× 27 ×

451 116 44
                                    

      "Aku tahu kau mesti sedih lagi kan sekarang?" kata Dami sambil membetulkan cermin mata besar yang melorot jatuh dari atas pangkal hidungnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


      "Aku tahu kau mesti sedih lagi kan sekarang?" kata Dami sambil membetulkan cermin mata besar yang melorot jatuh dari atas pangkal hidungnya. Badannya disandarkan dengan selesa di rak loker besi tersebut. Tangannya disilangkan, matanya meliar-liar sekeliling melihat pelajar-pelajar lain membuat urusan masing-masing di loker.

        "Ya aku memang sedih dan lonely sekarang. BERAPA BANYAK KALI KAU NAK CAKAP WAHAI KWON DAMI?" Aku rolling eyes, dari semalam si Dami ni ulang benda yang sama, dah macam radio rosak pula.

        Aku memang sedih bila aku tahu yang aku memang takkan ada peluang nak dekat dengan Jihoon err maksud aku jadi yeochin dia faham kan?

         Dan aku memang akui, aku memang rasa sunyi apabila Jihoon dah tak teman aku pergi balik naik subway. Rindu nak gaduh dengan dia pagi-pagi. Rindu nak duduk sebelah dia kat dalam subway. Rindu nak lari sama-sama pergi subway bila balik sekolah sebab takut terlepas subway. Aku rindu semua tu.

        Aku patut hargai benda tu bila ada, sekarang bila dah takde baru aku rasa sedih. Tapi nak buat macam mana kan? Hadap jelah kehidupan selepas ni.

         "Eh, jap! Aku nak tanya kau ni." Dami pandang aku terkebil-kebil.

          "Sejak bila pula kau pakai spek ni? Semalam elok je mata tu terang-benderang macam masa depan kau." Dami tersengih-sengih.

           "Aku kan nak jadi penyiasat! So aku perlukan gaya baru, gaya Detective Conan! Amacam, aku nampak macam kembar dia tak?" kata Dami, siap posing lagi dengan cermin matanya, gaya model cermin mata lagaknya.

            Dengan gaya rambut pendek tak cecah bahu tu, muka Dami nampak macam kawan Conan, apa eh nama dia? Haibara kan nama dia? Aku tak ingat ni, dah lama tak layan Conan.

          Haa kalau tahu, comment eh, author nak tahu juga nama dia.

          "Ada power ke tak?"

         "Ada, power untuk teleport ke kelas fuhhh!" kata Dami lalu melompat setempat, alah macam gaya-gaya orang buat transition teleport kat dalam video tu. Masalahnya, apa kena dengan Dami ni? Terlebih minum jus kobis ke apa pagi tadi?

          Aku tepuk lengan Dami. Tak lawak okay, dahlah aku tengah sedih lagi ni.

          "Ish kau ni, boleh tak jangan buat lawak bego kat sini? Aku tanya pasal power spec kau tu eeeee," kata aku sambil memegang kedua-dua belah pipi Dami lalu memicitnya sehingga bibir Dami terjuih macam mulut ikan bloop bloop.

          "Heheheh ofcourselah takde. Kau ni, sakit mata aku nanti." Aku rolling eyes, ada-ada je kawan aku ni.

            Sekurang-kurangnya, terubatlah sikit rasa sedih kat hati aku ni dengan lawak Dami yang memang sangat tidak lawak dan hahahahhahambar.

-----

          "Eunji! Jom rehat!" Macam biasa, Dami singgah di meja aku dahulu. Aku angguk-angguk lalu menyimpan buku di dalam laci meja.

• chewing gum • park jihoonWhere stories live. Discover now