× 2 ×

1K 173 69
                                    

    

Aku tahan kantuk aku

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Aku tahan kantuk aku. Mata aku dah macam ada orang letak gam gajah, susah betul nak buka.

      Ni kalau orang tengok ni mesti orang ingat aku tengah lalok, dah mata pun macam nak tak nak je buka. Hidup segan mati tak mahu.

      Jangan ada orang ingat aku makan ketum celup tepung sarapan tadi dahlah.

      Aku habiskan sisa-sisa air kopi yang aku sempat beli di café tadi. Sungguhpun, minuman berkafein ni tak dapat tahan rasa mengantuk aku yang menggila ni.

      Kang aku baring kat bangku ni nanti, ada juga orang kejut lepastu cakap, "Kesian awak ni, muda-muda lagi dah jadi pengemis." Wuish sedih tu.

       Sempat pula aku gelak seorang diri dengan lawak hambar yang aku buat ni.

      Aish sudahlah tak cantik, terencat akal pula mmm

      Kedengaran bunyi pengumuman ketibaan subway yang akan aku naiki untuk ke sekolah. Aish, baru nak terlelap kejap.

      Inilah hidup aku, selalu mengkhianati diri aku. Tak boleh nak tengok aku senang sikit!

      My life is suck, seriously!

      Aku bangun lalu hentak kaki aku sikit ke lantai, nak menghilangkan rasa mengantuk ni. Kang sia-sia je tunggu kat sini dari awal lagi tapi terlepas subway.

       Aku tak nak buat hal, dahlah hari ni baru first day sekolah.

      Aku baling cawan kopi tadi ke dalam tong sampah berdekatan bangku tersebut lalu menunggu di garisan menunggu.

      Sampai sahaja subway yang ditunggu-tunggu, aku cepat-cepat masuk. Sebabnya, nak sambung tidurlah apa lagi.

      Kalau lambat nanti tak dapat pula duduk.

      Sesungguhnya inilah salah satu persaingan hidup yang aku selalu hadapi bila naik subway. Dan selalunya aku kalah.

     Bukan sebab apa, hati aku ni terlampau baik, aku selalunya bagi orang yang lebih memerlukan untuk duduk gitu.

      Haa contohilah aku ya kawan-kawan. Yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan. 

       Yes, dapat duduk! Mata terus aku tutup, lantaklah orang sekeliling nak tengok aku tidur ke apa. Bukan tak biasa tidur merata.

      Akulah yang pakar dalam bab tidur merata ni. Kalau korang suruh aku tulis ensiklopedia, aku boleh tolong tuliskan. Asalkan korang beli. Boleh dapatkan di kedai buku POPULAR. 

       Tapi sebenarnya aku lebih kepada tidur-tidur ayam, yalah nanti terlepas pula stesen yang aku nak berhenti nanti. Tak ke naya gitu?

       Sehinggalah ada seseorang tersenggol lengan aku.

• chewing gum • park jihoonWhere stories live. Discover now