× 14 ×

549 117 54
                                    

       Chewing gum perisa mint itu masih tak dibuka-buka, hanya dibelek-belek sahaja

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

       Chewing gum perisa mint itu masih tak dibuka-buka, hanya dibelek-belek sahaja.

        Bukan, aku bukan takut chewing gum tu beracun ke basi ke apa, aku cuma pelik.

         Macam mana benda ni ada dalam poket baju sweater aku semalam? Rasanya aku takde beli chewing gum ni kat 7E, aku beli tiga aiskrim perisa strawberi je. Adakah aku telah mengalami simptom hilang ingatan secara tiba-tiba? Takuttttt

          Nasiblah simptom yang aku alami ni (aku assume je) bukan salah satu simptom jangkitan wabak Covid-19, kalau tak payah tu kena kuarantin nanti.

          Aneh betul! Sampai sekarang aku masih terfikir-fikir.

          "Kenapa tengok je chewing gum tu?" Satu suara dari arah kanan aku kedengaran. Macam biasa, Jihoon melabuhkan punggungnya di sebelah aku. Memang bangku ni jelah jadi tempat alas punggung kami pagi-pagi sementara menunggu subway untuk ke sekolah.

           Dan senario sama berlaku, selalunya aku yang datang dulu baru Jihoon. Dan selalunya kami duduk berdua juga di dalam subway. Entah kenapa si Jihoon ni asyik nak berkepit dengan aku. Katanya...

           "Aku kan dah janji dengan bestie kau si Dami tu untuk jaga kau. Jadi, ni salah satu cara aku jaga kau." Okay, setakat ini masih boleh diterima logik akal aku alasan dia tu.

          "Tak, saya tengah pelik macam mana chewing gum ni ada dalam poket sweater saya semalam," kata aku jujur saja. Malas nak simpan-simpan persoalan yang dok bermain-main di minda aku dari malam tadi sampailah saat sekarang.

           Jihoon hanya tersenyum senget lalu melipat tangannya di belakang kepala. Badannya disandarkan pada penyandar bangku itu.

           "Kau ni susah-susah fikir macam nak jawab exam Fizik ni dah kenapa?" ujarnya membuatkan aku angkat kening untuk kali yang tidak terkira lagi. Maka bertemulah lagi kita di situasi jenis orang yang cakap tak bagi habis dan menyusahkan orang. Jihoon adalah salah seorang daripadanya.

          "Akulah yang bagi semalam. Lagipun kan kau ada cakap chewing gum tu favourite kau," sambungnya lagi apabila melihat wajah aku yang agak terkejut mendengar pengakuan benar, jujur lagi tulus itu.

           "Oh aa err." Ah, sudah kenapa pula aku gagap time-time macam ni? Nak je tampar mulut ni eeee

            "Ya takpe-takpe. Sama-sama." Macam tahu-tahu je aku nak cakap terima kasih. Jihoon ni boleh baca fikiran aku ke apa?

              Riak wajahnya masih sama, kekal selamba dan steady. Memang otot muka dia tu tak berfungsi eh untuk memberi reaksi yang berbeza? Tak penat ke buat muka selamba macam tu je?

              Ke...Jihoon ni sebenarnya adalah robot rekaan syarikat Tesla? Takpun syarikat dari Jepun? Diorang pun power juga bab-bab buat robot ni. Muka macam takde perasaan je.

              "Dah kenapa pandang aku macam nak tembus? Adakah aku terlalu hensem hari ni sampai kau tak boleh nak handle?" Aku mencebik. Memang hobi Jihoon ni suka puji diri sendiri ke apa? AKU ULANG LAGI SEKALI EH SUMPAH MAMAT NI PERASAN BAGUS.

              "Yalah yalah anda memang lelaki paling hensem di dunia ini, lebih hensem daripada T.O.P BIGBANG," kata aku dengan nada sarkastik sambil rolling eyes. Chewing gum tadi dimasukkan dalam poket blazer. Nanti bila-bila aku mengantuk waktu kelas Sejarah, sekurang-kurangnya aku dah ada survival pack.

