9

295 18 0
                                    

"SAYA memperkenalkan ini Tengku Lily, sepupu saya dan juga anak kepada Tengku Jaafar. Tengku Lily akan memulakan kerjanya di JCH Holding untuk tempoh enam bulan. Saya berharap kepada kamu semua dapat memberikan kerjasama yang baik kepada beliau." Ujar Jefri kepada stafnya.

"Selamat datang, Tengku Lily. Saya Siti, pengurus bahagian operasi syarikat. Tengku boleh panggil saya Kak Siti." Ujar Siti seraya memperkenalkan diri kepada Tengku Lily. Dia sudah dimaklumkan akan kedatangan sepupu Jefri itu.

Tengku Lily memulakan kerjanya. Dia diterangkan secara jelas oleh Siti tentang skop kerjanya. Tengku Lily dengan mudah dapat memahami perjelasan Siti itu jadi segala urusan kerjanya pada hari itu berjalan lancar pada hari pertama.

Masuk waktu makan tengah hari, Tengku Lily pergi ke bilik Jefri untuk mengajak sepupunya makan sekali.

"Sorry ganggu. Busy?" tanya Tengku Lily. Jefri sedang sibuk menyemak fail-fail di atas mejanya.

"Tak juga. Ada apa?" tanya Jefri pula. Mata fokus pada fail yang dipegangnya.

"Jom lunch? Kalau awak busy, tak apa."

Jefri tutup fail. Dia pandang Tengku Lily di muka pintu. "Boleh juga." Jefri menyising baju ke pangkal lengan. Urat lengannya yang timbul itu menarik perhatian Tengku Lily. Nampak sasa. Tubuh badan Jefri pula tegap dan boleh nampak dadanya berbidang. Nampaknya, Oppa Cina ini kaki gym juga. Jefri melangkah mendekati Tengku Lily. Terpegun Tengku Lily memandang raut wajah oppanya itu.

"Lily?" tegur Jefri.

Tengku Lily sedikit terperanjat. Mentang-mentanglah Jefri ada iras lelaki Korea, dia dah angau pula. Ingat, Lily. "Sorry, tiba-tiba tersuka tengok muka awak." Tengku Lily sengih.

Jefri senyum. "Muka kacak ni memang suka buat anak dara suka tengok."

Tengku Lily ketawa. Malu pula!

Jefri mencadangkan kepada Tengku Lily mencuba menu di sebuah warung depan JCH Holding. Warung itu menjadi tempat wajib Jefri dan Ashraf makan tengah hari. Ashraf pula tiada hari ini kerana pergi ke Dubai mewakili Jefri menghadiri mesyuarat di sana.

"Macam mana rasa? Okey?" tanya Jefri.

"Not bad. Boleh makan." Tekak Tengku Lily masih tekak orang Melayu jadi dia boleh makan masakan yang dipesannya. Sudah lama tidak merasai masakan tanah air.

"How long have you lived abroad?" tanya Jefri memulakan perbualan.

"Dalam 15 tahun. Saya pergi semasa usia saya 7 tahun. Masa tu, sebulan selepas kematian walid."

"Tengku Zainal bin Tengku Hasyim?"

"Awak kenal walid saya?"

"Kenal. Dia salah seorang sumber inspirasi saya dalam bidang saya ceburi sekarang. Tapi sayangnya, dia pergi dalam keadaan yang tidak sangka."

"Lelaki tu dah bunuh walid saya disebabkan cemburu! Nasib baik pembunuh itu dah mati ditali gantung. Cuma, apa yang dia dah buat dekat walid, tak dapat saya maafkan walaupun lelaki itu sudah mati!" Tengku Lily meluahkan kemarahan. Sakit di hatinya boleh dirasai oleh sesiapa sahaja jika orang yang disayangi mati dibunuh di depan mata sendiri. Bertahun-tahun dia mengalami trauma kerana kejadian itu. Agak sukar untuk dia lari dari trauma yang tiada kesudahannya.

Jefri pandang Tengku Lily. Teringat akan kejadian sama seperti Tengku Lily. Dia satu nasib dengan sepupu tirinya itu. Sama-sama berdendam dengan pembunuh bertahun-tahun lamanya. Jefri masih tidak dapat menarik nafas lega kerana pembunuh isterinya masih berleluasa, hilang entah ke mana. Agaknya Tengku Lily tahukah sepupunya iaitu Tengku Adurah punca isterinya meninggal dunia?

TUAN JEFRI 2 - YUHAIRAWhere stories live. Discover now