2

633 31 1
                                    

JEFRI menyemak fail yang diberikan oleh Ashraf sebentar tadi. Dahinya berkerut bila membaca laporan mengenai projek di Sabah. Ada kesilapan kecil di situ. Jefri segera menghubungi pengurus projek yang bertanggungjawab menguruskan projek di Sabah. Jefri meminta pengurus projek itu segera datang ke pejabatnya.

Sebaik sahaja pengurus projek bernama Kamal itu datang, Jefri menghempas fail laporan projek dengan kuat di depan Kamal. Terkejut Kamal di buatnya. Mata Kamal membaca tulisan di fail itu. Kamal telan liur pahit. Fail itu adalah laporan mengenai projek yang diuruskannya sekitar dua bulan yang lalu. Terdapat kesilapan kecil ketika menguruskannya dan Kamal tidak memperbetulkannya kerana anggap ia tidak memberikan kesan buruk terhadap projek itu. Kamal juga menjangka Datuk Jefri tidak akan perasan akan kesilapan kecil itu tetapi akibat laporan yang ditulis olehnya, Datuk Jefri membaca dan perasan. Silap dia juga kerana menulis kesilapan kecil itu di dalam laporan. Sepatutnya dia tidak menulis dan membiarkannya saja.

"Kamu tahu sebab apa saya panggil kamu ke mari?" soal Jefri. Raut wajahnya serius memandang Kamal. Kamal tunduk ke bawah bila matanya bertentangan dengan mata helang Jefri itu.

"Tak tahu, Datuk." Ujar Kamal sedikit takut. Dia pandang Jefri yang serius itu. Dia sebenarnya tahu apa tujuan Jefri memanggilnya. Soal projek di Sabah yang mempunyai kesilapan yang boleh dikatakan akan menjejaskan syarikat. Kamal sepatutnya memperbetulkan tetapi kerana sikapnya yang malas, dia membiarkan dan akhirnya memakan dirinya sendiri. Pasti Jefri akan memecatnya.

"Kamu nampak fail ni?" Jefri menolak fail itu ke arah Kamal. Kamal ketap bibir. Hatinya sudah berdebar-debar menanti ayat yang akan dikeluarkan oleh Jefri.

"Nampak." Jawab Kamal sepatah.

Jefri mengertak meja. Kamal terperanjat.

"Kamu fikir saya ni bodoh, Kamal?" Jefri tenung anak mata Kamal. Kamal terus tunduk bawah. Mata helang Jefri itu sangat menakutkan Kamal.

Kamal diam.

"Kamal!" Jefri menjerkah. Terhincut bahu Kamal dengan jerkahan itu. "Pandang saya bila saya sedang bercakap dengan kamu!"

Kamal pandang Jefri dengan takut-takut.

"Saya minta maaf, Datuk. Saya tak sengaja." Ujar Kamal mengaku salah.

"Tak sengaja kamu kata? Disebabkan sikap tak sengaja kamu, saya terpaksa menanggung kerugian berjuta ringgit!" ujar Jefri sakit hati dengan sikap Kamal ini. Dia sudah memberikan kepercayaan sepenuhnya kepada Kamal tetapi Kamal tidak menggunakannya dengan baik.

"Saya akan bertanggungjawab, Datuk."

"Memang itu yang saya nak. Bertanggungjawab di atas kesalahan yang telah kamu lakukan. Tapi kamu nak tahu apa saya dah lalui disebabkan kesalahan kamu ni?"

"Apa dia, Datuk?" tanya Kamal gugup.

"Saya sangka projek ni betul-betul siap tanpa sebarang kesalahan. Maka saya dengan angkuhnya cakap projek ni akan membawa keuntungan berjuta ringgit dalam satu bulan. Tapi pelabur yang melabur dalam projek cakap projek ni tak lengkap sebab ada kesilapan. Saya beria-ia cakap yang kamu buat projek ini cukup lengkap. Malah saya memuji kamu di depan pelabur. Pelabur tetap tak percaya dan menyuruh saya menyiasatnya semula. Bila saya lihat laporan yang kamu tulis, kamu sudah membuatkan saya malu di depan pelabur dan menyebabkan saya terpaksa membayar kos kerugian berjuta ringgit! Kamu memang tak guna Kamal!" ujar Jefri sehingga suaranya dapat didengari oleh staf di luar ofisnya.

"Saya mengaku bersalah, Datuk. Saya akan memperbetulkannya semula." Ujar Kamal. Nak berikan alasan apa lagi kalau kesalahannya sudah jelas. Lebih baik mengaku salah dan bertanggungjawab di atas apa yang telah dilakukannya. Kamal ketap gigi. Habislah riwayatnya di syarikat ini nanti.

TUAN JEFRI 2 - YUHAIRAWhere stories live. Discover now