28

207 12 0
                                    

MAJLIS perkahwinan Jefri dan Yuhaira berlangsung secara rahsia di pejabat agama. Ashraf dan Lina hadir sebagai tetamu khas pasangan suami isteri itu bersama saksi dan kadi yang menikahkan Jefri dan Yuhaira. Sedaya upaya Jefri memastikan agar tiada sesiapa yang tahu tentang perkahwinan ini. Malah pakaian Jefri dan Yuhaira juga tidak mengambarkan mereka mahu berkahwin. Jefri memakai pakaian pejabatnya. Manakala Yuhaira memakai baju kurung biasa. Mereka beranggapan akan ada yang ternampak mereka berdua di pejabat agama jika berpakaian macam pengantin.

Selesai akad nikah, Jefri tidak membawa Yuhaira pulang ke rumah agamnya. Belum tiba masanya untuk membawa Yuhaira pulang ke situ. Buat sementara waktu sebelum Jefri membeli rumah baru untuk dia dan Yuhaira, Yuhaira tinggal di rumah yang satu lagi iaitu rumah yang bersebelahan dengan rumah Ashraf. Jefri pergi ke rumah Tengku Jaafar untuk membincangkan masalah Tengku Mona dan Tengku Lily itu. Sepatutnya Jefri dan Yuhaira melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai suami isteri tetapi tidak boleh. Yalah. Berkahwin secara rahsia, perlu bersabar.

Kebetulan Tengku Lily dan Tengku Mona turut ada di rumah agam Tengku Jaafar. Ini kerana pembantu rumah Tengku Jaafar mendengar perbualan Tengku Jaafar dengan Jefri yang menyuruh Jefri datang ke sini lalu dia menghubungi dua anak-beranak itu. Terus dua anak-beranak itu datang ke sini. Maka bermulalah pergaduhan mereka sekeluarga.

Tengku Mona dan Tengku Lily berhadapan dengan Jefri. Jefri melepaskan keluhan berat. Bermulalah adegan tangisan dan kata-kata yang menyakitkan hati mengenai untuk memastikan Jefri memutuskan hubungan dengan Yuhaira.

"Tak perlu risau. Saya dah putuskan hubungan saya dengan Yuhaira." Jefri pandang Tengku Lily dengan reaksi tiada perasaan. Dia sudah berbincang dengan Yuhaira yang dia akan berbohong pada Tengku Lily dan Tengku Mona. Jefri akan beritahu dua anak-beranak itu yang Jefri sudah putus hubungan dengan Yuhaira bagi mengurangkan dendam kesumat dua anak-beranak itu.

"Betul ke ni, Jefri? Kamu jangan menipu kami." Tanya Tengku Mona tak percaya.

"Ya. Betul. Saya dan Yuhaira sudah putus."

Puan Naurah yang duduk di sebelah Tengku Jaafar seakan-akan tidak percaya. Melihat pada wajah Jefri itu, ternyata betul. Wajah Jefri macam itu adalah wajah serius Jefri. Puan Naurah tidak puas hati dengan Jefri. Sanggup Jefri memutuskan hubungannya dengan Yuhaira demi Tengku Mona dan Tengku Lily?

"Tapi kenapa kena putus, Jef? Kamu tak sayangkan Yuhaira lagi?" tanya Puan Naurah.

Jefri pandang Puan Naurah. "Kalau saya kekalkan hubungan saya dengan Yuhaira, itu akan membuatkan keluarga kita berpecah-belah. Ibu tahukan Yuhaira tu anak siapa? Ibu nak adik ipar dan anak saudara ibu bermusuhan dengan Yuhaira sampai akhir hayat? Ia tak akan selesai, ibu. Saya tak nak ada masalah lagi. Sudah cukup dengan masalah saya kat pejabat, jangan tambahkan lagi masalah ini pula. Saya sayangkan keluarga ni. Lagipun, hubungan saya dengan Yuhaira tak akan berkekalan. Kami berdua tak ada keserasian lagi. Perasaan suka dan cinta padanya sudah pudar."

Puan Naurah pamer wajah tidak percaya. "Mustahil kamu dah tak ada keserasian dengan Yuhaira. Kamu berdua nampak sesuai dan secocok. Ibu berharap sangat kamu dapat berkahwin dengan Yuhaira."

Jefri geleng kepala. "Maaf, ibu. Saya dan Yuhaira tak boleh bersama juga. Saya harap ibu faham dan terima keputusan saya. Apa saya buat, semuanya demi keluarga kita. Yuhaira tak boleh jadi keluarga kita. Ayah dia dah bunuh ayah Lily. Cuba ibu bayangkan apa akan terjadi kalau Yuhaira jadi menantu ibu? Yuhaira dan Lily serta mak su tetap akan bermusuhan sampai bila-bila. Lebih baik kita elakkan dari bertambah teruk masalahnya."

Dua sebab kenapa Jefri putuskan hubungan dengan Yuhaira.

Sebab pertama, sudah tiada apa-apa perasaan terhadap Yuhaira.

TUAN JEFRI 2 - YUHAIRAWhere stories live. Discover now