15

301 17 0
                                    

"KAU bawa Yuhaira sekali tau." Ujar Ashraf. Malam ini dia mengadakan majlis hari lahir anak sulungnya. Sudah tentulah Jefri orang pertama dia jemput tetapi dia mahu Jefri membawa Yuhaira sekali. Tak akanlah Jefri seorang aje yang datang tanpa pasangan. Ada baiknya Jefri membawa Yuhaira. Barulah anak-anak dara melopong tengok jejaka terpanas JCH Holding sudah berpunya walaupun di antara Jefri dengan Yuhaira itu tiada apa-apa hubungan. Ashraf sudah berpakat dengan Puan Naurah mahu Jefri berjodohan dengan Yuhaira. Dia dengan Puan Naurah memang berkenan sangat kalau Jefri berkahwin dengan Yuhaira.

Jefri memikirkan sesuatu.

"Tak payah fikir-fikir, bawa ajelah dia." Ashraf sudah agak apa yang difikirkan oleh Jefri.

Jefri menghela nafas panjang. "Aku bukan tak nak bawa dia tapi..." Jefri berjeda seketika.

"Tapi kenapa?" tanya Ashraf.

Jefri menyandar di kerusi. Jari telunjuknya mengetuk meja. Sekali lagi Jefri menghela nafas panjang.

"Kau ni dah kenapa? Cakap ajelah." Marah Ashraf.

"Susah sebenarnya nak ajak Yuhaira." Ujar Jefri.

"Susah sangat ke?"

Jefri pandang Ashraf. "Ya. Susah sangat. Tak boleh ajak dia macam tu aje."

"Lah, habis tu kau ajak dia pergi dinner dengan Tuan Osman tu, boleh pula dia ikut?"

"Itu sebab aku menawarkan duit seribu ringgit kat dia. Kalau tak, dia tak akan ikut aku."

"Eh, eh. Mata duitan rupanya."

"Yuhaira ni dia lain sikit. Dia tak macam gadis yang sebaya dia. Dia susah nak diajak keluar. Ajak pergi jumpa ibu pun, dia dah membebel bagi alasan macam-macam tapi sebenarnya dia malu dan tak terbiasa jumpa orang luar. Aku paksa dia, dia tetap tak nak ikut juga. Bila pancing dengan duit, terus dia ikut tetapi bukan sebab duit. Sebab dia terpaksa. Aku nampak muka dia tak happy bila ikut aku."

"Dia boleh aje tolak ajakan kau. Dia tak perlu ikut kau kalau bukan kerana duit."

"Itulah. Tapi mungkin betul kut. Kerana duit, dia ikut aku."

Ashraf ketawa. "Cuba kau ajak dia tanpa bagi duit dekat dia macam mana. Kalau dia tolak, itu memang sah dia mata duitan. Tapi kalau dia tak tolak, itu namanya dia ikhlas ikut kau."

*

JEFRI datang ke rumah Yuhaira petang itu untuk mengambil Haider. Macam biasa, sebelum dia balik dia duduk berbual-bual di meja batu depan rumah. Nek Mah pula sedang melayan pelanggan yang datang membeli. Haider tengah bermain-main dengan patung robotnya itu.

Jefri tenung wajah Yuhaira. Lama dia tenung anak dara itu sehinggakan Yuhaira rasa rimas.

"Datuk ni kenapa tenung saya macam tu?" tanya Yuhaira, geram.

Terkejut Jefri. Tak perasan pula dia tenung Yuhaira macam itu. Entah kenapa dia jadi macam itu pula. Angau terlebih ke? Jefri beristighfar panjang.

"Malam ni kau sibuk tak?" tanya Jefri. Teragak-agak nak mengajak.

"Tak sibuk tapi nak tidur awal." Ujar Yuhaira.

Jefri ketap bibir. Nak ajak ke tidak ni?

"Boleh tak..." Jefri berjeda seketika. Tak pasti nak ajak ke tidak. Kalau ajak, mesti Yuhaira tolak kalau tak bagi duit.

"Boleh tak apanya?" tanya Yuhaira

"Aku sebenarnya nak ajak kau pergi dinner."

"Sekali lagi?" soal Yuhaira. Entah berapa dinner yang Jefri nak pergi dengannya.

TUAN JEFRI 2 - YUHAIRAWhere stories live. Discover now