5

669 28 2
                                    

"KAMU pergi ke majlis tu dengan Yuhaira." Ujar Puan Naurah. Tengku Jaafar turut mendapat jemputan daripada Tuan Ahmad melalui Syed Abdullah.

"What? Saya tak nak." Jefri membantah. Dia tidak mahu pergi dengan Yuhaira.

"Jefri, ibu nak juga kamu pergi dengan Yuhaira." Puan Naurah berkeras. Dia lebih suka Jefri pergi ke majlis itu bersama Yuhaira. Yuhaira dan Jefri nampak sedondon. Dia juga mahu Yuhaira dan Jefri kenal dengan lebih rapat lagi. Dia nak Jefri mengenali Yuhaira sekiranya mereka kerap keluar bersama. Sudah tentulah dengan cara ini, hubungan Jefri dengan Yuhaira menjadi lebih serius.

"Kenapa saya kena bawa Yuhaira sekali? Majlis tukan untuk kenalan bisnes je kan?" tak faham dengan permintaan dengan ibunya.

"Tuan Ahmad menjemput kenalan bisnes yang kesemuanya sudah berbini. Antara mereka semua, hanya kamu saja tak ada bini." Puan Naurah buat alasan. Bukan mudah nak memujuk Jefri.

"Oh jadinya, ibu menyuruh saya pergi Yuhaira untuk apa pula? Untuk beritahu semua orang yang Yuhaira tu bini saya?"

"Tak. Ibu nak kamu beritahu orang yang Yuhaira tu bakal bini kamu."

"Apa ibu merepek ni?" terkejut Jefri. Nak beritahu Yuhaira itu bakal bininya?

"Ibu tak merepek. Ibu cakap betul."

"Cakap betul apanya begitu." Ujar Jefri tidak suka dengan kata-kata Puan Naurah.

"Jefri, dah tiga tahun." Puan Naurah pandang Jefri. Tempoh tiga tahun itu bukanlah tempoh yang singkat. Dia melihat Jefri terasa sunyi. Jefri juga lebih banyak memfokuskan perhatiannya terhadap kerja, langsung tiada untuk kehidupan peribadi sendiri. Puan Naurah beranggapan jika Jefri mempunyai isteri, hidup Jefri akan lebih teratur. Ada isteri juga dapat menasihati Jefri dan menemani Jefri ke mana sahaja Jefri pergi. Dia tidak mahu anak lelakinya kesepian.

"Tiga tahun atau seribu tahun sekali pun, saya tetap takkan cari pengganti arwah. Saya lebih suka hidup menduda macam ni."

"Ibu bukan suruh kamu mencari pengganti arwah. Ibu nak kamu cari peneman hidup. Seorang isteri yang sentiasa ada bersama kamu."

"Cari peneman hidup itu sama dengan mencari isteri dan ia juga sama dengan menggantikan tempat arwah. Dalam hati saya, hanya ada arwah. Saya tak boleh meletakkan mana-mana perempuan di dalam hati kecuali arwah. Hanya arwah saja berada di dalam hati saya. Saya dah berjanji takkan menduakan dia. Jadi, saya tak boleh menjadikan Yuhaira itu sebagai isteri saya. Saya harap ibu faham dan cukuplah menyebutkan perkara ini lagi." Jelas Jefri.

"Yuhaira budak yang baik, Jefri. Cuba kenal dia dahulu. Jika kamu rasa tidak secocok dengan dia, tak mengapa. Ibu takkan paksa kamu." Puan Naurah masih mencuba.

"Saya tetap tak nak. Tak kisahlah dia baik ke jahat, saya tetap tak nak." Dan Jefri berkeras tidak mahu.

"Macam mana dengan Haider? Haider perlukan kasih sayang daripada ibunya, Jefri."

"Adakah Yuhaira mampu memberikan kasih sayangnya sebagai ibu pada Haider? Tak, ibu. Yuhaira tak boleh. Dia tidak melahirkan dan tidak membesarkan Haider sejak dari bayi. Dia tidak mampu menjadi seorang ibu kepada Haider."

"Jefri, ibu nak yang terbaik buat kamu." Puan Naurah pandang Jefri dengan wajah yang sayu.

"Ibu boleh buat apa sahaja untuk melihat saya gembira tetapi bukan dengan menyuruh saya berkahwin lagi. Cukuplah, ibu. Jangan paksa saya. Saya tetap tak nak. Ibu jangan risau. Saya boleh jaga diri saya dengan baik." Ujar Jefri mematikan bicara Puan Naurah.

Puan Naurah melepaskan keluhan. Sungguh sukar hendak meminta Jefri berkenalan dengan Yuhaira. Dia amat menyukai Yuhaira dan teringin menjadikan Yuhaira sebagai menantunya tetapi hendak menjadikan menantunya itu yang sukar. Jefri tidak mahu. Dia juga tidak boleh memaksa Jefri. Jika tidak, berlaku pula pergaduhan antara dia dengan Jefri.

TUAN JEFRI 2 - YUHAIRAWhere stories live. Discover now