18

247 18 0
                                    

Amaran !! Cerita ini bukanlah cerita yang menarik dan ada plot twist. Cerita ini cerita biasa-biasa sahaja. Cerita Yuhaira ni slow update. Ia ditulis bila idea datang. Tak ada idea, tak update.

JEFRI pergi ke TJ Holding untuk menyerahkan dokumen kepada Tengku Lukman. Sebelum dia sampai ke bilik Tengku Lukman, dia melihat Tengku Lily sedang fokus membuat kerja di mejanya tanpa sedar Jefri sedang memerhatinya. Kalau kerja, memang Tengku Lily fokus dan buat kerja. Perangai macam budak-budak tu pula hanya keluar bila tengah tertekan agaknya. Cepat-cepat Jefri pergi sebelum Tengku Lily nampaknya. Tak fasal-fasal terjadi benda tak sepatutnya.

Jefri tarik kerusi dan duduk menghadap sepupu tirinya sambil meletakkan dokumen di atas meja. Tengku Lukman mengambil dokumen dan membaca isinya. Dia amat berpuas hati dengan laporan yang disediakan oleh Jefri.

"Well done. Nampaknya, kita berdua boleh buka mall di Tawau pula." Ujar Tengku Lukman. Sudah setahun, TJ Holding dan JCH Holding berkongsi bersama projek yang diperolehi mereka. Hasil usaha mereka pula membuahkan hasil yang lumayan.

"Aku nak kau letak Lily kat Tawau tu. Biar dia duduk situ 2-3 bulan." Ujar Jefri, mula pasang niat tak baiknya. Alangkah bagus kalau Tengku Lily dihantar ke Tawau sebagai pengurus projek di sana. Aman betul hidupnya kalau tak ada Tengku Lily.

"Kau nak sepupu kita menangis? Tak fasal-fasal aku pula kena pergi sana pujuk dia."

Jefri sengih. "Kau berdua pergilah sana. Kan bagus kalau ada kau. Boleh kau jaga Lily tu. Kau kena ajar Lily jadi perempuan pandai berdikari. Sampai bila nak suruh orang temankan dia pergi sana-sini. Tu perangai dia, tolong ubah sikit. Umur dah nak masuk 30 tahun tapi perangai entah apa-apa. Rimas tahu tak dengan perangai dia macam tu." Jefri membebel.

Tengku Lukman ketawa. "Aku dengar Lily buat perangai kat kelab golf fasal kau reject dia."

"Kau bayangkanlah. Kau baru aje kenal tak sampai setahun, terus kau setuju nak berkahwin? Aku dengan Lily ni sekadar sepupu tiri pun, aku tak akan setuju dipaksa berkahwin dengan perempuan yang aku tak suka. Lagipun, aku memang anggap Lily tu sebagai adik. Tak lebih dari tu. Lily tu pula kena faham yang aku ni tak ada apa-apa perasaan dekat dia. Perasaan cinta tu memang tak ada langsung. Dia kena terima dan reda tak ada jodoh. Ini tidak, nak mengamuk depan orang ramai. Memang tak reti malu betul." Ujar Jefri. Geram bercampur marah yang masih belum reda dengan kejadian tempoh hari. Memang dia sudah jangka, kejadian itu telah sampai ke telinga kenalannya. Malu pula Jefri bila ada yang menanya tentang kejadian itu.

Tengku Lukman masih lagi dengan ketawanya. Dia tak sangka Tengku Lily sampai ke tahap macam itu nak berkahwin dengan Jefri. Orang dah tak suka, tak boleh paksa.

"Oh ya. Mak su told me, you already have a lover. Patutlah Lily mengamuk tak boleh terima hakikat dia kena reject. Siapa perempuan yang dah curi hati kau tu?" Tengku Lukman sedikit terkejut bila dapat tahu Jefri dah ada kekasih. Jefri ini susah orangnya nak ada kekasih atau mana-mana perempuan yang cuba mendekatinya, mesti kena 'halau' oleh Jefri. Jadi, perempuan yang dah mencuri hati Jefri itu, memang hebat kerana mampu 'menundukkan' Jefri.

"Yuhaira."

"Siapa tu?"

"Dia pengasuh Haider. Aku jatuh suka dekat dia." Ujar Jefri.

"Seriuslah?" Tengku Lukman tak percaya. Tak sangka Jefri memilih orang biasa sebagai pasangan hidup.

"Seriuslah. Kenapa? Yuhaira tak sesuai dengan aku sebab dia orang biasa?" Jefri seperti dapat membaca fikiran Tengku Lukman.

"Aku ingatkan kau pilih anak raja." Tengku Lukman ketawa.

"Aku pilih orang biasa aje. Lagipun, orang biasa atau orang kaya, kalau sikap dan perangainya elok, yang itulah aku pilih jadi bini aku. Kau tu, bila nak berkahwin? Dah lama kau hidup menduda ni."

TUAN JEFRI 2 - YUHAIRAWhere stories live. Discover now