× 8 ×

669 130 125
                                    

       Aku gigit perlahan wafer berinti coklat itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

       Aku gigit perlahan wafer berinti coklat itu. Panas kot, kalau rasa nak singgah hospital sebab lidah melecur adalah sangat dipersilakan untuk makan cepat-cepat.

        Semasa aku masih struggle dengan wafer aku, aku dikejutkan dengan satu suara yang tak asing lagi.

        "Tak sempat sarapan kat rumah ke?"

          Eh dia ni, kalau dah nampak aku makan sekarang ni mestilah aku tak sempat nak sarapan HALAH HALAH DIA NI

            Aku cuma mengangguk perlahan, malas nak cari gaduh dengan Jihoon pagi-pagi macam ni. Hari yang indah macam ni sepatutnya dipenuhi dengan positive vibe sahaja.

              Jihoon ambil tempat di sebelah aku. Tangannya dimasukkan dalam poket sweater, hari ni agak sejuk memandangkan masih lagi dalam musim sejuk.

             "Nah." Jihoon pandang tangan aku lalu angkat kening.

               "Tiba-tiba je?" tanya dia apabila melihat sekotak air milo berwarna hijau dengan gambar lelaki handsome bermain bola keranjang dihulurkan kepadanya.

              "Saja bagi. Sebab tolong saya siapkan essay semalam." Terpaksalah aku terangkan memandangkan aku tengok dahi Jihoon tu dah berlipat tiga, dah macam atuk KFC pula aku tengok.

           Lagipun aku teringat haritu dia minta aku belikan air milo waktu rehat, maksudnya dia sukalah kan?

           Sekali-sekala belanja walaupun dia ni annoying haih

            "Wah terima kasih sangat-sangat!" Tiba-tiba sahaja si Jihoon ni buat aegyo kat sebelah aku ei DIA INGAT DIA COMEL KE?

            Tak pasal-pasal orang ingat aku ni kawan dengan seorang pesakit yang berjaya melepaskan diri daripada hospital bahagia tak ke naya aku. Dahlah aku perasan ada orang sekeliling dah pandang pelik kat aku.

          "Ish Jihoon! Nah!" Aku ambil tangan dia lalu hulur air milo tu. Adalah lebih baik untuk aku hentikan sesi aegyo dia sebelum berlarutan. Bahaya nanti!

            Jihoon hanya tergelak melihat wajah aku yang macam baru lepas kena kejar Harimau Malaya. Tangannya laju mengoyak plastik straw dan mencucuknya.

          Entah kenapa, aku suka tengok dia gelak macam tu sebab aku tak pernah tengok dia macam tu. Yalah, selama aku kenal dia (okay sebenarnya aku baru kenal dia semalam HAHAHAH) mukanya selalu serius. Orang pun takut nak tegur dia.

        Guess I'm the lucky one?

        "Kenapa kau pandang aku macam tu? Ada apa-apa ke kat muka aku?" tanyanya sambil menyedut air milo di tangannya.

          "Oh takde apa-apa!" Alamak kantoi pula aku pandang dia lama-lama. Pipi aku terasa bahang.

           Kenapa dengan aku ni?

• chewing gum • park jihoonWhere stories live. Discover now