× 34 ×

449 109 22
                                    

     Pejam celik pejam celik, peperiksaan akhir tahun tiba

Oops! Bu görüntü içerik kurallarımıza uymuyor. Yayımlamaya devam etmek için görüntüyü kaldırmayı ya da başka bir görüntü yüklemeyi deneyin.


     Pejam celik pejam celik, peperiksaan akhir tahun tiba. Dan aku, mestilah belajar bersungguh-sungguh, aku tak nak gagal untuk periksa ni. Kalau korang tahu pun, memang dari awal buku ni aku dah cakap aku nak lulus. Nampak tak keazaman aku yang tinggi tu?

      Sekali-sekala aku adalah juga minta tolong dengan Jihoon, tu pun setelah aku berfikir nak dekat 12 kali baru tanya. Soalnya, aku malu entahlah, rasa macam awkward pun ada.

      Tapi Jihoon tak tanya apa-apa pun, dia layan aku macam biasa. Macam kawan.

       Hubungan dia dengan Yeona? Aku perasan diorang memang makin rapat. Takpelah, aku pendam jelah rasa suka aku ni seorang-seorang. Baik aku fokus dengan periksa yang aku hadapi ni. Aku tak nak apa yang berlaku waktu pertandingan piano haritu berulang kembali.

      Dami pun suka benar ajak aku study group sama-sama. Baguslah, ada juga perubahan kawan aku tu, takdelah datang sekolah bersembang je lebih. 😂

      "Eunji!" Aku toleh belakang. Macam biasa, dalam cerita ni kalau ada dialog panggil nama aku tu, memang Dami jelah yang panggil. Memang author dah buat watak dia macam tu kan, nak buat macam mana.

       "Good luck!" katanya. Dia mengusap-usap belakang aku, cuba untuk menghilangkan rasa nervous aku kot.

        "Kau pun," kata aku ringkas. Nervous macam ni buat aku kurang bercakap. Lagi 5 minit untuk masuk ke dewan peperiksaan.

         Dami berlalu meninggalkan aku, katanya tiba-tiba nak pergi ke tandas. Simptom orang nervous tahap gaban. Biasalah tu.

         Aku berdiri sambil menyandar di dinding. Tangan dimasukkan dalam poket sebelum aku tersentuh sesuatu.

        Sekeping kertas kecil berwarna kuning cair.

         Good luck Shin Eunji. Aku tahu kau boleh. Aku harap apa yang aku tolong kau selama ni dapat membantu kau. Sorry kalau aku ada salah.

         Kertas yang aku jumpa dalam buku latihan aku haritu. Daripada Jihoon. Aku tahu sebab aku kenal tulisan dia.

         Aku tersenyum sendirian. Sekurang-kurangnya rasa nervous aku berkurangan sekarang.

-----

         "Kasi gegar ini bilik!" Dami tanpa segan-silu membuka pintu bilik aku. Ingat bilik dia ke? Terkejut tahap angkasa lepas aku yang sedang layan drama korea aku dengan penuh perasaan.

         "Oi, kau ni memang nak aku ajar adab-adab masuk bilik orang ke apa? Nasib aku tak sawan terkejang kat sini!" Dami tersengih-sengih, bukan tak biasa dia ni kena bebel. Bila entahnya nak berubah mmm

         "Rileks Eunji! Tadi kau juga yang suruh aku datang. Haa, tunggu apa lagi? Jom tengok movie!" 

           Mentang-mentang periksa baru habis, memang bergembiralah kami huehue

          Aku dan Dami melangkah ke satu bilik yang memang keluarga aku guna untuk tengok movie ala-ala kat panggung wayang gitu. Barulah feeling heheheh

          "Popcorn takde ke Eunji?" Aku mencebik.

           "Kejap ya tuan puteri. Patik ambil di dapur ya," kata aku dengan nada paling tak ikhlas kat dunia. Dami tergelak-gelak kat kerusi empuk tersebut. Amboi, sedap betul gelak!

            Aku turun sebentar untuk memenuhi permintaan Dami tadi. Pandailah Dami tu hidup kat bilik tu, ni bukan first time dia datang sini. Boleh jadi, ni rumah kedua Dami hahahahhaha

           Popcorn ada, pepsi ada. Haa apalagi marilah tengok movie! Jangan sampai movie tu tengok kitaorang dahlah.

          "Eunji."

          "Apa dia?" tanya aku tanpa mengalihkan pandangan aku. Cerita depan mata aku ni lebih menarik daripada pandang wajah Dami.

           "Kau memang...tak nak confess ke kat Jihoon?" Soalan maut ni.

             "Entahlah," kata aku perlahan. Tiba-tiba aku dah takde hati nak tengok movie di hadapan kami ni. Punyalah semangat nak tengok tadi, terus luntur hilang begitu sahaja apabila nama Jihoon disebut.

            "Trylah confess nanti, waktu kita grad. Sekurang-kurangnya dia tahu perasaan kau. Mana tahu kau ada peluang?" pujuk Dami. Mimpi apa pula dia ni tiba-tiba suruh aku confess kat Jihoon pula mmm

           "Peluang apa pula? Kau ni, sah-sahlah dia pilih Yeona tu. Aku ni...."

            "Alah, kau nak cakap kau kentang kan? Heh, kau ni kan manusia! Ke kau tak bersyukur dilahirkan sebagai manusia? Memang nak suruh tuhan tukarkan–"

           "Dah dah, ya aku bersyukur sangat-sangat aku dilahirkan sebagai manusia yang cukup sifat." Cepat-cepat aku memotong kata-kata Dami. Tangan dia pun dah ada ura-ura untuk tergawang-gawang macam ahli parlimen. Bab-bab bercakap ni Dami memang paling terkedepan dan paling mantap.

           "Eleh, kau suruh orang. Kau tak confess? Aku nak kau confess juga!" Aku tak kira, ni baru adil!

           "Okay okay, kita sama-sama confess okay. Kena reject ke tak itu belakang kira. Kita try dulu. Amacam?" Dami angkat-angkat kening. Aku angguk-angguk, mengiakan kata-kata Dami.

           Nervous pula aku tunggu hari graduasi nanti. Memang akan ada peluang untuk aku ke?

-----

Korang still mengharapkan happy ending keeeeeee huehue

Maybe aku habiskan harini kot? Ke esok? Tengoklah kalau aku rajin eh hahahhahaha   

           

• chewing gum • park jihoonHikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin