44

283 18 0
                                    

"DATUK?" Amir menegur Jefri di hospital.

Jefri pandang Amir dengan wajah sedih.

"Datuk okey ke? Siapa yang sakit?" tanya Amir.

"Yuhaira. Dia ada kat dalam." Ujar Jefri.

Amir melihat bilik di depannya. Itu adalah wad kecemasan.

"Kenapa dengan Yuhaira?" tanya Amir cemas.

"Masa kami kat majlis tadi, Yuhaira tiba-tiba pengsan. Ada darah yang mengalir keluar. Yuhaira sekarang tengah pregnant. Aku takut terjadi apa-apa dekat Yuhaira dan anak kami." Ujar Jefri terketar-ketar. Dia tidak boleh berfikir dengan waras ketika ini. Yuhaira masih berada di dalam dan masih belum tahu apa puncanya.

"Insya-Allah, Yuhaira dan anak Datuk tak ada apa-apa." Dah lama tak berjumpa dengan Yuhaira. Mereka berdua berhubungan melalui panggilan sahaja.

"Kau buat apa kat sini?" tanya Jefri.

"Mak masuk wad sebab tekanan darah tinggi."

Jefri tak menjawab. Dia duduk di bangku sambil menunggu doktor keluar dari wad kecemasan. Telefon Jefri berdering. Tertera nama Dato' Iqbal di skrin. Jefri segera angkat.

"Jef, aku dah tangkap orang yang buat isteri kau." Ujar Dato' Iqbal. Dia melihat kejadian yang menimpa Yuhaira bukan kejadian biasa bagi orang mengandung. Jadi, dia menyiasat dengan teliti dan menjumpai pelakunya.

"Siapa orangnya?"

"Dia adalah pelayan dari ketering yang aku upah. Katanya, ada seorang perempuan memberikan air kepadanya." Tak sempat Dato' Iqbal menghabiskan ayatnya, keluar doktor dari wad kecemasan.

"Aku call kau lepas ni. Doktor dah keluar ni."

Panggilan di matikan.

Jefri bingkas bangun dan mendapatkan doktor.

"Isteri encik ada makan ubat keguguran?" tanya doktor.

"Tak ada, doktor. Kenapa? Isteri saya keguguran ke?" soal Jefri cemas.

"Alhamdulillah, kandungan isteri encik berjaya diselamatkan. Nasib baik encik sempat bawanya ke hospital. Kalau terlewat sedikit, mungkin encik dan isteri kehilangan anak encik."

Jefri mengucap rasa syukur. Doktor meminta diri pergi.

"Aku rasa, pelayan tu ada letak sesuatu dalam minuman Yuhaira." Ujar Jefri.

"Kenapa dia buat macam tu pula? Dia ada berdendam dengan Yuhaira?"

"Mungkin atau ada orang yang mengupahnya."

Jefri menghubungi Dato' Iqbal semula. "Doktor tanya aku sama ada Yuahaira ada makan ubat keguguran atau tidak. Sudah tentulah tidak. Aku rasa pelayan tu memasukkan ubat tu ke dalam minuman Yuhaira. Kau tahan pelayan tu, Iq! Aku nak soal siasat dia."

"Baik, Jef. Kau datang sini segera."

Panggilan di matikan.

"Amir, kau jaga Yuhaira sekejap. Kalau dia sedar, beritahu aku berada di rumah Iqbal. Aku nak soal siasat orang yang menyebabkan dia masuk hospital."

"Baik, Datuk."

Jefri segera pergi.

Sampai di rumah Dato' Iqbal, Jefri meluru masuk ke dalam rumah agam itu. Jam menunjukkan angka 1 pagi. Jefri tak peduli pada masa. Janji dia dapat berhadapan dengan pelayan itu. Dato' Iqbal pula memang setia kawan. Dia sanggup berjaga menahan pelayan yang dia tangkap itu.

"Siapa yang upah kau?" soal Jefri keras. Pelayan itu diikat di kerusi. Mukanya sudah lemban gara-gara ditumbuk oleh Dato' Iqbal.

"Ada perempuan bagi air dekat saya. Dia suruh saya berikan gelas tu dekat isteri Datuk. Sumpah, Datuk! Saya tak tahu kandungan air tu apa. Saya cuma ikut saja." Nafasnya tercunggap-cunggap.

TUAN JEFRI 2 - YUHAIRADonde viven las historias. Descúbrelo ahora