× 12 ×

556 114 92
                                    

       "Akakkkkkkkkk

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

       "Akakkkkkkkkk." Ah sudah, suara siapa pula mendayu-dayu semacam pontianak harum sundal malam ni? Naik pula bulu hidung kita bila dengar mmm

       Aku buka pintu, terjengul kepala adik KESAYANGAN aku haa siapa lagi kalau Sooyoung. Aku syak suara merdulah sangat tu datang dari mulutnya yang tak reti nak diam. Aku letak masking tape baru tahu!

       "Ya kenapa adikku sayang?" kata aku dengan nada yang sengaja dilenggok-lenggokan macam maknyah tepi jalan. Sooyoung kat depan mata aku ni tersengih-sengih, macam ada sesuatu je dia ni.

         Selalunya kalau orang buat muka tersengih-sengih macam pesakit wad psikiatri dan buat-buat benda yang baik ni macam nakkan sesuatu. Agaknya, Sooyoung ni nak minta apa dengan aku?

         "Nah!" Aku angkat kening apabila tengok beberapa keping duit dihulurkan kepada aku. Wah, rezeki ni!

          "Baiknya kau malam ni. Terima kasih!" Sepantas kelajuan cahaya, aku ambil duit itu dari tangannya lalu ingin menutup pintu sebelum tangan Sooyoung menahan pintu bilik aku dengan kalut.

           "Ish orang bagi bukan saja-saja tau!"

           "Dah tu? Cuba cakap tu bagi habis terus. Ingat aku ada masa ke dengar apa kau nak cakap? I HAVE NO TIME OKAYYYY." Sooyoung mencebik mendengar kata-kata yang keluar dari mulut seorang kakaknya yang memang gaada akhlak.

            "Kak tolonglah belikan aiskrim kat kedai. Tiba-tiba Soo mengidam pula," katanya masih lagi dengan sengihan.

             Automatik tangan aku memegang perutnya. Sooyoung yang pelik dengan tindakan aku terus menepis tangan aku dengan tidak berhemah.

            "Dah kenapa akak ni pegang perut Soo tiba-tiba?" katanya dengan suara agak meninggi.

             "Dah berapa bulan ni?" tanya aku selamba sambil menunjuk ke arah perutnya. Perlahan tangannya diletakkan di atas perut, wajahnya kelihatan agak blur untuk menaakul ayat yang baru sahaja keluar dari mulut aku tadi.

            Dengan tiba-tiba dia menepuk lengan aku, kuat gila! Aku mengaduh kesakitan, ni tangan orang ke tangan bapa harimau yang pukul aku ni? Lain macam dahsyat punya sakit dia!

             "EH AKAK NI MAIN-MAIN PULA. ORANG CRAVING, CRAVING AISKRIM TAHU TAK? Tolonglah tolonglah tolonglah," katanya lalu menggoyang-goyangkan lengan aku yang baru sahaja dipukul tadi. Tipikal gaya orang nak minta sesuatu macam nilah.

             Alah korang pun buat kan macam ni, ingat orang tak tahu ke hahahahahhah baik korang mengaku jelah.

            "Yalah yalah! Lepas tangan aku! Kau duduk rumah elok-elok, kunci pintu rumah semua," pesan aku lalu memasukkan duit yang Sooyoung bagi aku tadi dalam poket sweater. Omma dengan appa takde kat rumah, ada urusan business maka tinggallah kami dua beradik bersama bibik.

• chewing gum • park jihoonWhere stories live. Discover now