× 18 ×

491 110 47
                                    

       Malam yang agak dingin tu membuatkan aku mengambil keputusan untuk letak tangan dalam poket sweater aku

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

       Malam yang agak dingin tu membuatkan aku mengambil keputusan untuk letak tangan dalam poket sweater aku. Mata aku lagi rela pandang kaki aku yang sedang melangkah daripada pandang muka Jihoon.

       Tak apasal aku ni malu tiba-tiba bila dengan Jihoon? KENAPA GAIS BAGITAHU AKUUU

        "Awak tak kerja ke malam ni?" Aku cuba menulakan perbualan antara kami yang memang dari tadi memang sepi. Samada aku dan Jihoon, masing-masing tak buka mulut. Macam mulut kena zip. 

         "Aku kerja hujung minggu je." Kata-kata Jihoon membuatkan mulut aku automatik membentuk huruf o lalu mengangguk-angguk. Tipikal gaya orang faham yang memang seluruh dunia buat.

         "Tapi kan..." Aku pandang Jihoon. Dah kenapa berhenti cakap tiba-tiba?

           "Kau tak kisah kan aku bawa kau pergi funfair malam ni?"

            "Ish awak! Kalau saya kisah, takdenya saya setuju nak ikut awak." Jihoon tersenyum senget mendengar jawapan aku yang bernada gurauan tu.

             Lampu-lampu pelbagai warna yang menyinari suasana sekeliling funfair itu dari jauh lagi sudah menyilaukan mata. Walaupun malam, ramai juga yang datang ke sini untuk berhibur bersama keluarga atau pasangan bercinta setelah seharian menghadapi hari siang.

            Setelah membeli tiket untuk dua orang, Jihoon pandang aku dengan riak wajah biasa sambil menghulurkan satu tiket kepada aku.

            "Kalau kau nak main apa-apa kat sini, bagilah tahu. Aku tak pernah pun datang sini," kata Jihoon, mendatar. Matanya meliar memandang sekitar kawasan funfair yang agak riuh dengan jeritan orang bermain roller coaster dan gelak ketawa.

           "Apa kata kita makan dulu?" Itu je yang ada dalam otak aku, sebenarnya aku takdelah nak sangat main benda-benda kat taman ni tapi sebab Jihoon ajak, aku ikut jelah.

             Lagipun, aku nak tahu juga apa rahsia yang dia simpan yang dari siang tadi aku fikir.

             Jihoon cuma angkat bahu lalu kami sama-sama mengatur langkah ke kafe yang memang tersedia di dalam taman itu.

           Takdelah nak makan sangat, aku sebenarnya nak si Jihoon ni buka mulut cerita pasal diri dia sebenarnya. Aku dah tak sabar sangat nak tahu cerita dia ni!

            "Cepatlah Jihoon!" Aku genggam tangan dia lalu goyang-goyangkan dengan kadar maksimum. Tak kisahlah orang lain nak pandang pelik ke apa asal aku dapat korek cerita rahsia maha besar Jihoon ni!

             "Eh sabar sabar! Kau ni." Jihoon tarik tangan dia cepat-cepat sambil mata meliar-liar ke sekeliling. Tak pasal-pasal aku dah menjadi punca kepada sesi memalukan diri di depan masyarakat awam. Jangan ada yang gatal-gatal tangan macam kena miang buluh pergi rakam kejadian aku dengan Jihoon ni aku saman kang!

             Jihoon menarik nafas panjang sebelum menghela nafasnya dengan berat. Baru je nak bernafas selepas baru membuat pesanan kat kaunter kafe tadi, tak pasal-pasal diterjah makhluk yang tak sabar macam aku ni.

             "Aku tahu apa yang kau nak tahu. So, sementara tunggu makanan kita sampai, aku cerita." Jihoon dah start nak jadi penglipur lara. Aku betulkan duduk aku lalu memasang muka berminat dengan cerita Jihoon.

            Aku rasa aku tak pernah lagi tau buat muka macam ni, kalau belajar mmm memang takde maknalah. Tengok muka cikgu pun dah buat aku auto tak bersemangat. Lainlah kalau cikgu aku muka macam Song Mino ke, T.O.P BIGBANG ke, Koo Junhoe ke haa barulah semangat membuak-buak macam air mendidih melimpah keluar dari periuk nak belajar huehue

            Okay dah-dah, merepek kerepek pula aku ni. Mari sambung dengar cerita Jihoon ni.

