× 6 ×

704 134 50
                                    

 

  "Eunji

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

  "Eunji."

    "Eunji." Aku angkat muka daripada kertas kajang yang dari tadi aku tatap. Dah berisi hampir separuh kertas.

      Dah kenapa si Jihoon ni pandang aku macam tu?

      "Kau tak nak balik ke? Sambung essay kau kat rumah. Lagipun..." Aku angkat kening.

       "Dari tadi aku tengok kau macam stuck je tak tulis apa-apa. Menconteng adalah."

      Kejap, dia ni stalk aku ke? Boleh pula dia perasan aku memang dari tadi dah takde idea nak sambung essay aku yang baru masuk 2 mukasurat.

      Sesungguhnya, tiada apa yang lebih menyeksakan ketika zaman persekolahan selain buat empat mukasurat essay di kala otak kau dah tepu dan rasa macam nak meletup.

       Itu pun, nasib baik si Jihoon ni nak tolong, katanya ganti duit aku beli air Milo waktu rehat tadi. Disebabkan aku rasa tawaran dia tu bagus dan memang sangat memberi manfaat kepada aku (yang tak suka buat essay), aku terima jelah.

      Alah apalah sangat beli air Milo dibandingkan dengan pertolongan buat essay. Kira duit tadi halal jelah.

      Selepas kami mengemas meja yang kami duduki tadi, kami sama-sama mengatur langkah keluar daripada perpustakaan sekolah yang sudah mula lengang. Pustakawan kat kaunter pinjaman buku pun aku rasa dia dah menguap hampir 40 kali, belum campur dia tersengguk-sengguk. Nasib tak keluar air liur basi je.

       Yalah baru first day, ofcourselah tak banyak lagi tugasan yang cikgu bagi. Entah bala apa kelas aku dapat Madam Yeijin grr

     Dan aku sekarang, berjalan beriringan dengan Jihoon pulang ke kelas.

     Terdetik kat hati aku, aku baru je kenal dia hari ni tapi kebanyakan masa aku hari ni bersama dengan dia. Entahlah, aku rasa benda tu pelik tapi mmm takpelah.

     Korang tak rasa pelik ke? Ke aku je yang rasa macam tu?

     "Err Jihoon." Jihoon toleh ke arah. Dari tadi dia menyanyi lagu apa entah, dengan tangan kirinya memegang test pad dan bekas pensil manakala tangan kanan dimasukkan dalam poket.

     Lagu yang dia nyanyi tu pun aku tak berapa pasti lagu apa tadi dengar macam...

     "Samba samba ~ "

       "Mmm apa dia?" tanyanya.

       "Terima kasih tau tolong saya err kalau tak sampai tahun depan pun tak siap!" kata aku, malu pula nak bertentang mata dengan mata kuyu dia.

        Aish sejak bila pula aku jadi macam ni isk isk

        "Lol, ingat apalah tadi. Takde masalahlah. Lagipun, kau kan kawan semeja aku," katanya sambil pandang depan mata. Aku hanya angguk-angguk.

• chewing gum • park jihoonWhere stories live. Discover now