× 24 ×

452 108 86
                                    

     Aku tiba di pintu kelas aku yang pagi-pagi lagi dah riuh macam pasar pagi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

     Aku tiba di pintu kelas aku yang pagi-pagi lagi dah riuh macam pasar pagi. Pelbagai karenah betul budak-budak kelas aku ni.

      Budak-budak yang memang kerja buat acapella kali ni berganding bahu dalam menyumbang suara untuk menjayakan lagu acapella terbaru mereka. Kali ni, mereka pilih lagu Orange daripada group yang sedang semakin popular dan mencanak naik namanya, TREASURE !

Oneuldo orenjireul mulderoganeun neoreul yeojonhinannnnn

        Nasib semua suara on point macam kumpulan nasyid sekolah kau, takdelah sakit telinga dengar hari-hari.

         Junkyu dengan Hyunsuk sibuk main kad uno, entah macam mana boleh seludup kad tu ke sekolah. Harapnya tak dirampas oleh guru disiplin. Kedua-duanya juga tersengih-sengih macam orang gila, apa yang seronoknya pun tak tahulah.

        Mata aku meliar sehinggalah ke tempat duduk aku. Eh?

         "Hai Shin Eunji." Makin bertambah persoalan di dalam otak aku apabila mendengar suara orang yang menegur aku di pagi yang berbahagia ini.

          "Kau dah kenapa muka macam tu? Duduklah." Aku tarik kerusi perlahan-lahan tanpa mengalihkan pandangan aku daripada menatap wajah orang yang menegur aku dengan nada selamba.

           "Awak datang? Saya ingat awak tak datang sekolah harini," tanya aku. Jihoon hanya tersenyum senget lalu menutup novel yang dipinjam daripada perpustakaan dengan penuh bergaya. Eh dia ni, aku nak dia jawab soalan aku sekarang bukannya buat muka acah-acah cool ke apa.

           "Aku tak cakap pun aku tak datang sekolah." Aku tepuk dahi. Rasanya Jihoon tak faham soalan aku eh ke aku yang salah bagi soalan?

            "Kenapa awak takde kat stesen subway pagi tadi?" Haa ni baru soalan betul.

             "Sorry buat kau tertunggu-tunggu. Maybe lepas ni aku tak..."

              "BANGUNNNNNN!" Bergema suara Junkyu di sekeliling kelas selaku ketua kelas paling berdedikasi di alam semesta ini. Guru Matematik aku dah masuk untuk memulakan pelajaran hari ini.

                Aku mencebik, kacau betullah! Lain kali nak masuk kelas pun, tunggulah si Jihoon ni habis cakap dulu huh!

-----

            "Jom Eunji! Aku kan dah janji nak belanja satu kantin sekolah tu untuk kau? Kalau lambat nanti habis!" kata Dami dengan nada suara high pitch seperti dolphin Zoo Negara. Berkemungkinan dia dan Haruto daripada spesis sama, spesis genetik suara dolphin ark ark eing eing.

           "Jihoon, awak tak rehat?" Aku menoleh ke arah Jihoon yang hanya duduk bertopang dagu, tidak bergerak walau seinci punggungnya dari kerusi. Memang punggung tu dah terlekat guna gam gajah ke apa kat kerusi tu?

            "Takpelah, pergilah. Kesian Dami tu tertunggu-tunggu kat pintu tu, lapar sangat nampaknya." Dia menjuih mulut ke arah Dami yang melompat setempat kat depan pintu sambil menoleh ke kiri dan kanan, risau lihat semua orang berbondong-bondong membawa perut yang lapar ke kafetaria. Risaulah tu makanan kena rembat, lagi-lagi dengan Junkyu sebab Junkyu MeMAnG selalu beli banyak-banyak macam nak buat kenduri haa kompang dipalu pengantin baru!

           "Tak nak air milo?" Jihoon menggeleng-geleng. Dia membuka buku teks Biologi dengan tenang.

             Aku garu kepala yang tak gatal, aneh ni. Selalunya si Jihoon panda ni memang ketagih minum air milo (kenapa author rasa, author kena tukar tajuk cerita ni jadi air milo? 😂) Hari ni nampaknya air milo pun tidak mampu menambat hati Jihoon!

            Kenapa ya dengan Jihoon?

            Maka, aku pun berjalan beriringan ke kafetaria bersama Dami yang masih sibuk mengira-ngira duitnya, risau sekiranya aku mengepaunya habis-habisan. Haa tahu pun takut!

            "Eh tak beli ke air milo untuk namchin kau?" tanya Dami, pelik kot sebab selalunya memang muka aku nilah yang paling dihafal oleh makcik kafetaria dalam bab-bab membeli air milo.

             "Yalah! Kamu tak beli ke harini? Harini special sikit, buy one free one! Haa amacam?" Amboi, sempat makcik kafetaria melobi, memang strategi perniagaan yang bagus kebaboom! Bukan main lagi speaking mak cik kafetaria harini.

             Disebabkan aku lihat wajah makcik kafetaria yang sangat bersungguh-sungguh mempromosi tawaran buy one free one dia, maka aku belilah air milo tersebut. Mana tahu boleh buat surprise untuk Jihoon? Hehheheh

            Setelah selesai berurus niaga di kafetaria, tanpa membuang masa kami membawa perut yang lapar berkeroncong macam ada disko ni ke kelas. Memang kitaorang biasa makan kat kelas je.

             "Eh Eunji!" Tiba-tiba Dami tarik tangan aku daripada melangkah masuk ke kelas. Nasib tak jatuh terduduk kat sini.

              "Kenapa kau ni Dami?" tanya aku, agak jengkel. Dami memanjangkan leher, matanya meliar-liar melihat ke dalam kelas. Aku ditolak untuk berdiri di belakangnya, tangannya masih menggenggam lengan aku.

               "Shooo!" bisik Dami sambil meletakkan telunjuk jarinya di bibir, tanda senyap sebelum menoleh semula ke dalam kelas. Gaya tukang skodeng paling berjaya abad ini.

               Disebabkan aku agak tak sabar melihat perangai Dami yang nak berahsia dengan aku, aku pun menjengah sekali. Sekali pandang kitaorang ni dah macam pencuri bersiri pula.

              Seorang perempuan, berambut panjang lepas lurus berdiri di tepi meja aku, sedang bercakap dengan Jihoon. Dan Jihoon...nampak mesra, dia tergelak-gelak sehingga menampakkan barisan giginya yang tersusun cantik. Satu ekspresi wajah yang sangat jarang dia nak tonjolkan. Dengan aku sendiri pun susah nak nampak wajahnya macam tu.

           Dami perlahan-lahan toleh ke arah aku. "Siapa perempuan tu?" tanyanya perlahan. Jelas kelibat perempuan tu memang sangat tak familiar di pandangan mata kami.

            Aku menggeleng-geleng perlahan, tak tahu. Tanpa aku sedar, aku mengenggam kotak air milo di tangan aku dengan kuat. Air milo untuk Jihoon.

-----

Siapalah tu 👀 huehue so korang tunggu jelah ya lagipun aku nak habiskan cerita ni cepat tapi macam complicated je cerita ni mmm

Korang ada tak cadangan nak beli apa kat shopee? Kebetulan ada promo 7.7 ni nak beli tapi tak tahu nak beli apa 😂
               

          

             

• chewing gum • park jihoonWhere stories live. Discover now