           "Sebenarnya, apa yang diorang cakap tu betul. Aku, aku memang hidup menumpang je kat rumah orang. Aku tak mampu pun nak duduk kat taman perumahan macam tu, sama taman perumahan dengan kau pula tu. Tapi kau lain, keluarga kau memang mampu. Aku lain." Kata-kata Jihoon semakin lama semakin perlahan. Walaupun nada suaranya mendatar, aku dapat rasa dia agak sedih apabila cerita benda-benda macam ni.

           Aku tak berniat untuk mencelah buat masa sekarang. Biarlah Jihoon habiskan cerita dia. Dan aku berharap tak berlaku apa-apa drama air mata kat sini. Susah tu kalau terjadi, nanti siapa nak pujuk? Pujuk diri sendiri jelahhhh

          "Mak dan ayah aku bercerai, mereka bergaduh teruk sampai ayah aku halau aku dan mak dari rumah. Kami memang orang susah, lagi-lagi bila benda tu terjadi. Nasib baiklah kami berjumpa dengan Tuan Seung Ho, keluarga dia yang banyak tolong aku dan mak aku. Mak aku kerja jadi pembantu rumah kat situ." Air mata, janganlah kau gatal-gatal nak turun macam air terjun sekarang, tahan Eunji, tahan!

            Aku tak bolehlah orang cerita benda sedih macam ni, aku sensitif tau! Hati aku hati tisu Premiere!

           "Mungkin sebab tu..."

           "Sebab tu?" Aku ulang balik kata-kata Jihoon, dah ready siap-siap tisu kat tangan yang memang sedia untuk berkhidmat kalau kilang air mata aku berfungsi malam ni, di kafe ni.

            Cerita ni lagi sedih dari drama korea kat tv huwaaaaaa

           "Sebab tu kot takde siapa-siapa nak kawan dengan aku."

             "HUWAAAA JIHOON JANGANLAH CAKAP MACAM TU BIAR SAYA JADI KAWAN AWAKKKK." Maka, mengalirlah air mata suci tulus ikhlas aku menuruni pipi aku yang mulus. Sekali dengan pakej hingus, nasib banyak lagi tisu untuk digunakan bagi menahan tangisan yang menggila ni.

              "Eh eh Eunji! Janganlah nangis, ramai orang pandang kau ni. Tak pasal-pasal diorang ingat aku buat benda tak elok kat kau," bisik Jihoon, suaranya ditekankan supaya aku boleh dengar kata-katanya. Matanya yang sepet itu memandang pelanggan-pelanggan lain yang dah pasang muka pelik tengok ada perempuan aneh menangis tiba-tiba.

              Air mata dilap dengan kasar, hingus dihembus pada tisu-tisu yang masih berbaki. Aku tarik nafas sedalam-dalamnya sebelum hembus, cuba untuk tenangkan diri.

              "Tak, saya sedih dengar cerita awak. Sorry tau. Jihoon..." Jihoon pandang aku dengan riak wajah normal dia, yang takde perasaan tu.

               "Saya boleh jadi kawan awak. Err Dami pun mesti setuju kalau awak nak kawan dengan dia, kalau awak naklah hehehhe." Tiba-tiba aku teringat insiden Dami ugut Jihoon dengan gaya-gaya samseng Kampung Pisang nak peras ugut warga emas. Sungguh memalukan! Tak ayu langsung isk isk

                Jihoon tersenyum senget sebelum mengangguk. Di sebalik wajahnya itu, aku percaya dia gembira mendengar kata-kata aku yang kedengaran ikhlas itu.

                Eh, betullah, aku ikhlas okayyy please support friendship kitaorang.

               "Terima kasih, Eunji-ah."

                Entah kenapa aku terasa sesuatu pula di hati aku. Cara dia cakap terima kasih tu, lembut je. Kedengaran ikhlas dan jujur dari lubuk hati yang dalam.

               Dan, aku harap aku boleh jadi kawan yang terbaik untuk dia.

-----

Sebenarnya author takde mood nak tulis, chapter ni pun tulis nak dekat tiga hari sebab author nervous sangat nak ambik result esok ya Allah aku redha niiiiiii

Sebab aku kesian kat korang aku update juga lah untuk menggembirakan hati korang cuti² ni hehhehe

Semoga batch 03 mendapat result yang baik² dan gempak² belaka insyaAllah ♥️

• chewing gum • park jihoonWhere stories live. Discover now