24

208 14 0
                                    

"AKU dikenakan amaran tegas oleh pihak atasan kerana cuba menyiasat tentang Tengku Adurah. Kekasihnya telah menggunakan kuasanya untuk menghalang siasatan kita malah lelaki itu berhubung sendiri dengan ketua aku supaya menghentikan aku dari menyiasat dan cubaan mendakwa Tengku Adurah. Nampaknya, kita kena mengalah, Jefri. Kita tak boleh buat apa-apa selepas ini. Tengku Adurah terpaksa kita lepaskan kecuali kalau dia muncul dan kita buat perangkap untuk mendakwa dia tapi... itu mustahil. Kita hanya tahu dia berada di Thailand tapi kawasan dia duduk sekarang, kita tak tahu. Kalau tahu pun, kita tak boleh menangkap Tengku Adurah juga." Ujar ASP Razlan. Dia masih lagi berang dengan sikap ketua jabatannya yang memaksa dia berhenti menyiasat dan cubaan menangkap Tengku Adurah.

Jefri merengus dan menumbuk cermin keretanya. Pecah cermin keretanya.

"Perempuan ni dah bunuh Nek Mah. Sekarang ni Adurah tengah menyasar Yuhaira pula. Aku tak nak Yuhaira pula menjadi mangsanya. Dah cukup Hanna dan Nek Mah mati kerana dia, jangan pula nyawa Yuhaira yang hilang selepas ini."

"Aku tahu tapi kita tak boleh buat apa-apa." ASP Razlan melepaskan keluhan berat. "Siasatan pembunuhan Nek Mah pula sudah selesai. Pihak kami terpaksa menutup kes ini kerana gagal mencari pembunuhnya."

"Tak akanlah tak ada satu pun cara untuk menangkap Adurah?"

ASP Razlan geleng kepala. "Tak ada. Rakaman yang kau rakam pun tak boleh menjadi bukti yang mengaitkan Tengku Adurah terhadap kes kematian Hanna dan Nek Mah."

Jefri picit kepalanya yang mula berdenyut itu.

"Jadi aku kena duduk diam dan tengok Yuhaira jadi mangsa Adurah? Entah-entah, Adurah menyasarkan yang rapat dengan aku pula. Dengan kau sekali dia bunuh. Lan, aku tak boleh duduk diam macam ni. Kita kena buat sesuatu. Kita kena tangkap juga Adurah tu. Aku tak nak yang rapat dengan aku jadi mangsa. Kau nak aku kehilangan kau dan yang lain-lain? Please, Lan. Buat sesuatu." Pinta Jefri. Dia dan ASP Razlan sudah buntu. Tengku Adurah betul-betul bijak orangnya. Perempuan itu mampu mengarahkan pihak polis berpangkat tinggi untuk hentikan ASP Razlan supaya tidak ditangkap.

"Aku cuba call kawan aku kat Thailand. Dia bekas perisik tentera Thailand. Kita siasat dulu siapa kekasih Tengku Adurah tu. Kita cari kelemahannya. Bila dapat kelemahannya itu, kita gunakannya untuk menundukkan Tengku Adurah." Mujurlah dia teringatkan kawannya itu. Dia kenal kawannya itu semasa menjalani latihan di Thailand dahulu.

"Kita kena pastikan tiada lagi nyawa yang hilang, Lan. Kau, aku, Ashraf dan lain-lain tak akan mati ditangan perempuan sial tu." Tegas Jefri.

Panggilan daripada Tuan Ahmad mengejutkan Jefri yang tengah berbincang serius dengan ASP Razlan. Jefri angkat panggilan itu.

"Assalamualaikum, Jefri." Tuan Ahmad memberi salam. Nada suaranya seperti kerisauan.

"Waalaikumussalam. Ya, uncle. Ada apa?"

"Uncle nak minta tolong dengan kamu, boleh?"

"Boleh. Kenapa tu, uncle?"

"Macam ni, Juwita call uncle pagi tadi. Dia menangis teresak-esak beritahu uncle suaminya pukul dia lagi. Kini suaminya tinggalkan dia dan ambil anaknya. Dah dua hari suaminya pergi entah ke mana dengan anaknya itu tinggalkan Juwita seorang diri di rumah. Uncle pula tak boleh balik Malaysia sebab ada urusan penting kat sini. Uncle tak ada sesiapa yang boleh tolong uncle kecuali kamu. Uncle minta kamu tolong pergi ke rumah Juwita dan tolong bawa Juwita ke klinik. Uncle berharap sangat kamu dapat tolong uncle dan Juwita." ujar Tuan Ahmad dengan suara sayunya itu. Betapa sedih dan risaunya dia akan satu-satunya anak perempuan tunggalnya itu. Syed Zaim betul-betul sudah melampau. Sudahlah dera anaknya, diambil pula cucunya pergi entah ke mana membuatkan Juwita kesedihan.

TUAN JEFRI 2 - YUHAIRAWhere stories live. Discover now