31

255 16 0
                                    

YUHAIRA menyediakan makan malam kegemaran Jefri dan Haider serta Jazli. Jazli duduk seminggu di rumah Jefri bersempena cuti sekolah. Puan Sri Fiona pula sudah balik ke rumah Airin. Jazli melihat cara Yuhaira menyediakan juadah makanan di meja. Ralit dia memerhati Yuhaira. Tiba-tiba air matanya jatuh keguguran. Jazli cepat keluar dari dapur dan duduk di sofa di ruang tamu. Dia kesat air mata. Haider perhati Jazli yang menangis.

"Pak su nangis eh?" tegur Haider lalu ketawa. Nampak lawak tengok Jazli menangis.

Jazli usap kepala Haider. Dia geleng kepala tetapi dia sebenarnya sedang bersedih. Hati remajanya seperti tidak kuat melihat Yuhaira yang persis seperti arwah kakak iparnya itu. Gaya dan personaliti yang hampir menyerupai arwah Hanna itu membuatkan Jazli tak sanggup memandang Yuhaira. Risau dirinya tidak dapat mengawal dirinya dari bersedih.

Sebenarnya, Jazli baru sahaja sembuh daripada masalah psikologinya. Mentalnya tidak sihat tapi bukan gila. Jazli mengalami tamparan hebat bila mengetahui Tan Sri Halim adalah ayah kandungnya dan ayah kandungnya cuba membunuh semua keluarganya. Lagi menyakitkan hatinya, ayah kandungnya telah membunuh arwah Hanna yang dia anggap kakak kandungnya itu. Jazli rasa malu dan tertekan bila berada dalam kalangan keluarganya yang masih terkesan dengan kejadian itu. Dia takut suatu hari nanti keluarganya menyalahkannya kerana dia adalah anak kepada pembunuh.

Jefri dan Puan Naurah berusaha memulihkan semangat Jazli. Puan Rahimah dan Encik Nasir juga berusaha memastikan Jazli berada dalam keadaan baik semula. Kata mereka, Jazli tidak bersalah. Yang bersalah adalah Tan Sri Halim dan kesalahan itu bukan Jazli yang tanggung. Walaupun Jazli diberikan nasihat dan pujukan serta semangat yang positif, Jazli masih lagi memikirkannya sehingga menyebabkan Jazli semakin tertekan.

Sekarang ini, Jazli sudah sembuh tetapi masih dalam pemerhatian doktor. Jazli sengaja memilih sekolah berasrama penuh swasta kerana tidak mahu bercampur-gaul dengan orang lain. Di sekolah swastanya itu pula tidak ramai pelajar. Tiada sesiapa yang tahu status diri Jazli namun Jazli tidak tahu sampai bila dia perlu menyimpan rahsia itu daripada semua orang. Dia berharap tiada sesiapa yang akan tahu.

Jefri balik dari kerja. Dia bekerja sampai ke malam dengan staf yang over time dengannya bagi menyiapkan kertas kerja projek terpenting JCH Holding di Sweden nanti. Projek itu amat penting bagi Jefri kerana ia bernilai bilion ringgit. Jika JCH Holding dapat projek itu, JCH holding akan dapat keuntungan berlipat-ganda. Staf JCH Holding pula akan mendapat bonus setahun gaji mereka. Ia bukan sahaja melibatkan keuntungan tetapi ia juga melibatkan minat Jefri dalam bidang yang dia ceburi. Staf yang dia pilih pula bukan orang biasa tetapi staf yang mempunyai pengalaman yang meluas dalam skop kerja mereka di JCH Holding. Namun andai JCH Holding tidak berjaya mendapat projek itu, Jefri reda. Mungkin rezeki JCH Holding di tempat lain tetapi Jefri dan JCH Holding akan terus mencuba mendapatkan projek yang lain sehingga dapat.

Bau sedap dari dapur menarik perhatian Jefri. Dia pergi ke dapur. Dia melihat Yuhaira dan Jazli sedang memasak. Jefri meletakkan begnya di atas kerusi. Dia mendekati isteri dan adiknya itu.

"Korang berdua tengah masak apa tu?" tegur Jefri. Dia tarik kerusi dan duduk.

Yuhaira berpaling. "Masak sotong masak merah kesukaan abang. Jazli pula masak ayam kicap."

"Patutlah bau sedap. Eh, Jaz. Sejak bila Jaz boleh memasak?"

"Kat sekolah, Jaz ambil kelas memasak. Seronok juga dapat memasak ni. Abang patut belajar memasak. Jangan tahu makan aje." Ujar Jazli. Jefri mencebik.

"Eleh, selama ni abang masak sendiri aje. Sejak ada kak ipar kau ni, abang jadi malas nak memasak."

Jazli ambil pinggan dan meletakkan ayam kicap di atas pinggan kemudian dia letak di atas meja pula. Jazli duduk berhadapan Jazli. Yuhaira duduk bersebelahan Jefri. Haider pula dibiarkan bermain di ruang tamu.

TUAN JEFRI 2 - YUHAIRAWhere stories live. Discover now