11

293 16 0
                                    

JEFRI menghubungi Tengku Jaafar dan menceritakan segala-galanya kepadanya. Mengamuk besar lelaki itu dan memaksa ASP Razlan mempergiatkan lagi siasatannya. Usai berbual panjang dengan Tengku Jaafar, Jefri menghela nafas panjang. Mereka sudah menemukan penemuan terbaharu mengenai Tengku Adurah tetapi mereka masih belum menjumpai di mana Tengku Adurah bersembunyi. Jefri diminta oleh ASP Razlan untuk berjaga-jaga kerana Tengku Adurah berkemungkinan akan melakukan sesuatu yang buruk terhadapnya. Dendam kesumat Tengku Adurah masih belum padam.

Bahu Jefri ditepuk dari belakang. Terkejut Jefri lalu memusingkan badan ke belakang. Encik Nasir baru pulang dari masjid.

"Mari kita pergi memancing." Ajak Encik Nasir. Jefri turut saja.

Sampai di sungai, hanya Encik Nasir saja memancing. Jefri nampak termenung jauh. Masih memikirkan masalah terbesarnya itu.

"Macam mana dengan kamu selama tiga tahun ini?" Encik Nasir memulakan perbualan.

"Alhamdulillah. Semakin okey." Jawab Jefri.

"Jangan tipu ayah, Jef. Ayah kenal kamu bukan sehari dua. Ibu kamu selalu call ayah bercakap tentang kamu. Kamu terlalu sibuk dengan kerja sampai menyusahkan diri kamu. Kamu tak pernah berehat sepanjang tiga tahun ini. Ayah tahu, kamu masih terasa dengan kehilangan arwah tetapi kamu kena melepaskannya juga." Ujar Encik Nasir.

"Ayah, Hanna isteri saya. Bukan mudah untuk saya melupakannya." Ujar Jefri.

"Ayah tak minta kamu melupakan Hanna tapi ayah dan yang lain nak kamu berubah."

"Nak berubah jadi apa, ayah?"

"Berubah jadi diri kamu yang sebenarnya. Jangan seksa diri kamu kerana kesedihan. Sudah-sudahlah bersedih, Jefri. Cukuplah. Kami risaukan diri kamu. Kami bimbang kamu..." Encik Nasir berjeda seketika. Dia melepaskan keluhan. Entah nasihat bagaimana hendak berikan kepada Jefri kerana dia juga sama seperti Jefri. Masih bersedih.

"Ayah jangan bimbangkan saya. Saya okey. Saya masih waras dan sudah melepaskan arwah Hanna, ayah. Cuma apa yang berlaku itu, saya masih dalam keadaan trauma. Trauma yang membuatkan saya sentiasa dalam kesedihan. Saya sedang cuba mencari kebahagiaan untuk saya dan Haider. Cuma ia memakan masa yang agak lama juga."

"Apa kata kamu berkahwin?" Cadang Encik Nasir.

"Saya tak nak, ayah. Berkahwin bukan jalan kebahagiaan yang saya cari."

"Ayah tahu tetapi sekurang-kurangnya ada yang jaga makan minum kamu dan Haider. Kamu sekarang tinggal seorang diri dengan Haider. Makan minum pula tak menentu. Diri kamu tu, dah macam lelaki tua dari usia sebenar. Biarkan seorang isteri yang uruskan kamu, Jefri."

"Ayah sama macam ibu. Asyik suruh saya berkahwin. Rimas betul."

Encik Nasir ketawa. "Nak menduda sampai bila, Jef? Orang lelaki macam kita ni ada keinginan juga nak berkahwin. Ayah ni sebenarnya nak juga kahwin lagi satu tapi disebabkan sayang sangat dekat mak kamu, ayah batalkan saja niat ayah."

Jefri ketawa. "Pintu hati ni masih belum terbuka."

"Apa kata Yuhaira yang tolong bukakan pintu hati kamu tu."

"Ayah kenal Yuhaira?"

"Ibu kamu selalu sebut nama Yuhaira setiap kali kami berbual dalam telefon. Nampaknya, ibu kamu terkenankan Yuhaira. Mak kamu pun sama. Mereka berdua dah sepakat nak menjodohkan kamu dengan dia."

Jefri mengeluh. "Ini lagi satu masalah. Pandai-pandai aje mereka nak menjodohkan saya dengan Yuhaira. Saya anggap Yuhaira tu macam adik saya. Tak lebih dari itu. Lagipun, Yuhaira itu tak nak berkahwin dengan saya. Jadi, tak boleh paksa kami berdua berkahwin. Tak ada jodoh."

TUAN JEFRI 2 - YUHAIRAWhere stories live. Discover now