× 17 ×

523 118 71
                                    

         Hari ni, macam biasa ada latihan piano tapi aku tak dapat nak tumpukan perhatian aku dengan baik

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


         Hari ni, macam biasa ada latihan piano tapi aku tak dapat nak tumpukan perhatian aku dengan baik. Insiden Jihoon 'dibuli' tadi bermain-main di fikiran aku sampai dah menganggu konsentrasi aku untuk berlatih lagu baru hari ni.

          Hari-hari sebelum ni aku cuma warm up je, nak kembalikan momentum. Minggu ni aku start pilih lagu dan berlatih untuk pertandingan yang akan diadakan lagi 2 bulan dari sekarang.

         "Kenapa Eunji? Awak ada masalah ke?" tanya Sir Hans yang dari tadi senyap sambil menanda buku pelajar. Mungkin dia perasan kot aku asyik tersalah main je.

         "Err takde apa-apalah Sir! Hehhehe," balas aku sambil tersengih-sengih. Takkan nak cerita pula pasal benda tu. Lagipun, aku bukannya tahu cerita penuh.

           "Muka kamu pun nampak pucat. Apa kata kamu balik jelah dulu. Nanti kat rumah kamu sambung berlatih kalau dah okay." Automatik aku sentuh muka aku yang dikatakan pucat tadi. Eh, macam mana pula aku boleh pucat tiba-tiba? Aku tak rasa apa-apa simptom atau gejala Covid-19 ke apa. Elok je ni.

              Aku menolak perlawaan Sir Hans tadi sebelum dia yang memaksa aku untuk keluar dari bilik muzik itu. Bukan main risau dia, bersungguh betul cakap sampai tempias air liur.

              Setelah dihalau dengan penuh berhemah oleh Sir Hans, aku menggaru-garu kepala yang tak gatal berkat rajin shampoo. Lebih kepada pelik sebenarnya mmm

             "Eh awalnya kau habis latihan hari ni." Aku menoleh ke arah Jihoon yang duduk di bangku di hadapan bilik muzik itu, di sisinya terdapat dua buah buku cerita yang tak syak lagi dia baru pinjam dari perpustakaan.

            Sesungguhnya, Jihoon memang betul-betul rajin membaca, diharapkan para readers untuk ikut contoh baik lagi terpuji yang ditonjolkan oleh abang mata lebam ni. Sementara tunggu aku habis latihan, selalunya dia akan ada di perpustakaan, menghabiskan masa lapang dengan siapkan kerja sekolah takpun baca buku.

           Aku rasa 2/3 buku kat perpustakaan tu dah habis kot si Jihoon ni baca. Dia ni pula jenis baca buku macam kilat, laju nak mampus. Tak tahulah baca ke tengok je. Tak pernah tanya pula.

           "Sir Hans bagi balik awal." Dia hanya mengangguk-angguk. Kami sama-sama mengatur langkah ke pintu pagar sekolah.

           "Err Jihoon!" panggil aku. Jihoon angkat kening.

            "Err sebab awal lagi kan, apa kata saya belanja awak makan aiskrim dekat kedai aiskrim? Alah, yang dekat dengan subway tu!" kata aku tergagap-gagap.

            Sebenarnya, tujuan tersembunyi aku nak dia cerita sebab dan mengapa budak-budak pembuli tu cakap macam tu. Adakah Jihoon ni lain daripada apa yang aku sangka?

            Jihoon diam. Aku telan air liur. Seram pula tengok muka dia.

             'Alah terima jelah orang nak bagi tu!' bisik aku dalam hati. Tanpa aku sedar, aku genggam kuat hujung blazer sekolah aku.

            "Okay." Yuhuuuuuu rasa nak melompat sampai terkeluar dari galaksi Bimasakti ni.

             "Okay, jom jom!" Aku tarik tangan Jihoon untuk mempercepatkan langkah kami berdua ke kedai aiskrim tersebut.

-----

         Jihoon suap aiskrim yang sejuk itu perlahan-lahan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


         Jihoon suap aiskrim yang sejuk itu perlahan-lahan. Matanya hanya merenung ke luar kedai di sebalik dinding kaca itu. Dari tadi dia tidak membuka mulut, senyap membisu.

           Sekarang aku pula yang nervous semacam, macamlah aku baru je buat salah besar kat Jihoon. Nervous tak tentu pasal. Mana taknya tengok Jihoon yang muka serius macam naga tu memang boleh buat lutut ketar macam duduk kat kutub Utara.

           Bunyi cawan aiskrim diletakkan di atas meja membuatkan bahu aku terenjut, kesan daripada terkejut yang amat sangat. Kalau dah takut, bunyi semut berjalan pun boleh buat kau terkejut serius aku cakap.

           "Aku tahu apa yang kau nak tanya aku." Aku rasa tekaan aku tentang Jihoon boleh baca fikiran orang tu betul. Fakta. Kalau tak macam mana dia tahu niat sebenar aku?

             Ke dia ada pasang jin ke apa alamak takutnyaaaa

            "Kalau awak tak keberatan nak cerita, ceritalah. Kalau awak ada masalah, bagitahu. Saya boleh tolong," kata aku setelah memandang Jihoon sekian lama dengan perasaan takut, dah macam anak kucing baru jumpa dengan manusia.

            Jihoon menghela nafas berat. Matanya masih lagi tertumpu ke keluar, aku cuba curi pandang tengok apa yang buat dia asyik pandang ke luar.

            Maybe dia tengok seekor kucing hitam putih bertompok-tompok macam lembu New Zealand yang sedang khusyuk jilat-jilat bulunya. Entahlah, itu je yang aku nampak.

            Aku tunggu je Jihoon buka mulut, sama ada dia mahu cerita atau tak. Aku tak boleh paksa, bukan macam tu cara kita nak treat bestie haa gituuu

             "Kau free tak malam ni?" Aku angkat kening. Aiskrim yang ditelan tadi rasa macam susah betul nak turun di esofagus aku, macam aiskrim tadi berubah dengan magiknya menjadi batu sampai susah nak telan.

              Aku angguk-angguk.

             "Ikut aku. Kita pergi funfair."

-----

Ayoooooo aku kan rasa aku update buku ni perlahan sangat. Patutnya aku kenalah update banyak sikit, baru cepat habis mmmm lagipun result pun dah nak keluar, kalau ada rezeki (kalaulah hahahhaha) aku dapat sambung belajar nanti mesti aku sibuk balik andwaeeeee

Maka anda berdoalah semoga author ni diberikan kerajinan untuk update hahahhaha

Author ada satu soalan, lagu apa yang buatkan korang auto nangis setiap kali korang dengar lagu tu dan kenapa? Kalau author, author memang hook gila dekat lagu Flower - iKON 🌸 sebab? Meaning lagu tu and kepada siapa diorang tujukan lagu tu yang buatkan author nangis gila. Kalau korang?
             

• chewing gum • park jihoonWhere stories live. Discover now