asyik nak terkejutkan aku je.

         Takpe, aku percaya doa orang-orang teraniaya ni makbul, nanti aku doakan si Dami jatuh tersungkur pijak kulit pisang lepastu dia termasuk dalam tong sampah depan crush dia sejak tadika. Biar dia malu!

        "Eunji, jom rehat! Aku rindu do makanan mak cik kafetaria. Ppali ppali!" Dami dengan kekuatan luar biasa tarik tangan aku supaya aku yang lembap ni cepat bangun.

        Takpe Park Jihoon. Nanti aku sambung lagi episod kemarahan dan kegeraman aku dengan kau.

         Tangan kiri aku ditarik oleh satu tangan yang hangat. Tangan Jihoon.

        "Tolong. Air Milo." Dia pandang aku dengan mata kuyunya.

         Entah kenapa, api kemarahan aku hilang apabila melihat mata kuyu dia yang sempat menjadi idaman aku tadi. Macam, segala rasa geram aku hilang macam tu.

      Jihoon ni baru keluar dari Hogwarts ke sampai sihir aku? Apa dah kena dengan aku ni?

       Perlahan-lahan aku angguk, argh kepala aku sumpah mengkhianati aku.

       Dia tersenyum lalu sengetkan kepala. Tangannya masih memegang pergelangan tangan aku, erat.

        "Pakai duit kau. Terima kasih."

        Haram punya perangai yah Park Jihoon!

-----

     

       
      

       

        

• chewing gum • park jihoonWhere stories live. Discover now