× 22 ×

483 109 51
                                    

     "Wah thank you tau Jihoon!" Aku tepuk tangan, lega melihat kerja sekolah aku yang bertimbun-timbun macam beg beras kat pasaraya dah siap dengan jayanya dengan bantuan si mata sepet, siapa lagi kalau bukan Park Jihoon! Tepuk tangan semua, bagi...

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

     "Wah thank you tau Jihoon!" Aku tepuk tangan, lega melihat kerja sekolah aku yang bertimbun-timbun macam beg beras kat pasaraya dah siap dengan jayanya dengan bantuan si mata sepet, siapa lagi kalau bukan Park Jihoon! Tepuk tangan semua, bagi yang paling gemuruh sekali!

      Jihoon yang masih lagi ada di skrin telefon aku hanya tersenyum senget, dia kelihatannya sedang mengemas buku latihan yang berada di depannya.

       Oh, lupa pula aku nak cakap, aku video call dengan Jihoon tadi, senang sikit nak bincang dan tanya terus. Takdelah kejang jari nak menaip satu-satu. Haa jeles tak? Alah mengaku jelah ingat aku tak nampak ke korang tengah tumbuk-tumbuk bantal sekarang?

         "Haa baguslah kalau dah siap, haa kan aku dah cakap aku akan tolong kau! Ingat aku saja-saja je cakap macam tu?" kata Jihoon bernada bangga, hidungnya kembang-kuncup seperti cendawan butang.

           "Yalah yalah Jihoon! Baik awak berhenti puji diri sendiri, awak tahu tak hidung awak kembang macam pau?" Saja aku usik Jihoon. Automatik Jihoon picit-picit hidungnya, takutlah tu hidungnya yang separa mancung tu bertukar kembang dan bulat macam hidung badut.

            Comel pula aku tengok dia macam tu, eh? Aku puji dia ya tadi?

            Secara tak sedar, aku tersengih-sengih melihat dia yang masih tak sudah-sudah dengan hidungnya.

             "Haa kantoi usha aku!" Terjatuh dari kerusi aku dengar sergahan dia, sudahlah aku pasang full volume sebab tak berapa dengar suara dia tadi. Sakit bontot aku!

             "Eh Eunji, okay tak? Kuat betul bunyi kau jatuh! Macam bunyi buah nangka busuk jatuh atas tanah!" Kata-katanya diakhiri dengan ketawa terbahak-bahak, sungguh tak macho wajahnya ketika itu. Nasib baik ada eye smile macam Bobby.

              Sempat lagi panda ni mengenakan aku! Tak guna betul!

              Aku merangkak naik semula ke kerusi aku. Aku tarik muka seperti tapai yang sudah tamat tempoh. Masam mencuka, benci Park Jihoon!

               "Dahlah, saya tak perlukan khidmat awak lagi malam ni. Bye!" Aku cepat-cepat nak tekan button end video call sebelum tiba-tiba Jihoon kalut tahan aku.

               "Kejap kejap! Aku nak cakap sesuatu!"

              "Awak nak cakap apa? Ikan kelisa awak beranak tujuh?" kata aku, geram.

              "Aku nak cakap..." Kata-kata Jihoon terhenti kerana tiba-tiba ada satu suara memanggil namanya. Aku angkat kening.

               "Sorry mak aku panggil." Dan macam tu je dia end video call aku eeee bukan nak cakap dulu apa yang dia nak cakap kat aku, macam penting je, sepenting rahsia sulit negara!

                Apalah agaknya si Jihoon nak cakap eh?

-----

               "Huh huh minta O2, minta O2 !" kata aku termengah-mengah, badan aku terbongkok, kedua-dua tangan aku menggenggam kepala lutut yang agak terketar-ketar sebab terpaksa berlari tanpa warm up di pagi hari yang berbahagia ni. Satu benda yang tak pernah-pernah aku nak buat.

              Ini semua salah Sooyoung! Haa dah lama kan adik aku tak keluar dalam cerita ni. Dialah punca yang membuatkan aku hampir-hampir pengsan berdiri kat stesen subway ni bersaksikan berpuluh-puluh orang yang aku tak kenal.

              Ada ke patut dia letak lipas tipu dalam kasut sekolah aku? Dahlah sorok kasut sekolah aku kat belakang tong gas kat dapur! Nasib omma dan bibik aku dah berpadu tenaga bebel sir Sooyoung tu, telinga kanan dia kena tarik dengan omma manakala telinga kiri dia kena tarik dengan bibik. Haa faham-faham jelah apa yang jadi lepastu.

            Nakal si Sooyoung tu mengalahkan budak lelaki! Betul ke dia adik aku?

             "Nasib tak terlepas subway huhhh Jihoon pun mesti tengah tunggu aku," kata aku setelah pernafasan aku sudah stabil, takdelah tadi tercungap-cungap macam ikan baru keluar dari air.

              Aku mencari kelibat Jihoon yang duduk di bangku yang selalu kami duduk. Tetapi, malangnya bukan wajah Jihoon yang muncul kat mata aku, ianya cumalah wajah seorang lelaki yang agak bengis seperti tidak dapat makan roti canai cicah kari. Seram!

             "Eh mana Jihoon? Dia tak datang ke hari ni?" Aku berteka-teki dengan diri aku sendiri. Aku kerling jam, lagi 3 minit subway yang akan aku naiki tiba.

              "Mungkin ini kot yang dia nak cakap kat aku semalam," bisik aku perlahan lalu berdiri di garisan menunggu. Pintu subway terbuka luas lalu aku melangkah masuk ke dalam.

                 Selepas aku berjaya mendapatkan tempat duduk (yang buat aku bertambah malang, aku duduk kat sebelah lelaki bengis tadi!), aku hanya berdiam diri.

                 Dalam otak aku ligat memikirkan pelbagai kemungkinan dan kebarangkalian kenapa Jihoon tak datang hari ni, nak kata sakit semalam sihat walafiat je aku nampak. Sempat mengenakan aku lagi.

                Ke omma dia sakit? Boleh jadi kan? Logik juga tu.

                Takpelah, aku harap dia okay je.

-----

Ayo macam mana pdpr? Semoga terus semangat semuanya ya hahahahahahah entah bilanya cerita ni nak habis geram pulak aku
          

               

        

• chewing gum • park jihoonWhere stories live. Discover now