26

210 15 3
                                    

SEBAIK sahaja sampai di rumah, Tengku Jaafar menelefon Jefri bertanyakan keadaan Jefri yang mengalami kemalangan itu.

"This is not ordinary accident, pa. Dia dah plan dari awal lagi untuk memastikan saya terlibat dalam kemalangan ni. Saya bernasib baik tidak mengalami kecederaan yang serius tapi perbuatannya tidak boleh dimaafkan! Dia dan saya masih ada perhitungan yang masih belum selesai!" ujar Jefri. Dia menceritakan segala-galanya perihal Tengku Adurah kepada Tengku Jaafar.

Tengku Jaafar merengus seraya terbentuknya amarah yang sudah meletus itu.

"Papa boleh usahakan dengan menghubungi kawan papa di Thailand. Papa yakin dia boleh tolong kita tangkap Adurah."

"Sia-sia saja kita buat macam tu. Pihak polis Malaysia tidak boleh buat apa-apa. Adurah ada pengaruh besar kat sana yang boleh mempengaruhi pihak polis di sini. Kita juga tidak boleh menjejaskan reputasi Razlan sebab kalau kita buat begitu, pihak polis akan menyasarkan Razlan. Akibat dari itu, Razlan mungkin dikenakan tindakan atau dibuang dari pekerjaannya."

"Habis tu, apa yang perlu kita buat supaya Adurah dapat ditangkap?"

"Kita kena berjaga-jaga. Adurah ada pasang spy memerhati kita. Mungkin spy itu adalah orang dalam kalangan kita."

"Tunggu mati baru Adurah dapat ditangkap?"

"Pa, please faham dengan situasi sekarang ni. Kita pasti dapat menangkap Adurah tetapi buat masa sekarang ni, kita kena berjaga-jaga. Walaupun kena berjaga-jaga, tak bermakna kita membiarkan Adurah mengancam kita. Tak. Kita boleh kumpul bukti yang kukuh dan bukti tu boleh kita serahkan kepada pihak polis Thailand."

Tengku Jaafar melepaskan keluhan. "Papa risaukan ibu kamu, Jefri. Dia belum tahu fasal ni. Papa tak boleh bayangkan kalau dia tahu fasal Adurah. Pasti dia berasa sedih. Dia dah anggap Adurah macam anak kandungnya sendiri."

Hubungan Puan Naurah dengan Tengku Adurah sangat akrab. Tiada siapa yang percaya kalau diberitahu tentang hubungan mak tiri dengan anak tiri itu. Sampai sekarang ini, Puan Naurah belum tahu fasal kejahatan Tengku Adurah sehingga mengorbankan arwah Hanna dahulu.

Masih jelas dalam ingatan Tengku Jaafar ketika dia menghalau Tengku Adurah dari rumah semasa Tengku Adurah cuba perangkap Jefri dahulu. Puan Naurah siang malam mencari keberadaan Tengku Adurah kerana risau akan anak perempuannya yang tiada tempat berteduh itu. Sudah tiga tahun lebih, Puan Naurah masih berharap kepulangan Tengku Adurah ke pangkuannya dan bersedia memaafkan anak perempuannya itu. Tengku Jaafar tidak mahu Puan Naurah memaafkan Tengku Adurah kerana Tengku Adurah sudah mula mahu membunuh mereka semua.

"Rahsiakannya dari ibu selagi boleh. Saya tak nak hati ibu terluka kerana Tengku Adurah."

Panggilan dimatikan setelah 15 minit bercakap. Ashraf sudah pulang. Tinggal Jefri berseorangan dengan Haider. Dia tiada pembantu rumah untuk membantunya. Dengan keadaannya kaki berbalut dan sukar bergerak sana-sini, terpaksa Jefri mengagahkan diri menggunakan tongkat.

"Kalau aku suruh Yuhaira datang sini macam tak sesuai pula." Ujarnya pada diri sendiri. Dia teringin Yuhaira melayan dia yang tengah sakit sekarang ini.

Baru nak hubungi Yuhaira supaya memasak makanan kegemarannya, Tuan Ahmad menghubunginya. Dia angkat panggilan itu.

"Uncle dengar kamu kemalangan. Macam mana dengan keadaan kamu sekarang ni?" tanya Tuan Ahmad.

Jefri mengerutkan dahi. Rasa hairan.

"Dari mana uncle tahu saya kemalangan?" tanya Jefri.

"Errr, kawan uncle kebetulan ada di tempat kejadian tu. Dia kenal dengan kamu dan beritahu uncle pagi tadi." Ujar Tuan Ahmad, sedikit cuak.

TUAN JEFRI 2 - YUHAIRAWhere stories live. Discover now