29

242 15 1
                                    

KALI pertama Yuhaira datang ke rumah Jefri, dia terpegun dan tak terkata. Betapa luasnya rumah Jefri ini dengan dihiasi perabot yang mahal. Terdapat 7 buah bilik termasuk bilik tetamu dan bilik kerja Jefri. Di tengah ruang pula, ada perpustakaan mini yang meletakkan pelbagai jenis buku dan bahan ilmiah. Ruang solat berada di sebelah perpustakaan mini. Ruang solat yang selesa dengan adanya tempat mengambil wuduk. Di luar, ada sebuah kolam yang cukup luas. Ada juga taman mini dengan bunga yang segar dan mekar. Halaman rumah juga sangat luas boleh diletakkan beberapa buah kereta. Ada pula tempat letak kereta yang ada pintu pagar elektronik. Malah pintu pagar rumah juga sangat moden dilengkapi dengan sistem keselamatan tinggi. Ada CCTV di sekeliling tempat yang merakam. Yuhaira masuk ke ruang dapur pula. Di dapur, ada pelbagai jenis barang elektronik yang memudahkan kerja memasak. Dia masuk pula ke ruang tempat membasuh pakaian. Geleng kepala melihat jenis-jenis mesin basuh yang ada. Dah macam dobi pula. Tempat menyidai kain pula tertutup tetapi di atas ditutupi dengan zink cerah bagi membolehkan cahaya matahari masuk.

"Ada lagi cik puan nak jelajah?" tegur Jefri dari belakang. Terkejut Yuhaira.

"Luas dan besar rumah abang."

Jefri senyum. "Aira tak tengok lagi bilik kita berdua."

"Bilik kita berdua? Bukan ke kita tidur asing-asing?"

"Eish. Siapa cakap kena tidur asing-asing ni?"

Yuhaira ketawa kecil. Tangannya ditarik oleh Jefri. Mereka naik ke atas melihat ruang bilik.

"Ini bilik ke rumah, bang?" Yuhaira terkejut lagi. Besar betul biliknya. Siap ada peti ais dan TV lagi. Mujur tak ada mesin basuh dan dapur gas.

"Biliklah."

"Kenapa ada peti ais? Abang nak buat bilik ni macam dapur ke?"

"Haider selalu suruh abang turun bawa ambil makan minumnya setiap kali dia masuk sini. Abang malas nak turun naik, abang letaklah peti ais kat bilik ni. Tapi okeylah, kan? Peti ais duduk kat hujung sana. Bilik pula selalu kemas. Jadi, bilik tak macam dapurlah."

"Abang seorang aje ke yang kemas rumah ni?"

"Selalunya abang yang kemas. Itu pun buat kemas separuh. Kalau nak kemas seluruh rumah, abang upah orang. Abang tak dapat cari pembantu rumah yang bersesuaian sebab Haider susah nak selesa dengan orang yang dia tak kenal."

Jefri duduk di atas katil. Yuhaira pergi ke beranda. Matanya terpaling ke arah meja kopi dekat beranda. Ada bingkai gambar. Yuhaira ambil bingkai gambar itu.

"Ini Hanna?" Yuhaira perhatikan raut wajah arwah Hanna.

Jefri bangun mendekati Yuhaira. "Ya. Inilah Hanna, ibu Haider. Ini mesti Haider yang letak kat sini." Jefri ambil bingkai gambar itu dan letak di dalam.

"Cantik orangnya. Patutlah abang masih setia dengan arwah." Yuhaira pandang Jefri.

Wajah Jefri berubah sayu. "Cinta pertama abang."

Hati Yuhaira tiba-tiba rasa cemburu. Cinta pertama Jefri sudah tentulah arwah Hanna. Jangan cemburu, Yuhaira. Jefri berhak mencintai isteri pertamanya.

"Tapi cinta terakhir abang adalah Aira. Arwah Hanna tetap dalam hati abang seperti Aira. Abang minta Aira jangan paksa abang buang arwah dari hati abang. Susah untuk membuangnya."

"Aira tak akan paksa abang buang arwah dari hati abang. Cinta abang padanya masih ada dan abang kena jaganya sehingga akhir hayat abang."

Jefri senyum lalu mencium dahi Yuhaira.

"Abang lapar. Tolong masakkan sesuatu untuk abang, boleh?" pinta Jefri.

"Boleh aje."

Mereka berdua turun ke bawah. Yuhaira memasak untuk Jefri dan Haider. Mereka bertiga menikmati juadah bersama sebagai sebuah keluarga untuk kali pertamanya.

TUAN JEFRI 2 - YUHAIRAWhere stories live. Discover now