19

297 17 2
                                    

YUHAIRA cemburu!

Dia tak nak makan sekali Jefri dan yang lain-lain sebab dia tengah protes kerana cemburu. Sudahnya, dia berkurung dalam bilik. Jefri yang tak tahu-menahu fasal cemburu Yuhaira itu, pergi ke bilik Yuhaira dengan Haider, mahu bertanya keadaan Yuhaira kerana Yuhaira tidak datang makan sekali dengan mereka.

"Jomlah makan." Ajak Jefri dari luar. Yuhaira tak buka pintu.

"Tak nak." Jawab Yuhaira dari dalam.

"Kenapa pula kau tak nak? Kau tak rasa lapar ke? Dari tadi, kau tak makan apa-apa."

"Saya dah kenyang makan roti saya bawa. Datuk pergilah makan."

"Jangan tipu aku, Yuhaira. Kau belum makan apa-apa lagi ni. Dahlah, kau keluar sekarang. Kita pergi makan." Gesa Jefri. Tak mahulah dia membiarkan Yuhaira kelaparan. Nanti dicop sengaja buat anak dara sakit pula.

"Datuk ni tak faham bahasa ke? Saya cakap saya dah kenyang. Saya tak nak makan dah. Datuk pergilah makan." Marah Yuhaira. Tetap tak mahu makan bersama dengan Yuhaira. Buat masa sekarang ini, hatinya tengah meletus api kemarahan. Matanya masih pedih lagi gara-gara melihat aksi tak senonoh Jefri itu.

Jefri pelik pula. Kenapa Yuhaira jadi marah macam ni? Apa dah jadi? Mesti ada sesuatu yang buat Yuhaira marah. Kena siasat ni!

"Kenapa kau marah pula ni? Siapa buat kau marah?" tanya Jefri. Susah betul bercakap kat luar ni. Yuhaira tak nak buka pintu pula dah!

"Saya tak marahlah." Jawab Yuhaira.

"Kau ada sesuatu yang tak kena ni. Kau cakap dengan aku, apa dah jadi sebenarnya? Kau tak nak makan sekali dengan kami, mesti ada sebab ni." soal Jefri.

Yuhaira merengus. Geram betul rasanya. Dia buka pintu.

"Haah, ada sebabnya." Ujar Yuhaira.

"Sebab apa?" tanya Jefri ingin tahu.

"Sebabnya, Datuk bukan main seronok berpeluk dengan perempuan tu. Datuk tak fikir langsung apa pandangan orang sekeliling tengok Datuk bukan main erat peluk perempuan tu. Seronok sangat ke peluk perempuan?" ucap Yuhaira.

"Apa kau cakap ni? Aku peluk perempuan mana pula?" tanya Jefri tidak faham.

Yuhaira merengus. "Kalau dah syok sangat berpeluk tu, memang dah tak ingat dah!" Yuhaira tutup pintu dengan kuat. Terkejut Jefri dan Haider.

Jefri pandang Haider yang terkebil-kebil gara-gara terkejut. "Papa peluk siapa?"

"Tak tahu." Jawab Haider.

Jefri buka pintu. Nasib baik tak berkunci. Yuhaira tegak berdiri di depan Jefri.

"Jangan buat perangai bukan-bukan kat sini. Kita datang sini untuk bercuti, bukan untuk bergaduh." Ujar Jefri. Langsung tak faham dengan perangai Yuhaira hari ini. Tiba-tiba saja menuduh dia memeluk perempuan. Entah perempuan mana Yuhaira nampak dia berpelukan itu. Tak pernah dia memeluk sembarangan perempuan.

"Saya tak buat perangai. Datuk tu yang buat perangai." Marah Yuhaira.

Jefri sudah hilang kesabaran. "Kau tak nak makan, sudah! Tapi jangan tuduh aku bukan-bukan. Jom, Haider. Kita pergi. Biarkan singa ni kelaparan." Jefri bawa Haider pergi.

Yuhaira merengus.

Jefri pergi ke meja makan semula dengan Haider.

"Mana Yuhaira?" tanya Lina.

"Dia tak nak makan." Jawab Jefri. Dia dan Haider duduk.

"Kenapa pula?" tanya Lina lagi.

"Entahlah aku. Ikut suka hati dialah nak makan ke tidak."

TUAN JEFRI 2 - YUHAIRADove le storie prendono vita. Scoprilo ora