3

553 29 0
                                    

"KAU kenapa ni? Monyok aje." Tanya Amir. Dari tadi Yuhaira diam. Wajahnya pula masam mencuka.

"Aku kena pecat." Beritahu Yuhaira. Hatinya masih lagi sakit dengan Datuk Jefri itu yang menjadi punca dia kena pecat.

"Kenapa pula kau kena pecat? Kau buat apa?" tanya Amir.

Yuhaira merengus.

"Semua ni sebab lelaki tua tulah!" marah Yuhaira. Tak pernah dia rasa semarah ini.

"Siapa?"

"Datuk Jefri. Dia penyebab aku kena pecat. Puncanya, ada dua pelanggan VIP restoran kacau aku. Dia tiba-tiba jadi hero nak selamatkan aku dari pelanggan VIP tu. Sudahnya, dia tumbuk pelanggan VIP tu sampai kecoh jadinya. Pelanggan VIP tu pula panggil bapa dia orang nak selesaikan. Mentang-mentanglah dia tu orang kaya, boleh selesaikan masalah macam tu je. Memanglah tak ada masalah besar tapi ada kesan. Kesannya aku kena pecat. Pengurus restoran tu cakap aku punca masalah ni terjadi. Huh! Aku pula kena dipersalahkan! Memang tak adil betullah. Kalau aku jumpa Datuk Jefri tu, aku lanyakkan dia macam lempeng!" marah Yuhaira.

"Marah sangat ni."

"Memanglah marah sangat. Sekarang ni aku tak ada kerja. Tak ada back-up plan kalau tak ada job ketering. Lauk kat rumah dah nak habis. Duit pula ada sikit." Rungut Yuhaira. Dia tidak mengeluh dengan kehidupan dia sedang lalui ini. Sebaliknya dia mencari jalan untuk menampung hidupnya. Dia nak ubah kehidupannya. Dia nak neneknya dapat hidup dengan baik dan dia pula dapat meringankan beban yang sedang dipikulkan ini. Sekarang ini nenek menjual kuih-muih di depan rumah. Bisnes kecilnya itu bermula dengan amat baik dan mendapat keuntungan yang banyak tetapi dia tidak tahu sampai bila bisnes itu dapat bertahan dan dapatkah bisnes kecil itu meringankan masalah kewangan mereka.

"Kau doakanlah aku dapat job ketering yang banyak sampai tak boleh buat. Musim sekarang ni bukan musim orang buat majlis. Aku pun tengah pokai. Kak long pula dah plan nak buat kerja lain kalau tak ada job bulan ni dengan bulan depan. Lagipun ketering ni bukan satu pekerjaan yang boleh menjadi pekerjaan yang tetap juga sebab ia bergantung kepada pelanggan yang datang." Kerja ketering yang diusahakan oleh dia dan kakak sulungnya sudah masuk tahun ke lima. Amir mempunyai kerja lain selain buat ketering iaitu kerja di ladang kelapa sawit milik orang kaya di kampungnya. Bila ada orang tempah ketering, baru dia buat kerja ketering. Tak ada kerja ketering, dia bermandi peluh di ladang kelapa sawit.

"Semoga kita dapat job ketering yang banyak. Amin!" Yuhaira berdoa supaya dipermurahkan rezeki Amir dan ketering yang sedang diuruskannya.

"Amin."

Sampai di rumah Yuhaira, Yuhaira turun dari van. Mata tajam Mak Senah sedang melihat cucu Nek Mah itu. Dia cukup tidak suka akan Yuhaira. Kedatangan Yuhaira ke kawasan ini menyebabkan suaminya selalu mencuri tengok Yuhaira. Api cemburu Mak Senah sentiasa terbakar setiap kali melihat ragam suaminya itu.

***

"KAU siasat pasal budak ni." Jefri menyerahkan fail peribadi yang mengandungi maklumat Yuhaira. Dia mendapatkan maklumat Yuhaira daripada pengurus restoran.

"Siapa ni?" tanya Ashraf.

"Adalah."

"Bakal mak Haider ke?"

"Taklah. Budak ni kerja kat restoran tepi ofis ni tapi dia kena pecat. Aku bercadang nak ambil dia kerja kat sini dengan kelayakan yang dia. Aku rasa nak bagi tawaran belajar sambil bekerja dekat dia tapi aku tak tahu apa-apa pasal dia. Itu yang aku suruh kau siasat pasal dia dulu, baru aku fikirkan macam mana pula." Jelas Jefri.

"Ingatkan nak cari mak baru untuk Haider. Sian kat Haider tau tunggu kau berkahwin." Usik Ashraf.

"Hati aku takkan terbuka untuk perempuan lain selain arwah Hanna." Ucap Jefri. Hati ini tidak membuka pintu untuk perempuan. Hanya Hanna saja yang boleh menguasai hatinya.

TUAN JEFRI 2 - YUHAIRAWhere stories live. Discover now