× 35 ×

534 111 121
                                    

Hari graduasi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Hari graduasi

     Aku ketap gigi, aduh nak buat ke tak nak? Alah aku tak boleh buat omg macam mana niiiiii

      "Tunggu apa lagi Eunji?" Dami tepuk bahu aku. Gementar aku, sampai pucat muka aku. Ni kalau toreh, takde darah keluar aku cakap ni.

        "Temanlah aku." Dami geleng-geleng.

         "Kau lupa eh? Kau kan suruh aku confess haritu? Haa aku nak pergi jumpa crush aku!" Dengan sekelip mata, Dami hilang begitu sahaja. Kurang asam punya member!

          Aku hela nafas berat. Nak buat macam mana? Aku dah janji dengan Dami, kenalah tepati.

          Aku mendekati Jihoon yang sedang duduk di bangku sambil memegang sejambak bunga yang aku tak tahu dari siapa. Jihoon yang perasan dengan kehadiran aku segera bangun lalu menyambut kehadiran aku dengan senyuman yang manis dan mata kuyunya. Mata yang pernah jadi pujaan hati aku.

         "Tahniah Eunji." Aku cuma angguk-angguk. Aku juga mengucapkan tahniah kepada Jihoon. Jihoon membetulkan topi petak di atas kepalanya yang hampir-hampir terjatuh.

           "Ada apa datang jumpa aku? Nak bagi hadiah?" gurau Jihoon. Aku hanya tersenyum senget. Agaklah kan, tak terfikir pula nak bagi hadiah kat Jihoon.

           Bila dah gementar macam ni, otak pun dah tak boleh berfikir dengan cerdas macam orang kekurangan oksigen.

           "Err saya nak cakap sesuatu." Permulaan yang baik, rasanya? Huh huh takut takut!

           "Nak cakap apa?" Alah jantung aku ni berdegup kencang sangat macam nak berlari keluar hshshsh boleh tak duduk diam-diam jantung?

           "Saya..."

           "Ya?" Aish Jihoon ni pun tak menyabar betul. Bagilah aku masa bertendang eh bertenang!

            "Saya suka awak! Err err." Cepat-cepat aku tutup muka aku yang memang sah-sah merah macam lumur sos cili macam mask kat muka. Weh malu gila, ni memang malu tahap infiniti!

            Keadaan senyap seketika. Aku tahu, mestilah Jihoon pun terkejut gila dengar pengakuan berani aku tadi. Aku masih lagi tutup muka, tak nak pandang muka Jihoon.

            "Oh macam tu." Kedengaran suara Jihoon, dengar macam serba-salah je bunyinya. Itu sahaja yang aku dengar dari mulut dia.

             Apa yang dia rasa sekarang eh? Memang aku akan ada peluang ke? Ataupun memang dia akan tolak aku dan pilih untuk stay dengan Yeona?

             "Maaf Eunji." Perlahan-lahan aku alihkan tangan dari wajah aku. Okay, aku faham apa yang dia nak cakap.

              Berhentilah berharap. Aku memang takkan ada peluang pun.

             "Takpe," kata aku ringkas dan perlahan.

              "Tapi, aku harap kita still jadi kawan baik, macam dulu." Aku menunduk, entah kenapa mata aku dah mula berair semacam. Ish tahan wei tahan!

               "Takpe, saya pergi dulu." Aku pusing badan aku, aku tak nak Jihoon nampak air mata aku. Aku tak nak nampak macam orang yang desperate. Aku bukan orang macam tu.

                Tiba-tiba, tangan aku ditarik oleh Jihoon. Dia membuka telapak tangan aku lalu meletakkan sesuatu.

                Chewing gum. Perisa mint. Chewing gum kegemaran aku.

                "Kita...kawan kan?" tanyanya. Aku angguk-angguk sebelum berlalu dengan pantas. Aku kesat kasar air mata yang jatuh membasahi pipi aku.

                Patutnya hari ni adalah hari yang gembira untuk aku sebab dah habis sekolah, tapi entah kenapa perasaan sedih ni kembali lagi. Nampaklah aku masih tak move on daripada perasaan entah apa-apa ni.

               Tak, Jihoon tak salah pun. Dia berhak untuk pilih sesiapa. Aku tak boleh paksa dia. Patutnya, aku sebagai kawan dia kena support dia kan?

             "Eunji, kenapa ni?" Dami segera mendapatkan aku dan peluk aku erat.

              "Takpe, aku okay." Aku cuba untuk senyum, tak naklah Dami risau.

               "It's okay Eunji. Welcome to the club." Aku angkat kening.

               "Kelab apa pula ni?"

              "Kelab orang broken!" Dan tawa kami sama-sama meletus. Rupanya, Dami pun kena reject dengan crush yang dia kejar dari zaman tadika sampai high school. Itu lagi sadis.

              Tapi takpelah, tak semestinya aku tak boleh kawan dengan Jihoon kan?

-----

Setahun selepas itu

             Air kopi di hadapan aku disisip perlahan. Aku tahu orang yang berada di hadapan aku sekarang sedang menunggu-nunggu jawapan kepada pertanyaannya.

            Kad yang berada di hadapan aku dibuka perlahan-lahan. Kad berwarna krim tertera beberapa nama serta beberapa maklumat berkaitan dengan perkahwinan dibaca dengan teliti.

            "Aku harap kau boleh datang, aku nak sangat kau hadir majlis tu nanti."

            "Aku tak pasti." Aku telan air liur. Rasa sukar pula untuk memberikan kata putus sekarang.

             "Aku nak kau datang...main piano untuk majlis aku. Aku suka dengar kau main piano. Aku sangat berbesar hati kalau kau sudi...untuk main piano nanti," kata Jihoon dengan nada mengharap. Matanya memandang tepat ke wajah aku.

             Aku rasa serba salah dan rasa lain yang bercampur-baur yang tak dapat aku gambarkan.

             Aku tak tahu nak kata apa apabila aku lihat nama Jihoon dan Yeona terpapar di atas kad kahwin itu. Tak, aku tak marah atau apa-apa. Aku cuma tak rasa apa-apa.

           "Aku..." Jihoon pandang aku. Tanpa sedar, kedua tangannya bertaut, seakan meminta aku hadir ke majlis yang akan menjadi momen indah dalam hidupnya.

           "Aku datang. Aku akan main piano nanti. Untuk kau." Jihoon tersenyum lega.

           "Terima kasih. Terima kasih sangat-sangat Eunji." Aku hanya tersenyum ringkas melihat wajah Jihoon.

               Tidak lama selepas itu, aku meminta diri untuk pulang kerana ada hal yang perlu diuruskan. Aku datang ke kafe ini dengan memandu tadi.

              Masuk sahaja dalam kereta, aku buka balik kad itu, baca semula walaupun aku dah baca tadi. Terasa sukar nak hadam apa yang aku nampak ni.

             Perlahan-lahan air mata aku mengalir. Jujur, aku masih tak move on lagi dengan perasaan suka aku kepada Jihoon. Panggilan telefon Jihoon tadi buat hati aku berbunga-bunga tetapi aku tak sangka perkara ni yang berlaku.

            Dan saat ni aku sedar, aku sepatutnya  lepaskan dia dan anggap sahaja hubungan kami hanya sekadar kawan baik. Takkan pernah lebih daripada itu ataupun berubah.

-----

Okay aku nak cakap, lepasni last chapter hahahhahahahahhahhah korang still nak happy ending keeeee

           

• chewing gum • park jihoonWhere stories live. Discover now