8

372 20 2
                                    

DEKAT 15 tahun Tengku Mona berkelana di tempat orang. Akhirnya dia pulang ke Malaysia bersama satu-satunya anak perempuannya, Tengku Lily atas pujukan Tengku Jaafar yang merindui satu-satunya adik perempuan yang dia ada itu. Tengku Mona dan Tengku Lily tinggal sekejap di rumah agam Tengku Jaafar sementara menunggu rumah baru mereka yang dibelikan oleh Tengku Jaafar itu siap sepenuhnya.

"Untung Mona dapat kakak ipar yang pandai masak macam Kak Naurah ni. Dapatlah Mona merasai masakan Melayu yang Mona teringin nak makan." Ujar Tengku Mona. Ketika ini dia sedang berada di dapur bersama Puan Naurah. Dia meminta Puan Naurah memasak makanan kegemarannya. 15 tahun tinggal di luar negara menyebabkan Tengku Mona tidak merasai masakan Malaysia.

Puan Naurah senyum. "Akak bersyukur Mona balik juga akhirnya. Setiap hari abang Mona berharap adiknya pulang. Kasihan akak tengok abang Mona. Tetapi akhirnya Mona pulang juga." Ujar Puan Naurah. Lega hatinya bila adik iparnya sudah balik. Selama ini mereka berdua berhubung melalui panggilan video. Mereka tidak pernah bersua muka. Semasa Tengku Jaafar dan Puan Naurah berkahwin, Tengku Mona tidak tahu menahu akan perkahwin baru abangnya itu. Dua tahun selepas itu, baru Tengku Mona tahu. Itu pun kerana Tengku Jaafar bergambar dengan Puan Naurah dalam satu majalah keluaran luar negara yang memaparkan tentang Tengku Jaafar.

"Mona bukan tak nak balik, kak. Mona tidak mahu luka lama berdarah semula." Berubah wajah Tengku Mona bila teringatkan kejadian lama. Itu salah satu sebab kenapa dia tidak mahu balik.

"Akak minta maaf, Mona."

"Tak apa, kak. Akak tak salah pun. Mona faham abang long merindui Mona."

"Jadi, apa perancangan Mona selepas ni?"

"Mona akan masuk kerja di TJ Holding bagi membantu Lukman handle syarikat. Selepas itu, Mona berhajat nak buka sebuah kafe untuk Lily."

"Sebut fasal Lily, belum ada calon ke?"

Tengku Mona ketawa. "Calon? Kekasih pun tak ada apatah lagi calon, kak. Anak Mona tu memilih orangnya. Umur pun dah nak masuk 27 tahun. Usia dia tu sudah dikira tua kalau zaman kita dulu kak. Bila Mona sebut fasal nikah, dia marahkan Mona pula. Baik Mona tak sebut fasal nikah ni. Biar dia membujang selama mana dia nak. Kalau hatinya terbuka nak bernikah, Mona terima aje sesiapa yang dia pilih tu."

"Anak dara zaman sekarang ni, suka kahwin lambat. Tak macam zaman kita dulu."

"Betul tu kak. Arwah ibu dulu sibuk nak Mona kahwin awal sedangkan masa tu Mona baru lepas SPM. Mona sampai lari dari rumah seminggu tau tak nak berkahwin. Sudahlah arwah ibu pilih orang yang Mona tak kenal. Lagilah Mona tak nak."

Kedua-dua mereka ketawa.

"Tetapi restu ibu bapa itu penting juga, Mona. Baru berkat perkahwinan kita." Puan Naurah sangat menitik-beratkan soal restu ini kerana dahulu dia berkahwin tanpa restu arwah emaknya. Hidup bertahun-tahun dengan arwah Alan membuatkan Puan Naurah tidak bahagia. Puas dia mencari puncanya, barulah dia tahu sebabnya. Seorang ibu juga tidak boleh menghalang anaknya mencari kebahagiaan sendiri. Perihal anak-anaknya, Puan Naurah mengharapkan anak-anaknya tidak melakukan sesuatu diluar tindakan mereka.

"Iya, kak. Mona berkahwin dengan papa Lily tu tak mudah, kak. Keluarga kami sebenarnya bermusuhan dalam dunia bisnes. Kami nak berkahwin terpaksa tunggu banyak tahun sebab kami nak restu daripada kedua-dua belah pihak. Tapi alhamdulillah, kedua-dua keluarga kami berikan restu dan kami dapat Lily dari hasil perkahwinan kami. Cuma itulah, umur papa Lily tak panjang." Pemergian Tengku Zainal dalam keadaan yang menyayatkan hati. Tengku Lily menjadi saksi kepada kematian papanya. Anak itu menjadi trauma tak sudah sehingga hampir menjadi gila kerana menyaksikan pembunuh itu membunuh papanya. Banyak tempat Tengku Mona bawa Tengku Lily untuk berubat, semuanya tidak menjadi. Sudahnya, trauma itu pulih dengan sendiri tetapi Tengku Lily menjadi trauma apabila melihat atau pegang pisau.

TUAN JEFRI 2 - YUHAIRAHikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin