× 10 ×

615 120 47
                                    

    

     Hari ni hari pertama untuk aku menjalani latihan piano petang ni

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

     Hari ni hari pertama untuk aku menjalani latihan piano petang ni. Disebabkan Sir Hans awal-awal dah beritahu yang dia tak dapat datang sebab ada kursus (biasalah awal tahun, mestilah banyak kursus!) dia dah bagi kunci bilik muzik.

      Jujur aku cakap, aku memang betul-betul minat main piano. Bagi aku, setiap kali aku tekan kekunci hitam putih yang ada atas piano itu seperti meluahkan apa yang aku rasa, semua stress aku hilang macam tu.

        Betullah kata orang kadang-kadang muzik ni macam terapi. Bukan aku yang cakap eh, orang lain yang cakap. Aku ulang je 😂

        "Kau cari apa dalam beg kau tu?" tegur Jihoon sambil topang dagu. Biasalah, matanya yang kuyu itu memandang tepat wajah aku.

        "Saya cari buku yang saya tulis not muzik." Tangan aku masih mencari-cari buku saiz A5 tu.

         Berdasarkan ingatan aku yang tak berapa kuat kerana kurang makin kismis, aku memang betul-betul yakin yang aku letak buku tu dalam beg. Bayangan imej itu bermain di fikiran aku.

        Saja nak sedapkan hati hahahah

        "Yes dah jumpa!" Aku angkat tinggi buku yang menjadi target carian aku tadi. Gaya dah macam anime kan hahhaha kisah apa pula aku.

          Belum sempat aku nak selak buku tu, satu tangan sesedap hati secukup rasa merampas buku itu. Tengok-tengok dah lesap, tak tahulah pegang buku ke pegang angin sekarang.

         "Wah, bestnya ada buku macam ni!" Tak pernah-pernah aku nampak dia teruja semacam, macam first time je jumpa buku bergaris baluk macam tu.

        Bukan waktu sekolah rendah pakai ke buku tu mmm

        "Hei awak ni! Suka-suka je ambil buku orang!" kata aku tak puas hati. Aku silang tangan aku di dada.

          Jihoon tersengih-sengih. Tiba-tiba dia letak balik buku itu di atas meja aku elok-elok sebelum pandang tepat muka aku. Dia berdehem seketika.

        "Wahai Cik Shin Eunji, izinkan saya untuk melihat, membelek dan meneliti buku anda yang kelihatan berharga dan misteri ini." Amboi ayat dia!

         Aku auto gelak tengok muka dia yang sengaja dibuat-buat.

         "Nah, ambillah! Saya gurau je." Aku tolak buku itu ke arah Jihoon.

         "Wah, bestnya pandai main alat muzik," katanya mendatar lalu membelek-belek lagi buku aku yang dah lama tak berisi.

         "Apa yang bestnya?"

         "Sebab nampak macam cool. Aku teringin nak belajar tapi mmm." Kata-katanya berhenti sampai situ. Aku angkat kening.

           "Tapi apa?"

• chewing gum • park jihoonWhere stories live. Discover now