37

191 12 0
                                    

OSMAN dijatuhkan hukuman penjara selama 20 tahun di atas kesalahan membunuh Sharifah Zanariah. Pendakwa raya mahu Osman turut dihukum gantung tetapi hakim telah menetapkan hukuman penjara untuk Osman. Berita tersebut mendapat liputan meluas sehingga ke luar negara. Sharifah Zanariah merupakan usahawanita yang berjaya dan dikenali ramai. Berita ini menjadi tajuk utama di setiap muka depan akhbar.

Sekali lagi Ruhaila mempunyai suami seorang pembunuh selepas Salleh. Baginya, dia tidak merasa malu atau rasa hina kerana Osman seorang pembunuh dan juga seorang banduan. Dia lebih dikasihi oleh masyarakat kerana menjadi mangsa suaminya. Syed Abdullah telah menyiarkan berita palsu mengenai Ruhaila selalu didera emosi oleh Osman bagi meraih simpati masyarakat. Dia tidak mahu masyarakat memandang hina terhadap Ruhaila, isteri Osman yang telah didakwa membunuh ibu kandung sendiri.

Ruhaila meminta cerai pada Osman melalui peguam yang dilantiknya. Mahu tak mahu, Osman terpaksa menceraikan Ruhaila juga. Cukup tempoh iddah, Ruhaila dilamar oleh Syed Abdullah untuk dijadikan isteri. Kini Ruhaila dan Syed Abdullah sedang menyiapkan persiapan perkahwinan mereka. Berita perkahwinan mereka tersebar meluas kepada kenalan mereka berdua dan juga akhbar yang berkaitan. Tiada siapa yang tahu Ruhaila terpaksa menikahi perogolnya demi memastikan Haziq menjadi anaknya. Ruhaila hanya ada Haziq seorang sahaja. Hanya Haziq yang mampu menjaganya bila dia sudah tua nanti. Haziq menjadi sandaran bagi Syed Abdullah dan Ruhaila. Bagi mereka, Haziq adalah permata emas mereka.

Di Bakti Holding, Ruhaila kini menjadi pengerusi dengan majoriti sahamnya yang lebih tinggi berbanding ahli lembaga pengarah yang lain. Ruhaila memperolehi saham itu daripada Osman dan juga Syed Abdullah. Berkat bantuan daripada Syed Abdullah, Ruhaila berjaya menguasai Bakti Holding. Haziq dilantik sebagai pemangku CEO. Ruhaila sebenarnya mahu Haziq menjadi CEO tetapi Syed Huzair berkeras mahu mengekalkan kedudukannya di Bakti Holding dan Syed Abdullah tidak boleh berbuat apa. Terpaksalah Haziq menjadi pemangku CEO. Perlantikan Ruhaila dan Haziq sememangnya tidak disetujui oleh ahli lembaga pengarah. Malah staf Bakti Holding juga tidak setuju. Tapi apakan daya, kuasa di tangan Syed Abdullah yang berhak menentukan siapa yang layak.

Ghazali datang menemui Ruhaila setelah berbulan-bulan tidak berjumpa. Ruhaila nampaknya begitu sibuk melaksanakan rancangannya dengan Syed Abdullah sampai melupakan Ghazali.

"Ada apa you datang sini, Ghaz?" tanya Ruhaila tidak mesra. Semenjak Ruhaila bekerjasama dengan Syed Abdullah, Ruhaila sudah melupakan Ghazali. Ruhaila juga lupa yang Ghazali yang banyak membantu Ruhaila sampai ke tahap ini.

"Tak boleh ke I datang berjumpa dengan sahabat I?"

"Sebab apa?"

Ghazali senyum sinis. Keluar sudah sikap sombong Ruhaila. "I nak ucapkan tahniah kepada you kerana berjaya memperolehi syarikat ini. I dengar, semua harta pusaka milik Osman telah berpindah milik kepada you. You dah jadi orang kaya baru."

Ruhaila senyum sinis juga. "Apa yang I dapat, ia akan menjadi hak milik Haziq. I bercadang nak menukar nama I kepada Haziq sebaik sahaja I berkahwin dengan Syed Abdullah."

"You nak berikan sesuatu yang bukan hak you kepada Haziq, Ila? You sedar tak... you dah merampas hak orang. You tak boleh serahkan semua tu kepada Haziq. Haziq tak boleh terimanya." Marah Ghazali. Dia tidak mahu Haziq hidup bersenang-lenang di atas kekayaan yang bukan hak miliknya.

"Harta Osman adalah harta I. I bekas isterinya dan I berhak ke atas harta bekas suami I. Lagipun, Osman dah memindah hak miliknya kepada I sebaik sahaja dia masuk penjara."

"You paksa dia buat semua tu. You ugut dia. Kalau dia tidak serahkan hartanya kepada you, you akan tukar hukuman penjara kepada hukuman hukum gantung."

"Macam mana you tahu semua ni?"

TUAN JEFRI 2 - YUHAIRAWhere stories live. Discover now