× 15 ×

527 118 26
                                    

         "Eunji jom! Aku dah lapar gila ni!" Dami menarik tangan aku dengan penuh tidak berhemah, nasib aku tak tersungkur melutut dan sebagainya di situ

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


         "Eunji jom! Aku dah lapar gila ni!" Dami menarik tangan aku dengan penuh tidak berhemah, nasib aku tak tersungkur melutut dan sebagainya di situ. Perempuan ni memang, kalau bab-bab makan laju je, kalau belajar mmm lagi banyak berangan dari membaca, lagi banyak bergurau daripada fokus.

           Nasib tahun ni aku tak duduk sebelah Dami walaupun sebelum ni aku dok menangis keluar air mata darah (okay nampak sangat menipunya) sebab tak nak berpisah dengan Dami.  Kalau tak, memang tak belajarlah aku hahahahah.

           Itulah orang kata, di sebalik sesuatu ada hikmahnya. Haa gituuuu

            "Eunji!" Aku menoleh ke arah Jihoon yang duduk berpeluk tubuh di kerusinya. Langsung tak berganjak selepas kelas Kimia tadi.

             "Jangan lupa air milo aku tau!" Aku mendecit, air milo lagi. Ingat aku ni makan semut banyak sangat ke sampai tak ingat?

              Maka aku dan Dami sama-sama mengatur langkah ke kafetaria yang dah macam memanggil-memanggil semua orang yang tengah kebuluran kat sekolah ni. Kamilah antaranya ya.

              "Eunji, aku rasa aku boleh nampak masa depan kau yang bersinar shing shing!" Tiba-tiba sahaja Dami membuka mulut. Kedua-dua tangannya dimasukkan ke dalam poket blazer.

              Kata-katanya itu mengundang wabak kepelikan dalam otak aku. Sejak bila pula bestie aku ni ada kemampuan melihat masa depan pula? Ada nenek kebayan datang dalam mimpi dia ke malam tadi lepastu perturunkan ilmu nujum kat kawan baik aku ni?

              Dami pandang muka aku dengan senyuman penuh makna. Kening diangkat berulang kali. Eh, dia ni cakap jelah, macamlah ada emas dalam mulut tu.

               "Jihoon jadi namchin kau!" bisik Dami di telinga aku. Automatik muka aku memerah. Dah kenapa pula muka aku merah semacam orang ada alahan pula ni?

              "Ish kau ni!" Aku tolak bahu Dami yang tengah gelak sakan tak ingat dunia. Adalah juga beberapa orang pandang-pandang kami tapi kalau dah namanya Dami, ada dia kisah?

               "Eh kawan kita malulah. Ke kau suka dia?"

                "Mana adalah!" Tipu. Err manada aku tipu. Err tak tahulah wei! Aku tak tahu apa perasaan aku sekarang dekat Jihoon. Lagipun kalau aku cakap aku suka dia sekalipun, dia suka aku ke?

                 Manalah tahu aku je yang perasan dalam cerita ni, beria-ia nak kat orang tapi hakikatnya...

                 "Eunji lipas!"

                  "ARGHH MANA?" Melompat-lompat aku kat situ. Perasaan geli menjalar di setiap badan aku sampai aku dapat rasa rambut aku macam tegak semacam, macam baru lepas kena renjatan elektrik. Mata aku laju mencari makhluk coklat yang mengerikan itu di atas lantai simen tapi takde pula.

                "Heheheh aku gughau je." Laju tangan aku mencekik leher Dami eeee dia ni sengaja betul! Aku baling masuk dalam kolam kat taman sekolah baru tahu! Biar dia kawan dengan ikan-ikan koi kat sana.

                "Hhahaha dahlah wei! Kalau tak sampai esok kita tak sampai lagi kat kafetaria," kata Dami dalam penuh kepayahan selepas kena cekik maut dari aku. Haa main-main lagi!

                Disebabkan aku tiba-tiba teringat permintaan si Jihoon mata sepet tu, aku paksa Dami mencepatkan gerak langkah ke kafetaria yang dah sendat padat dengan manusia kebuluran. Kesian pula member tu tunggu lama kat kelas.

                Aku pun pelik, jarang aku nampak Jihoon tu makan kat sekolah. Kalau tak air milo, selalunya dia makan roti yang dia dah memang bawa dari rumah.

               Mungkin tu rahsia dia jadi pandai kot tak tahulah wei. Nampaknya aku kena ikut jejak langkah dia untuk jadi pandai tahun ni dan pass exam akhir tahun.

             "Mak Cik nak air milo satu! Nak yang gambar abang hensem main bola sepak punya." Dami menepuk lengan aku. Aku macam biasa, angkat kening. Dia ni, orang tengah sibuk membeli itu ini, sempat pula nak pukul-pukul aku.

               Nak revenge pun agak-agaklah, dahlah ramai orang tengah bersempit kat kaunter ni

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

               Nak revenge pun agak-agaklah, dahlah ramai orang tengah bersempit kat kaunter ni.

              "Bukan main detail kau punya air milo. Bukan sama je ke?"

               "Eh biarlah!" Aku rolling eyes sebelum menghulur tangan ke arah makcik kafetaria yang dari tadi hulur air milo kotak idaman hati Jihoon tu.

                Selepas selesai segalanya urusan di kafetaria yang memang tak lengang kalau rehat, kami mengatur langkah pulang semula ke tandas bersama plastik berisi makanan yang sempat dirembat tadi.

                "Eh Eunji! Aku rasa nak pergi tandaslah pula. Kau tolong bawakan boleh tak? Thank you sahabatku dunia akhirat!" Dan puhhhh bayang-bayang Dami terus hilang dari pandangan aku. Sudahlah laju gila cakap, kalah rap Eminem.

                 Dah tak tahan sangat kot. Bersangka baik gaisss

                 Aku pun berjalanlah balik ke kelas sendirian tanpa sidekick aku aka Kwon Dami. Dan tiba-tiba sesuatu menarik perhatian aku dan membuatkan aku cepat-cepat menyorok di belakang dinding. Tipikal gaya orang nak mengintai.

                Di pandangan mata aku sekarang ni, kelihatan kelibat Jihoon dikelilingi beberapa orang pelajar lelaki. Tak silap aku, mereka tu memang jenis suka cari masalah kat sekolah ni, jenis muka masing-masing guru disiplin dah tak lalu nak tengok sebab muak.

                 Dah tu, apa yang diorang buat dengan Jihoon yang jenis tak berapa nak buka mulut tu?

                   Diorang nak buli Jihoon ke?

-----

Okay² author update okayyy nanti author update lagi kalau rajin. Tapi kan kenapa aku rasa chapter ni cam bosan je mmmm but idc 😂 vote and comment.

                

• chewing gum • park jihoonWhere stories live. Discover now