38

202 12 0
                                    

MAJLIS perkahwinan antara Ruhaila dengan Syed Abdullah berlangsung dengan meriah. Pada waktu pagi tadi, berlangsungnya akad nikah pasangan suami isteri. Malam pula majlis meraikan perkahwinan dengan menjemput tetamu dan kenalan mereka ke majlis ini. Syed Abdullah berhabis ratusan ribu ringgit untuk majlis ini. Dia mahu majlis ini meriah sekali lagi-lagi berjaya menikahi Ruhaila. Ruhaila pula merasa sedikit gembira. Tidaklah sepenuhnya gembira kerana hatinya masih berbelah-bahagi mahu menjalankan tugasnya sebagai isteri kepada Syed Abdullah.

Jefri membawa Yuhaira. Dia mengupah pendandan terkenal Malaysia untuk mendandan dan menghias isterinya untuk pergi ke majlis ibu dan bapa tirinya itu. Jefri bukan sengaja mahu merosakkan majlis ini tetapi dia hadir sebagai memenuhi undangan daripada Syed Abdullah. Turut hadir Tengku Jaafar dan Puan Naurah. Bagi Tengku Jaafar, ini kali pertama dia bertemu dengan Ruhaila setelah 20 tahun terputus hubungan. Apa agaknya reaksi mereka bila sama-sama berjumpa secara bersemuka? Sudah tentu mereka terkejut besar nanti.

"Tahniah, Tuan Syed." Jefri menghulurkan tangan kepada Syed Abdullah untuk bersalaman. Ruhaila di sebelah sekadar memandang Jefri dan Yuhaira. Jefri dan Syed Abdullah bersalaman.

"Terima kasih sudi datang, Datuk. Oh ya. Ini siapa?" tanya Syed Abdullah. Syed Abdullah masih tidak tahu Yuhaira adalah anak kandung Ruhaila.

"Ini isteri saya."

Kata-kata Jefri mengejutkan Syed Abdullah dan juga Ruhaila.

"Isteri? Bila Datuk berkahwin?"

"Saya sudah setahun lebih berkahwin dengan isteri saya. Saya berkahwin tak buat majlis besar. Cukup dengan akad nikahnya. Hajatnya, lepas isteri saya bersalin nanti, saya nak buat majlis untuk kami dan untuk anak kami nanti. Nanti Tuan Syed dan puan datang ya."

"Insya-Allah. Jemputlah makan, Datuk."

Jefri dan Yuhaira pergi mengambil makanan.

Ruhaila terpempan. Dia bakal menjadi nenek? Yuhaira sedang mengandung cucunya? Dia mencari kelibat Yuhaira. Dia melihat Yuhaira sedang bermesra dengan suaminya. Rasa rindu mula bertamu di hatinya.

Selepas Jefri dan Yuhaira, datang Tengku Jaafar dan Puan Naurah. Ruhaila terkejut besar melihat kekasihnya datang ke majlisnya dengan isterinya itu. Tengku Jaafar berlagak tenang. Setelah mengucapkan tahniah, Tengku Jaafar dan Puan Naurah terus pergi mendapatkan makanan mereka. Ruhaila pula tidak faham dengan situasi malam ini. Dua kali dia terkejut besar dengan kehadiran orang yang dia buang dari hidupnya itu.

Seperti yang dijangka oleh Jefri, ramai kenalan dan juga klien yang pernah bekerjasama dengannya datang menegurnya. Jefri segera memperkenalkan Yuhaira sebagai isterinya. Sudah semestinya mereka terkejut namun mereka memahami Jefri. Yuhaira secara tidak langsung telah dikenali sebagai Datin Yuhaira, isteri kepada Datuk Jefri. Bila namanya dipanggil gelaran Datin, bukan main kembang hidung Yuhaira. Nasib baik dia boleh mengawal dirinya berhadapan dengan semua orang.

Dari jauh, Syed Huzair sedang minum berseorangan. Dia tidak tahu Yuhaira ada dalam majlis itu. Syed Huzair sengaja duduk jauh dari Syed Abdullah dan Ruhaila. Hatinya tengah sakit malah dia teringin mahu merosakkan majlis ini. Tetapi dia menyabarkan dirinya. Dia tidak pernah setuju dengan Syed Abdullah. Menikahi Ruhaila, janda Osman itu merupakan keputusan yang sangat bodoh! Syed Abdullah rupa-rupanya sudah lama angau dengan isteri orang. Bila Ruhaila menjadi janda, terus Syed Abdullah menyambar janda itu menjadi isterinya. Sungguh menjijikkan!

Syed Huzair tidak akan terima Ruhaila sebagai ibu tirinya. Mahu pandang Ruhaila juga tidak mahu! Biarkanlah Syed Abdullah dengan Ruhaila. Jangan pula mereka melibatkan Syed Huzair pula. Syed Huzair tidak mahu mengambil tahu perihal dua orang tua itu.

"Kau tahu tak, Datuk Jefri tu dah berkahwin." Telinga Syed Huzair mendengar perbualan tetamu perempuan di sebelahnya.

"Ya ke? Siapa suri hati Datuk Jefri tu?"

TUAN JEFRI 2 - YUHAIRAOnde as histórias ganham vida. Descobre agora