× 16 ×

495 113 94
                                    

      "Sedarlah sikit kau tu hidup menumpang je kat rumah orang kaya tu!"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

      "Sedarlah sikit kau tu hidup menumpang je kat rumah orang kaya tu!"

      "Entah-entah appa kau tinggalkan kau dan omma kau sebab kau, anak yang tak berguna!"

        "Kau mesti dah ada plan nak kaut kekayaan diorang kan? Kau mesti gunakan anak diorang kan?"

        "Kalau diaorang tak ambil omma kau dengan kau, rasanya korang dah melarat kat tepi jalan!"

          Kata-kata yang keluar dari mulut pembuli-pembuli itu bermain-main di fikiran aku. Susah pula otak yang tak berapa cerdas sebab kekurangan makan kismis ni untuk mencerna setiap bait-bait kata tersebut. Pelik betul apa yang diaorang cakap ni.

            Jihoon masih lagi diam, tidak membalas apa-apa. Wajahnya tidak kelihatan takut, lebih kepada tiada ekspresi. Kedua-dua tangannya dimasukkan dalam poket seluar sekolah.

            "Kau kenapa senyap? Ke dah bisu?" Suara salah seorang dari mereka, bos mungkin agak meninggi. Geram kot sebab kata-katanya itu dibiarkan macam tu je.

             "Eh kau jangan cabar aku!" Satu penumbuk cuba dilayangkan ke muka Jihoon yang hanya memandang wajah mereka dengan mata yang tajam.

               "JIHOON!" Serentak, semua yang berada di situ memandang ke arah aku yang tiba-tiba masuk campur. Aku segera berlari ke arah Jihoon dan berdiri di hadapannya. Tangan aku didepakan.

               Okay aku tahu, kalau aku nak lawan diorang ni memang confirm-confirm aku yang akan patah tulang, patah gigi haa semualah patah! Tapi takkanlah mereka ni pukul perempuan yang lemah macam aku? Tak gentleman langsung!

               Dan aku sebagai kawan, takkan biarkan diorang apa-apakan Jihoon. Sebenarnya aku geram juga tengok Jihoon yang macam tak nak pertahankan diri sendiri, telinga dia tu kebal ke apa sampai tak terkesan langsung dengan kata-kata menyakitkan hati yang baru keluar dari pembuli-pembuli tu?

             "Eh siapa pula perempuan ni? Cantik," kata salah seorang dari mereka. Kalau orang normal kena puji mesti diorang suka kan? Tapi tak bagi aku, aku rasa seram sekarang ni. Aku telan air liur apabila tengok ketiga-tiga orang ni pandang aku macam harimau nampak daging selepas tak makan tiga hari.

            "Girlfriend kau ke ni Jihoon? Kalau tak aku nak try." Orang yang aku gelar bos tadi cuba nak sentuh pipi aku. Aku tutup mata, sumpah aku takut sekarang ni.

            Rasa menyesal pula masuk campur tapi semuanya sudah terlambat. Bak kata pepatah yang selalunya kita guna dalam karangan Bahasa Melayu, nasi sudah menjadi bubur. Dinosaur sudah menjadi ikan paus eh tiberrr

            "Kalau dia girlfriend aku pun kenapa?" Akhirnya Jihoon membuka mulutnya yang terkatup rapat dari tadi. Dia memegang kedua-dua bahu aku lalu menarik aku rapat dengan badannya.

• chewing gum • park jihoonWhere stories live. Discover now