× 25 ×

428 102 22
                                    

        "Aku tak tahu kenapa kau nangis tapi dah dahlah tu, aku ada kat sini," kata Dami sambil mengusap-usap belakang badan aku yang masih terhinjut-hinjut menahan sebak

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

        "Aku tak tahu kenapa kau nangis tapi dah dahlah tu, aku ada kat sini," kata Dami sambil mengusap-usap belakang badan aku yang masih terhinjut-hinjut menahan sebak. Tangannya sebelah memegang roti floss ayam yang dibeli di kafetaria tadi, sesekali dia menggigit roti tersebut dengan penuh berselera.

         Tak pasal-pasal kena buat dua kerja, satu memenuhkan perut yang lapar mengaum macam dinosaur, satu lagi menenangkan aku yang masih lagi ada 'air terjun' kat pipi.

          "Aku pun tak tahu kenapa aku nangisssss." Semakin menggila pula tangisan aku. Aku kesat air mata aku cepat-cepat, bencilah air mata ni turun macam hujan.

            "Aku tahu kenapa kau nangis." Aku pandang wajah Dami yang masih kekal tenang menghabiskan roti flossnya.

             Dami pandang wajah aku sambil tersengih-sengih. "Kau jealous kan sebenarnya? Bila tengok Jihoon macam tu, dengan perempuan lain?"

             Aku tak tahu, tetapi ya aku terpaksa mengaku yang aku memang menangis sebab tu. Aku cemburu.

             Kenapa aku nak cemburu? Perempuan tu bukannya girlfriend Jihoon pun kan? Ke aku memang nak Jihoon kawan dengan aku seorang je, bolot dia seorang untuk aku je?

              Aku ni memang pentingkan diri sendiri je eh?

              "Eleh Eunji, aku ni kawan kau sejak zaman kau pakai pampers lagi, kau tak payah nak berahsia-rahsia sangatlah dengan aku! Aku memang tahu kau suka Jihoon!"

               Cepat-cepat aku tekup mulut Dami yang bersuara dengan lantang dengan tangan tergawang-gawang penuh semangat. Memang nak hebohkan satu dunia ke apa yang aku suka Jihoon? Dahlah suara kuat macam singa mengaum! Eee aku doakan peti suara dia tu senyap terus buat selamanya baru tahu!

              "Ish kau ni! Lemas aku kau tahu tak! Nasib tak pengsan kuak lentang kat sini!" Dami menepis tangan aku lalu menyedut udara oksigen sedalam-dalamnya. Matanya menjeling aku sambil tarik muka.

              "Kau tulah, memang nak buat pengumuman ke apa? Suara macam speaker!" Dami tersengih-sengih, menyeringai sambil buat peace. Peace kepala otak dia, ni memang boleh menimbulkan kemarahan!

             "Tapi kan...siapa perempuan tu?" tanya aku  perlahan. Air milo yang patutnya aku bagi Jihoon tadi telah dirembat oleh Dami yang sememangnya kaki rembat makanan orang. Satu lagi dah selamat masuk dalam perut aku.

              "Aku rasalah kan..." kata Dami sambil mengusap-usap bawah dagunya, gaya genius berfikir.

               "Kau rasa apa?" Aku genggam kedua-dua bahu Dami lalu digoyang-goyangkan, lambat betul otak Dami ni loading. Nak kata wifi sekolah aku lambat, laju gila dah aku rasa mmm

              "Aku rasa dialah budak baru tu! Lagipun kita mana pernah nampak dia kan sebelum ni?" Perlahan-lahan aku melepaskan genggaman tangan aku daripada bahu Dami. Aku bermain-main dengan hujung blazer aku.

              Kalaulah dia memang girlfriend Jihoon, aku memang akui yang perempuan tu memang nampak menawan dan cantik walaupun aku cuma nampak side profile dia je tadi. Lainlah aku, aku kentang huhuhuhu siapa je nak kat aku?

              "Jap, kau cakap perempuan tu orang kaya kan?" tanya aku. Tiba-tiba sahaja aku teringat cerita Dami pagi tadi waktu dalam perjalanan ke kelas.

            "Dengar ceritanya macam tulah slurp slurp!" Dami hirup air milo yang masih tersisa di dalam kotak air milo berwarna hijau itu sebelum dicampak tepat masuk ke dalam tong sampah berdekatan.

             Ya Dami tahu dia cool. Korang tak payah puji pun dia dah tahu.

             Hanya ada satu kemungkinan je yang bermain-main di otak aku. Tapi seeloknya, aku akan cuba siasat perkara ini sehingga ke lubang cacing kerawit dan adik beradiknya tujuh keturunan.

            "Dami, kau boleh tak..."

             "Tolong aku? Heh aku dah tahu apa kau nak cakap!" Dami mendabik dada, terpapar wajah bangga. Aku pasang muka terkejut, sejak bila kawan aku ada keupayaan mind reader? Sejak dia berlatih sampai dapat keupayaan setaraf alien planet Pluto ni?

             Dami letak tangannya di atas bahu aku lalu menepuk beberapa kali.

            "Sahabatku yang dikasihi dan disayangi sebanyak air di lautan Pasifik dan sebanyak gumpalan awan di langit, aku akan tolong kau siasat pasal budak baru tu. Inilah masanya aku tonjolkan bakat aku sebagai detektif!" Dami meletakkan jari telunjuknya di atas batang hidungnya, membuat gaya seperti seorang detektif yang menolak naik cermin mata yang melorot jatuh.

             Dami ni memang drama sikit eh tak, dia memang drama sangattttt

             Aku mengangguk-angguk, biar kerja-kerja selebihnya diuruskan oleh yang pakar yakni Kwon Dami the drama queen.

           Siapa perempuan tu sebenarnya?

-----

Aku ni memang tak patut betul. Aku tak patut mencomplicatedkan cerita niiiiii halah tak pasal-pasal makin bertambah-tambah chapter cerita ni grr grr

Korang okay je ke kalau cerita ni panjang ? 😂 Vote and comment anda sangat dihargai terima kasih muah muah nanti aku akan cuba pendek dan ringkaskan cerita ni bye bye!

               

             

• chewing gum • park jihoonWhere stories live. Discover now