             Jihoon hanya tersenyum melihat wajah aku yang nampak sangat tak ikhlas nak puji. Aku jujur, aku memang tak ikhlas pun hahahahha

             Tidak lama kemudian, subway yang ditunggu-tunggu dan dinanti-nanti macam tunggu orang nak bersalin muncul juga akhirnya.

-----

         "Alamak alamak!"

         "Kenapa pula kau ni? Dah macam baru lepas tengok lipas terbang dengan gembira bahagia je?" tanya Jihoon sambil menopang pipinya dengan sebelah tangan. Aneh mungkin tengok aku yang kalut semacam  ada cicak termasuk dalam baju.

          Satu tamparan hinggap di atas lengan Jihoon membuatkan dia mengaduh kesakitan. Elok-elok dia topang pipi tadi, sekarang dia mengusap-usap tempat di tampar tanpa belas kasihan walau sekelumit yang datangnya dari tangan aku. Boleh pula dia sebut nama MAKHLUK COKLAT BERSAYAP TU EEEE MEREMANG PULA RAMBUT KITAAAAA

          "Awak ni! Boleh tak jangan mention benda tu! Nanti dia datang!" Aku yang sememangnya mempunyai kepercayaan bahawa jangan diseru makhluk-makhluk yang tak disukai nanti dia datang, sangat bersungguh-sungguh bila aku cakap dengan Jihoon. Nasib tak tersembur air liur ni, kalau tak buat malu je.

           "Yalah-yalah, kenapa kau macam gelabah semacam ni?" Jihoon mengulang kembali soalan tadi.

             "Saya ada satu soalan yang saya tak siap lagi!" Bayangkan muka aku sekarang macam emoji ni 😱

              Jihoon hanya tersenyum senget lalu menarik buku latihan aku. Matanya mencari soalan yang masih kosong di ruangan jawapan.

             "Oh, soalan ni. Jawapan dia kriolit." Jarinya menunjuk ke arah soalan itu. Dia menolak buka latihan itu ke meja aku semula.

            "Betul ke?" Aku bertanya, tangan dah ready nak tulis jawapan yang baru sahaja disebut Jihoon tadi.

             "Kau tak percaya ke?" Jihoon angkat kening, aku telan air liur. Baru teringat yang Jihoon antara pelajar terbaik dalam subjek Kimia ni, so semestinya aku kena percaya cakap dia. Tapi, boleh je dia nak gurau dengan aku yang agak bengap sikit dalam subjek ni. Kan, teori aku ni boleh diterima juga kan?

             Aku cepat-cepat tulis jawapan itu, percaya dengan suara hati dan suara otak aku yang macam yakin sahaja dengan jawapan itu. Lagipun perkataan itu dengar macam bombastik untuk menjadi jawapan bagi soalan ni. Biasanya kalau dengar macam pelik-pelik macam unsur dalam Jadual Berkala tu, yakinlah ianya betul.

<< Tips nak jawab kimia daripada author 😁

            Yang penting nanti aku hantar buku latihan lengkap berjawapan. Lega sikit hati ni, lagipun cikgu Kimia kelas kami ni tegas dia tak boleh bawa bincang, tak boleh kamceng.

            "Shin Eunji." Aku menoleh ke arah Jihoon yang panggil nama penuh aku. Terbit rasa agak tak selesa bila dengar dia panggil nama penuh aku. Ke aku je yang rasa macam ni? Korang suka ke orang panggil korang dengan nama penuh? Aku tak suka.

            "Janganlah panggil saya dengan nama penuh. Panggil jelah Eunji," kata aku.

            "Oh sorry sorry. Aku cuma nak cakap satu benda." Dia mengangkat jari telunjuk, tanda satu. Depan muka aku pula tu.

            "Nanti belanja aku air milo sebab aku bagi jawapan tadi." Dia tersengih.

-----

Yasssss updateee korang mesti suka author updateee selalu kan ngaku jelah HAHAHAH 😂

Sebenarnya yang jawapan soalan Kimia tu author tiba-tiba teringat ( aku mana buka buku dah lepas spm ni tu pasal otak pun macam bengap semacam) author pernah tersalah jawab masa trial spm haritu udohlah author sakit waktu tu mmm nasib trial jeeeee

Okay jumpa korang esok. STREAM BOY ✨

• chewing gum • park jihoonWhere stories live. Discover now