× 23 ×

453 102 18
                                    

     Pap!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


     Pap!

     "Opocot opah makan semperit!" Hampir-hampir aku menari tunjuk langit kat situ setelah menerima tepukan tidak berhemah di atas bahu aku.

       "Mana ada opah aku makan semperit! Dia makan almond london." Aku mencebik mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Dami, si pelaku yang telah hampir-hampir membuatkan aku memalukan diri aku sendiri di bahagian loker ni. Sudahlah ramai pula tu tengok pertunjukan latah aku.

         Eee rasa nak sorok muka aku dalam tong sampah yang baru ditukar plastiknya oleh cleaner tadi. Malu malu malu!

         Dami buat muka paling tak bersalah dalam sejarah kewujudan manusia, sesekali dia membetulkan blazernya yang sememangnya elok sahaja di badannya.

          "Seorang je kau harini?"

            Aku menoleh ke kiri, takde. Aku toleh kanan, takde. Aku toleh depan, muka Dami menjengah dalam pandangan aku sambil pasang muka pelik seperti tapir tersesat di tengah jalan.

            "Kau cari apa? Kau cari siapa?" tanyanya.

            "Aku cari manusia kat sebelah aku. Tak tahulah pula dia jadi halimunan ke apa di pandangan mata aku sampai kau je yang boleh nampak."

            "Ish kau ni!"

            Haa tulah, dah nampak aku seorang kat sini, tanya lagi. Sudahlah aku tak berapa ada mood setelah duduk di sebelah lelaki bengis plus hadap perangai setan Sooyoung kat rumah tadi. 

              "Yalah selalunya kau kan datang dengan namchin to be kau tu?" Berasap pula pipi aku di sebalik pintu loker aku ni, nasib si Dami tak nampak. Kalau tak, sampai kiamatlah dia menganjing aku nak psiko dengan Jihoon.

               "Tak tahulah, dia sakit kot harini," kata aku perlahan dan mendatar. Aku buat-buat sibuk cari buku dalam loker sedangkan dah memang terang-terang buku tu depan mata aku. Tinggal ambil, pegang dan buka je nanti kat kelas nanti.

              "Okayyyyy," kata Dami lalu bersandar di loker entah siapa-siapa. Tangannya menyeluk poket lalu mengeluarkan lolipop berperisa sarsi kegemarannya.

               "Lamanya kau ni ambil buku!" Dami menolak pintu loker aku sampai terhantuk tepi kepala aku. Anak pak cik Kwon iniiiiiii memang mahu kena humban dalam kandang buaya nampaknya! Ni memang dah tempah slot bilik mayat kat Hospital Besar Seoul!

               Aku hempas pintu loker aku dengan penuh kegeraman sambil menghadiahkan jelingan paling tajam setajam pedang samurai dalam abad ini. Dami tersengih-sengih, bukan dia tak tahu apa dia buat grrrr.

                Dami rangkul bahu aku. "Alah sorrylah kawanku yang cantik jelita bak puteri lindungan bulan! Nanti rehat kau bagitahu je kau nak apa, nanti aku belikan eh? Janganlah pula kau minta tujuh dulang hati kuman atau tujuh mangkuk darah, tu mengalahkan permintaan Puteri Gunung Ledang kat Hang Tuah!" Aku mencebik, bukan main lagi Dami berkata-kata, entah sejak bila baca Hikayat Hang Tuah, rajin betul baca buku Sejarah Malaysia, buku Sejarah Korea haram nak buka! Berhabuk adalah.

            "Yalah yalah," kata aku malas. Dami tersengih-sengih sehingga menampakkan giginya yang macam pagar yang dicat putih. Seronoklah tuuuu

             "Eh kau nak tahu tak Eunji?" Aku angkat kening melihat wajah Dami yang tiba-tiba nampak macam paparazzi, propa semacam tahu semua rahsia dan gosip yang ada kat sekolah aku ni.

             "Kau ni sejak bila join mak cik bawang punya kelab pula ni? Kau mak cik bawang apa? Bawang merah? Bawang putih? Bawang Holland?"

              "Shoo shoo!" Dami letak jari telunjuk di mulut, membuat gaya senyap. "Memang kau nak senaraikan semua jenis bawang yang telah tercatat dalam jurnal bawang sedunia ke apa? Dahlah makcik bawang! Cubalah bagi nama glamour sikit. Takde kelas!" kata Dami dengan tangan tergawang-gawang penuh semangat umpama calon parti buat manifesto.

              "Jadi, apanya cerita yang kau nak bagitahu sangat tu?" Perihal makcik bawang tolak tepi dulu, mungkin cerita yang Dami nak bagitahu ni lebih penting dan sensasi, lebih panas dari cerita artis di Melodi TV3.

              "Aku dengar ada budak baru pindah sekolah kita. Tapi aku tak rasa dia masuk kelas kita sebab kelas kita dah penuh."

               Aku angkat kening, agak aneh. Siapa budak tu? Kenapa tiba-tiba sahaja si Dami yang jarang nak ambil kisah pasal gosip kat sekolah ni boleh tahu?

              Budak tu dari luar negara ke? Atau kerabat diraja? Manusia yang jatuh dari langit mungkin?

             "Jadi, kenapa dengan budak tu?"

             "Budak tu dulu sekolah private, keluarga berada. Dengar cerita ayah dia ahli lembaga syarikat besar kat Korea ni. Dengar macam cliché kan? Aku tahu tapi percayalah cakap aku, author yang suruh aku cakap macam ni."

Eh tetiba author pula yang disalahkan

               Aku membulatkan mulut aku, maka terhasillah bunyi O yang agak panjang. Tanda faham kenapa budak itu menjadi perhatian warga sekolah aku.

              "Dan boleh jadi..." Alah Dami ni buat saspens pula! Ni yang aku benci ni!

              "Boleh jadi apa?" Aku memegang kedua-dua bahu Dami yang masih pasang muka saspens level 51.

               "Mungkin dia duduk di taman perumahan yang sama dengan kau? Yalah kau pun orang kaya juga. Lagipun, taman perumahan elit tu je yang paling dekat dengan sekolah kita. Mungkin kau kenal dia?" Panjang lebar kata-kata Dami sebentar tadi.

               Aku usap-usap dagu, gaya berfikir. Nak kata aku kenal, tak juga. Aku tak berapa kenal jiran aku, dan aku tak tahu kalau jiran yang aku kenal ada anak yang sebaya dengan aku. Yang aku tahu, aku dan Jihoon je yang tinggal di taman perumahan tu.

             Siapa ya?

             "Lelaki ke perempuan, Dami eh?"

              Mana pula perempuan rambut pendek ni. Tiba-tiba je hilang, teleport pergi kelas ke apa.

               Dari kejauhan aku dengar sesuatu. "Eunji naiklah kelas dulu! Aku nak usha crush aku!"

               Eh eh sempat lagi si Dami ni isk isk

-----

Siapalah tuuuuuuuu kalau aku rasa nak update lagi nanti aku update okay

Lepastu nak cakap maybe ada plot twist (?) Tak janji tapi maybe ada so ready je hahahhahahahah

              

• chewing gum • park jihoonWhere stories live. Discover now