p k p d i l a n j u t k a n

533 83 72
                                    

     Wiwiwiiwiwiwi habis juga cerita ni aku tulisssss haa macam biasalah gais semestinya ada sesi interview dengan watak² utama buku aku ni. Mari kita terjah sikit pengalaman diorang waktu muncul dalam cerita ni

      Tapi disebabkan pkp isk isk author tak nak kena kompaun makanya author send link google meet jelah.

       Dah² tak payah banyak cakap mari start!

Author: Haa, semua lambai kat kamera sekarang! * Semua orang lambai

         Aku tanya seorang-seorang okay. So tunggu giliran korang. Kalau belum sampai, korang nak makan kfc ke, tengok sinetron ke pergi jamban ke korang buatlah.

         Makanya aku interview Shin Eunji dulu ya

Author: okay, boleh ceritakan sikit perasaan anda bila berlakon dalam cerita ni?

Eunji: sejujurnya sedih jugaklah sebab author tak buat happy ending isk isk *bubuh eye mo kat mata tapi takpelah saya ikut je cakap author. Saya rela single hingga mati kalau itu yang author nak!

Author: eh aku pulak salah! Suka hati akulah nak buat cerita macam mana pun hahahahhahahahah eh yeke kau single? Macam tipu jeeeee

Eunji: memang tipu pun huehe *evil laugh saya nak perkenalkan boyfie saya ni!

       Author yang tengah nak hirup air oren tersembur, nasib tak kena laptop mahal. Ni memang terkejut gila ni. Kalau korang tengok mesti terkejut jugak!

Author : HAAAAA JUNKYUOLA!

Junkyu: hehehehhehe terkejut tak haa tulah kau author, asyik bagi watak aku gelak² je tak mencabar langsung! Tengok, last² aku juga jadi hero dalam cerita ni. (Korang bayangkan hidung Junkyu tinggi macam dalam kartun sebab bangga sangat)

Author: ceh kurang asam kau junkyu! Nampak sangat desperate nak jadi watak utama!

Junkyu: alah please lah author 👉👈 buat aku best² sikit

Author: tunggu giliran kau! Dah² aku nak tanya bestfriend kau pula!

        Setelah author menghalau mereka berdua sambil gigit nugget tempura, tiba-tiba Jihoon muncul di skrin.

Jihoon: haa apa author? Kau ni kacaulah aku dating dengan pokok cili aku!

Author: hish kau ni tak boleh ke berkorban masa sikit untuk aku! Haa sila ceritakan sikit perasaan kau setelah aku sambung fanfic kau yang tergendala ni.

Jihoon: okaylah best juga, aku pun sangat berbesar hati berlakon dalam cerita ni errr tapi en aku...

Author: kau apa?

Jihoon: aku takutlah, nampak macam ramai je readers yang tak puas hati dengan aku takut ni!

       Belum sempat author jawab, tiba-tiba kedengaran bunyi bom yang agak kuat. Berkemungkinan rumah Jihoon telah dibom oleh readers yang tak puas hati kenapa dia tak pilih Eunji. Takottt

       Okay jom interview Dami pulak

Author: uwu Dami apa cerita kau sekarang?

Dami: macam nilah author, single pringle mingle sampai sekarang. Sekarang ni aku belajar buat kek kat rumah

Author: huish kirimlah sikit kat aku

Dami: betul ni kau nak author? *Dami senyum jahat

       Author telan air liur, rasanya Dami ni macam nak bubuh racun dalam kek yang dia nak bagi kat aku. Aku tak nak mati awal!

        Maka itulah serba sedikit interview kalini. Aku tak boleh buat panjang-panjang sebab kuota internet dah nak habis. Bye!

• chewing gum • park jihoonWhere stories live. Discover now